Bab 2

214 11 0
                                    


Rashid membelek bumper keretanya yang pecah dan kemek dilanggar Nur Ayla. Nur Ayla setia memerhati sejak dari tadi.

"Teruk betul ni. Awak langgar dengan apa ni?" Rashid menyoal dengan senyuman. Hairan melihat kesan perlanggaran yang seakan dilanggar oleh lori pula!

"Tu kereta saya." Nur Ayla menunjuk ke arah kereta myVi miliknya. Bumper belakang sudah jatuh terus.

"Macam mana boleh langgar ni?" Soal Rashid lagi.

"Saya ni tak reti parking. Masuk pi masuk mai, terus bum!" Nur Ayla bercerita, sengihan masih setia di bibirnya. Rashid ketawa, teruk betul parking. Macam mana boleh dapat lesen?

"Mahal ni kalau tengok keadaan, boleh ke bayar?" Rashid bersuara lagi. Nur Ayla tersenyum lebar.

"InsyaAllah, saya cuba selesaikan sebaiknya. Encik bagi nombor telefon dekat saya. Ni semua details saya. Siap salinan ic saya bagi." Nur Ayla menyerahkan beberapa helai kertas kepada Rashid. Berkerut kening Rashid menerima huluran kertas itu. Rashid membelek satu persatu kertas yang diberikan Nur Ayla.

"Semua complete. Memang selalu langgar orang ke Cik Ayla?" Rashid berseloroh.

"Agak selalu. Setiap bulan memang kena keluarkan peruntukkan untuk repair kereta orang dan saya." Nur Ayla menjawab jujur.

"Jenuh juga tu."

"Nak buat macam mana, saya kelam kabut. Tak boleh nak ubah." Nur Ayla tersengih sendiri.

"Mandi bunga tengok."

"Tu macam nak cari jodoh."

"Apa salahnya, sekali harung orang Kedah kata."

"Belum terpikiaq lagi. Lagi pun baru ja putuih, malas nak cari ganti. Orang tak suka saya ni loqlaq."

"Lah. Maaflah, saya tak tau."

"Tak apa, benda biasa ja. Saya nak balik Ipoh terus ni, apa-apa call saja. Saya tak lari." Nur Ayla mahu menamatkan perbualan. Segan pula berbual lama-lama di tepi jalan.

"Kerja dekat Ipoh?"

"Ya, sebab tu lambat sampai dan kalut nak balik. Esok kerja pagi."

"Macam mana nak balik bumper jatuh tu?" Rashid terus menerus menyoal. Nur Ayla sudah penat menjawab.

"Tak apa. Saya angkat masuk boot, pastu drive baliklah."

"Kalau nak, saya boleh tolong pasang balik." Nur Ayla terus memandang ke arah keretanya yang sudah tampak togel dengan bumper yang terjatuh.

"Tak ada tools." Ujar Nur Ayla.

"Saya ada, jom." Rashid terus membuka boot keretanya dan mengeluarkan kotak peralatan yang ada.

"Saya pasang ni tak adalah elok pun. Nanti sampai Ipoh cik Ayla kena pergi bengkel dan betulkan." Ujar Rashid sambil memperbetulkan bumper myVi Nur Ayla yang terjatuh.

"Pecah teruk juga ni. Ganas betul cik Ayla bawa kereta. Bahaya ni ulang-alik jauh-jauh. Dah ada insurans?"

"Juai insurans ka? Patut pakai BMW. Dah saya dah ada insurans. Saya ni loqlaq kena ambik awai-awai. Kurang-kurang mak ayah saya ada habuan bila saya tak ada."

"Uishhh ke situ pulak. Dah siap. Nanti jumpa dekat Ipoh ajelah."

"Ipoh jugak?"

"Iye. Meru. Cik Ayla."

"Panggil saja Ayla. Sama juga, Meru Permai."

"Owh, sama. Saya Haluan Meru Permai."

"Erm, okay dah ni kan? Nanti apa-apa terus call saja ya. Dah lewat ni, saya nak singgah rumah mak ayah kejap lepas tu nak terus drive balik Ipoh." Nur Ayla teragak-agak untuk terus memberi lokasi rumahnya. Baru kenal kut setakat sudah beritahu yang sepatutnya pun rasanya dah cukup.

"Tak nak konvoi balik ke? Saya boleh tunggu." Rashid seakan mahu meneruskan perbualan. Nur Ayla menggaru kepala yang berlapik selendang.

"Tak apa kut. Encik balik dulu, nanti saya balik sendiri. Terima kasih banyak no." Nur Ayla menolak dengan berhemah. Melebih pula Rashid, baru kenal kut!

"Panggil Rashid saja. Kalau macam tu tak apalah. Hati-hati. Nanti sampai Ipoh saya call Ayla ya." Rashid tersenyum lagi dan lagi. Sejak dari awal tadi senyum sahaja, biarpun Ayla menyampai perkhabaran tentang keretanya yang teruk dilanggar. Rashid sudah kenapa?!

MUZIKAL CINTAWhere stories live. Discover now