Part 16

1K 10 0
                                    

Suasana dalam bilik menjadi suram seketika. Masing-masing dengan perasaan masing-masing. Masing-masing masih menyalahkan diri sendiri.

"Exa akui, Exa juga tak boleh hidup tanpa bie disisi. Susah sangat bila Exa terpaksa survive sendiri besarkan anak dalam kandungan ni, dengan alah yang teruk diawal kehamilan, dengan Exa terpaksa survive cari rumah untuk keselesaan baby, mana dengan kerja dan butik Exa yang baru nak naik, susah sangat masa tu" tangis Alexa semahunya.

"Dalam hati Exa selalu berkata, alangkah baik kalau bie ada disamping Exa sekarang. Exa tak kuat." Alexa meraung menangis. Dia meluahkan semuanya kepada Ian. Dia mahu Ian tahu, seberapa sukarnya dia tanpa kehadiran Ian disisi.

Ian menarik Alexa erat ke dalam pelukkannya.

"I'm sorry.. honey, I'm really sorry." Ucap Ian sebak. Dia tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan isterinya sewaktu kandungannya masih muda dulu.

"Kenapa sayang tak call saja bie. Kenapa sayang tukar nombor baru. Puas bie call sayang, mesej cari sayang.. bie rasa seolah-olah sayang dah lenyap dari muka bumi ini sampai, sampai bie tak jumpa sayang dimana-mana."

"Exa takut bie buang Exa. Exa takut bie tak mahu terima panggilan dari Exa. Exa takut nak terima kenyataan yang bie dah menikah dengan Bella. Lebih baik Exa jauhkan diri dari bie masa tu.." luah Alexa lagi.

"Sampai sejauh itu sayang fikir pasal tindakkan bie. Bie takkan duakan sayang kerana sayang masih sah sebagai isteri bie." Ian meleraikan pelukkan. Dia menyentuh lembut kedua belah pipi isterinya. Manik mata coklat milik Alexa ditatapnya dalam-dalam.

"Kita lupakan kenangan buruk yang pernah berlaku dalam hidup kita sebelum ini. Kita bina hidup baru, bersama dengan anak kita." Pujuk Ian cuba meyakinkan Alexa.

Alexa mengangguk lantas tersengih walaupun airmatanya masih mengalir laju.

"I love you, bie. I love you" luah Alexa seiringi tangisannya. Alexa menarik tangan Ian lalu dikucupnya bertubi-tubi.

Ian merangkul kembali tubuh isterinya erat kedalam pelukkannya. Dalam hatinya, dia bersyukur kerana usahanya datang mencari Alexa disini membuahkan hasil.

"I love you too, honey" bisik Ian sambil mengucup lembut telinga Alexa.

Dug! Terasa satu tendangan dari perut Alexa.
Ian segera meleraikan pelukkan. Mulutnya ternganga, matanya terbuka luas saat melihat perut isterinya lincah bergerak.

"Sakit tak sayang?" Tanya Ian sambil mendaratkan tangannya pada perut yang masih bergerak.

Alexa menggeleng lembut sambil tersenyum.

"Baby pun happy kot sebab papanya ada dekat sini" ujar Alexa gembira.

Ian tersenyum lebar mendengar kata-kata isterinya.

Ian merendahkan tubuhnya, mendekatkan bibirnya di perut isterinya lalu berbisik,

"Baby papa rindukan papa ye.. nak jumpa papa ke?" Ian menjeling sekilas ke arah isterinya.

Wajah Alexa bersemu merah. Dia segan saat mendengar Ian berkata begitu.

Sudah tentu dia malu, kerana sudah lama mereka tidak melakukan hubungan suami isteri.

Perut Alexa masih lincah bergerak sehingga Ian bertindak menyelak dress Alexa dari bawah, lalu terpamer perut Alexa yang cekang dan bulat.

Ian terpana. Ini kali pertama dia melihat keadaan seperti ini. Dia mengusap dan mengucup sayang perut Alexa.

"Boleh ke sayang?" Soal Ian meminta izin dari isterinya.

Alexa menggigit bibirnya tanda malu. Tangannya mengusap lembut rambut kasar Ian.

Darling I Love YouWhere stories live. Discover now