Part 21

836 7 0
                                    

Seorang wanita duduk di balkoni sambil dijarinya terselit sepuntung rokok yang masih menyala. Dia kemudian menyedutnya dalam-dalam lalu dihembusnya perlahan. Kepulan asap memenuhi ruangan dimana dia duduk.

Air kopi diteguknya perlahan.

"Bella, kau kat sini rupanya. Puas aku cari kau" desis wanita berambut keperangan yang berjalan menghampirinya.

"Kau ni Laura, dah kenapa cari aku pagi-pagi ni? Aku baru nak rileks sekejap hari ni" gerutu Isabella geram. Selama sebulan berturut-turut dia hadiri pengambaran tanpa sempat untuk dia istirehat. Dan hari ini merupakan hari rehatnya setelah penat bekerja.

"Kau takkan dapat rileks kalau kau dengar apa yang aku nak sampaikan ni." Ujar Laura cuba mengumpan sahabatnya.

"Apa yang menarik sangat, sampai kau fikir macam tu sekali. Cuba ceritakan pada aku" rokok ditangannya disedut dan dihembus keluar lagi.

Laura menarik kerusi dihadapan Isabella lalu duduk.

"Aku dengar, Ian dah balik sini. Dia balik dengan isterinya, Alexa."

"What!?" Jerit Isabella terkejut. Pertama, dia terkejut dengan kepulangan Ian. Dan yang keduanya, dia terkejut kerana Alexa pulang bersamanya.

Isabella meneguk kopinya sehingga tandas.
Dia menghempas kuat mug kosong di atas meja.

"Aku fikir perempuan tu dah pergi jauh dari Ian, rupanya dia masih tak nak dengar arahan aku. Dia belum kenal lagi siapa Isabella." Desis Isabella geram. Hatinya masih panas dengan usiran Irene dulu dipejabat Ian. Dia dimalukan dihadapan kesemua staff Ian. Dan sekarang, Ian berbalik lagi pada perempuan tak guna tu.

"Apa plan kau lepas ni, Bella?" Soal Laura cuba memasang jebak.

"Apa lagi, aku akan pisahkan mereka berdua. Aku akan buat rumahtangga mereka lebih teruk dari dulu. Dia ingat senang-senang boleh lawan Isabella." Hujung bibir Laura terangkat. Dia berjaya jadikan Isabella seperti Isabella yang dulu semula. Semuanya hanya kerana Ian. Dia terlalu inginkan hubungannya dengan Ian berbaik semula macam dulu.

"Ni yang best dengar. Aku join, boleh? Aku tak sabar nak lihat perempuan tu melutut, merayu dan bersujud depan kaki kau, Bella" kedua mereka ketawa keras.

..

Sudah genap sebulan Alexa melahirkan Alissa. Tubuhnya juga bertambah sihat dan bertenaga seperti dulu. Berat badannya juga susut dengan banyak. Tubuhnya tampil ramping seperti dulu semula.

"Sayang.." panggil Ian lalu menghampiri isterinya yang sedang duduk di hadapan meja solek. Dia mengucup lembut belakang kepala isterinya.

Alexa hanya tersenyum memandang Ian dari pantulan cermin dihadapannya.

Suaminya sudah segak mengenakan suite hitam, menampakkan lagi kemachoannya.

"Bie nak sayang siap" arah Ian dengan lagak tenangnya.

"Nak kemana?" Soal Alexa hairan.

"Yang tu, bie tak boleh beritahu sekarang. Sampai sana nanti, sayang akan tahu sendiri" beritahu Ian yakin.

"Bie ni, buat Exa takut je la" gerutu Alexa sambil mencerlung tajam, memandang Ian dari cermin.

"Nak takut apa. Bie bukan nak ajak sayang race kereta ke apa.." Alexa ketawa mendengar omelan suaminya.

"Ok, Exa siap sekarang." Alexa bangun, melangkah kearah closet miliknya. Dia memilih untuk memakai blouse hitam polos dipadankan dengan skirt panjang berwarna merah. Hanya solekkan tipis diletakkan diwajah. Rambutnya dibiarkan mengurai panjang.

Darling I Love YouWhere stories live. Discover now