Alexa tahu apa yang hendak dikatakan Ian. Dia sudah dapat mengagaknya melalui tindakkan Ian kepadanya sebentar tadi.
"Apa dia, katakan. Saya setia mendengarnya" sahut Alexa yakin.
"Sebenarnya.. sebenarnya aku.."
Drtttt! Drtttt..!
Handfone Alexa berbunyi."Takpe, nanti saya angkat" ujar Alexa. Dia tidak berniat untuk mengangkatnya.
"No, you should pick up, honey" arah Ian. Mahu tak mahu, Alexa terpaksa mengangkatnya. Dengan pantas dia membuka pembesar suara supaya Ian juga boleh mendengar perbualannya dengan Bernard.
"Ya Bernard, ada apa?" Soal Alexa kesal. Dia kesal kerana Bernard mengganggu perbualan pentingnya dengan Ian.
"Exa, customer aku nak tukar design. Dia nak dress macam kau pakai masa nikah hari tu" Ian menoleh menatap kearah Alexa. Alexa termanggu seketika.
"Aku dah agak, kau pasti akan tunjuk design tu pada dia. Maaf, aku tak benarkan" tolak Alexa geram.
"Exa..please.. dia nak sangat design macam tu. Dia sanggup bayar mahal tau untuk design macam tu" pujuk Bernard lagi. Ian tertarik dengan perbualan antara Alexa dan Bernard.
"Sorry Bernard. Aku tak benarkan. Baju tu ada sentimental value untuk aku, kau fahamkan? Dah berapa kali aku cakap dekat kau, jangan tunjuk dekat customer" ujar Alexa kesal dengan sikap tidak patuh Bernard.
"Sorry, Exa" jawab Bernard dengan nada kecewa.
"Aku boleh design semula dress tu, tapi aku takkan tiru sama persis dress yang aku pakai. Aku akan tukar sikit pada bahagian leher dan tangan. Itu je yang aku boleh buat. Kalau dia taknak jugak, aku terpaksa bayar balik deposit yang kau dah bayar kat aku. Aku tarik diri!" Ujar Alexa bersungguh-sungguh. Dia sangat kesal dengan tindakkan Bernard. Alexa menggeleng kepalanya berkali-kali.
Ian faham bagaimana perasaan isterinya saat ini. Sudah pasti dia tidak mahu rekaan baju pengantin yang dibuat khas untuk Elisa menjadi tiruan untuk orang lain.
"Okay, Exa. Aku akan beritahu customer aku permintaan kau tu. Maafkan aku sekali lagi." Alexa lantas mematikan talian. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Kepalanya terasa berdenyut dan pusing.
"Sayang, are you okay" soal Ian perhatian dengan isterinya. Dia risau melihat keadaan Alexa.
Alexa memejamkan matanya sambil kepalanya menengadah ke langit. Dia cuba menarik nafas sedalam-dalamnya, cuba mententeramkan hatinya."Apa yang awak nak beritahu saya tadi, Ian" soal Alexa yang masih belum membuka matanya dan kepalanya masih menengadah ke langit.
Ian menoleh ke arah isterinya. Mencari tahu sama ada isterinya bersedia mendengar ataupun tidak.
"Tak ada apa. Lain kali saja kita bincangkan tentang hal ni. Awak tentu lapar,kan? Jom kita pergi makan" Ian menggenggam tangan Alexa lantas berdiri. Namun, Alexa masih kaku ditempat. Ian menoleh hairan. Alexa membuka matanya dan menatap tepat kewajah Ian.
"Saya tak lapar" jawab Alexa lemah. Wajahnya muram dan sedih. Ian duduk semula. Dia duduk menghadap ke arah Alexa.
"Sayang... Please.. dari tadi Rose cakap sayang keluar macam tu je, tak jamah apa-apa pun. Nanti sayang sakit macam mana" pujuk Ian sambil mengusap perlahan belakang tangan isterinya.
"I'm fine" jawab Alexa sambil memicit hadapan keningnya.
"Please, dengarkan aku kali ni saja" pujuk Ian lagi. Dia risau melihat keadaan isterinya.
"Why do you always make me do this?" Soal Alexa sambil merenung ke dalam anak mata Ian. Dia cuba mencari erti ketulusan dari lelaki yang berada dihadapannya ini.
YOU ARE READING
Darling I Love You
RomanceAtas rasa amarah dan kecewa kerana kekasihnya Isabella pergi meninggalkannya kerana lelaki lain, Ian Jannik mengambil keputusan untuk bernikah dengan Alexa Breit. Alexa Breit merupakan anak kedua dan bongsu dalam keluarga. Atas kematian kaka...