ExaModa Bridal semakin meniti di bibir setiap pasangan bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan. Di butik sudah tersedia hampir 500 design yang berbeza. Pelanggan yang hadir hanya perlu mencubanya mengikut citarasa dan pilihan yang mereka kehendaki. Jika dress tidak muat atau terlebih besar, Alexa dan semua pembantu-pembantunya akan mengubahsuai mengikut saiz si pemakai.
Alexa sudah tidak bimbang kerana sekarang ini, dia sudah mempunyai tenaga kerja yang ramai. Di aras tiga, bangunan itu bukan sahaja dijadikan stor, malah separuh darinya dijadikan kilang untuk menjahit pakaian. Ada 10 orang pekerja sibuk menyiapkan tempahan yang telah di design oleh Alexa. Manakala Alexa hanya perlu menata rias dan menambah butiran pearl atau butiran lain seperti permintaan pelanggannya. Tetapi, dia juga tidak berseorangan melakukannya. Setiap bahagian, dia sudah ada pembantunya. Begitu juga dengan menata rias dress. Kerjanya menjadi lebih mudah dan cepat.
Sambil dia sibuk menata sepasang dress dihadapannya, seorang pembantunya menghantar sejambak bunga rose merah kepadanya.
"Puan Alexa, ini bunga untuk Puan" ujar Lily menyerahkan jambangan bunga itu ke tangan Alexa.
"Siapa yang bagi?" Tanya Alexa hairan.
"Tak tahu, Puan. Tadi, penghantar bunga yang beri" ujar Lily.
Alexa mencapai kad kecil yang terselit di celah kelopak rose,
'Hello sweetheart. You looks stunning and sexy last night. You should have danced with me last night"
-J-
Alexa mula merinding. Beerti selama ini, bunga-bunga yang diterimanya bukanlah dari Ian. Alexa jadi takut dengan identiti pengirim. Semakin hari, ucapannya semakin menyeramkan bagi Alexa.
Perlukah dia memberitahu hal ini kepada Ian?
Seharian bekerja, Alexa langsung tidak dapat fokus dengan kerja-kerjanya. Dia lebih banyak termenung dan berfikir, siapa pengirim yang selalu memberinya jambangan bunga ini.
Seketika dia mendapat idea.
Keesokan harinya, Alexa menunggu sendiri si pengirim menghantar bunga kepadanya. Dia mahu tahu, siapa pemiliknya.Dari jauh, Alexa dapat melihat seorang lelaki berjalan sambil memegang sejambak rose merah melangkah menghampiri pintu butik.
Ding dong..
Alexa pantas membukanya lalu bersemuka dengan sang penghantar.
"Puan Alexa?" Soalnya.
"Saya" jawab Alexa pantas. Jantungnya berdebar kencang. Dia sedaya upaya menyembunyikan rasa gugupnya.
"Ini bunga untuk Puan." Ujarnya lalu menyerahkan jambangan bunga ke tangan Alexa.
"Nanti, boleh saya tahu, siapa pengirimnya?" Soal Alexa sambil memandang tepat ke wajah susuk lelaki di hadapannya.
"Maaf Puan, ini amanah. Saya hanya menjalankan tugas. Saya tak boleh beritahu siapa pemiliknya, ini rahsia" balasnya jujur.
"Baik, kalau awak taknak beritahu saya, mulai esok, jangan hantar bunga lagi ke sini. Saya tak akan terima. Beritahu pemilik bunga ini, tak perlu bazirkan wang untuk beri bunga ni kepada saya lagi. Lebih baik laburkan wangnya pada perkara yang lebih berfaedah!" Marah Alexa geram. Dia geram kerana apa yang dia rancang hanya sia-sia.
Setiap hari, dia tetap akan menerima jambangan bunga dari lelaki yang bernama J.
"Siapa dia ni? Patutkah aku beritahu Ian?" Soalnya sendirian.
Di rumah, Alexa sudah siap menunggu Ian di atas katil. Dia perlu menceritakan semuanya kepada Ian. Dia menyimpan kad-kad pemberian lelaki yang tidak dikenalinya ke dalam laci meja disebelahnya. Dia hanya menunggu Ian masuk dan duduk disampingnya. Saat itu, dia akan ceritakan semuanya kepada Ian.
YOU ARE READING
Darling I Love You
RomanceAtas rasa amarah dan kecewa kerana kekasihnya Isabella pergi meninggalkannya kerana lelaki lain, Ian Jannik mengambil keputusan untuk bernikah dengan Alexa Breit. Alexa Breit merupakan anak kedua dan bongsu dalam keluarga. Atas kematian kaka...