Ayla mula menyiapkan barangan yang ingin dibawa ke kedai. Hari ini dia ada 3 tempahan kek hari jadi dan 1 tempahan kek ulang tahun perkahwinan. Semuanya akan diambil jam 5 petang. Bermula dengan seorang kerani biasa, Ayla berjinak-jinak dalam bidang perniagaan kek dan biskut. Perniagaan yang bermula di rumah kini sudah berjaya membuka sebuah kedai dengan seorang pembantu. Setahun lebih dia berusaha sendirian dengan tentangan Mak yang tidak bersetuju dia berhenti kerja sebagai kerani di agensi kerajaan. Tidak dinafikan, perniagaannya berisiko tetapi Ayla mencari kerja yang membuatkan dia gembira untuk bekerja dan menjadi seorang home-baker membuatkan dia sangat gembira, setiap hari. Jadi, Ayla tekad untuk berhenti menjadi kerani dan menjadi pembuat kek sepenuh masa.
"Assalamualaikum Kak Ayla... happy harini?" Tegur Husna, pembantu kedai Ayla. Ayla yang baru sahaja masuk ke kedai, mengerut keningnya.
"Waalaikumussalam. Happy? Macam biasa ja."
"Nampak lain maciam, hati ada gumbira?"
"Mengarut aih hang ni... dah dah buat kerja. Kita ada banyak order nak kena siapkan sebelum jam 3 naa..." Ayla malas melayan Husna yang seakan mahu tahu tentang seseorang yang menghantar dia pulang lewat malam tadi. Husna jiran Ayla, rumah mereka bertentangan sahaja.
"Elehhh malu la tu. Kek anniversary tu kak Ayla deko ya. Lecehlah bunga matahari tu. Husna dah praktis tapi buruk jugak." Rungut Husna sambil tangannya sibuk membuat kelopak bunga dari adunan yang baru disiapkan.
" Takpa, nanti kak buat. Jangan lupa, jambak bunga matahari dah order belum? By 3 p.m akak nak ada dah naa." Soal Ayla, tegas dalam bekerja.
"Sudah. Masa kak balik kampung Husna dah arranged dah. Kejap lagi diorang hantar sini."
"Bagus." Puji Ayla. Mata tak beralih dari dekorasi kek yang dilakukan. 3 kek perlu disiapkan. Satu lagi yang lebih mudah Husna uruskan. Masa berlalu pantas. Husna sesekali melayan pelanggan yang datang dan membeli kek, pastri dan roti. Kedai kek ini mempunyai ruang untuk beristirehat sambil menikmati air tangan tuan kedai. Ayla sendiri tidak menyangka, perniagaannya akan maju secepat ini. Dalam tidak sampai setahun, pelanggan setianya sudah melebihi 50 orang. Rezeki Allah tidak pernah salah alamat!
"Kak, tinggal kek Matahari ni je belum ambik. Husna dah call tuan yang order. Katanya dalam 10 minit sampai." Ujar Husna sambil menanggalkan apron di badan sebelum menggantungkannya. Ayla yang masih sibuk menyiapkan cheesetart untuk order awal pagi esok memandang Husna sekilas.
"Nak balik dah ka?" Ayla menyoal. Sengaja menyoal walaupun dia sedia maklum Husna perlu pulang awal hari ini. Jadi dialah yang perlu menutup kedai hari ini.
"Ya kak. Nak balik dah, kejap lagi Umi pot pet pot pet sebab lambat bawak dia pergi Mydin. Aduiiii" Husna membuat gaya uminya. Ayla tersenyum sahaja dengan gelagat Husna.
"Husna balik dulu naaa, jangan dok ralit sangat, customer ambik order terus balik. Karang baiya sebelah singgah lagi." Husna ketawa sebelum meninggalkan kedai. Ayla berdecit perlahan. Baiya sebelah kedai yang menjadi pembantu kedai selalu sahaja singgah, bukan membeli tapi menjual, jual minyak dari Bangladesh, aishhhh!
Sedang leka mendekorasikan cheesetart. Pintu kedai dibuka dari luar, ada pelanggan yang datang. Ayla kalih sekilas bagi memastikan bukan si baiya yang datang.
"Assalamualaikum... saya datang nak ambik kek." Pelanggan itu bersuara.
"Waalaikumussalam. Sekejap ya encik. Boleh tunggu sekejap." Ayla membalas. Ligat tangannya menyiapkan cheese tart yang sedang diusahakan sedari tadi. Setelah selesai, laju dia melangkah ke peti pendingin yang menempatkan kek yang ditempah. Ayla membawa kek ke kaunter.
"Encik boleh...." Ayla tidak menghabiskan kata-kata. Pelanggan itu membuatkan dia kelu lidah.
"Ayla... laa keciknya dunia." Rashid ketawa, gembira, hatinya berbunga-bunga.
"Rashid... awak la yang order ni?" Ayla menunjuk ke arah kek yang dibawa tadi.
"Ya, for my mom and dad. Ulangtahun ke 30." Ujar Rashid.
"Ya tahu, tu saya dah tulis. Awak check, okay ka? Nak tambah apa – apa lagi dekat kek?" Soal Ayla, mahu memastikan kepuasan pelanggan terjaga.
"Dah cantik sangat dah. Bersinar bunga mataharinya. Tapi...."
"Tapi apa? Ada yang kurang?"
"Ya, ada yang kurang..." Rashid berjeda, mata memandang terus ke kek dengan riak wajah penuh persoalan.
"Apa yang kurang? Saya boleh tambah."
"Menantu..."
"Hah? Menantu?"
"Aah, kurang menantu, kalau awak boleh tambah menantu untuk mak ayah saya, mesti lagi terbaik." Ayla mengecilkan matanya setelah dia memahami Rashid cuba mempermainkan dia.
"Mengada sangat aih. Okay, kalau semua okay. Saya letak dalam kotak." Ayla kembali membuat kerja. Kotak diambil dah dilipat. Rashid masih memandang Ayla dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Hatinya sungguh-sungguh rasa gembira.
"Saya tak tahu ni kedai awak." Rashid membuka bicara setelah mereka hanya diam membisu. Ayla tersenyum.
"Sebelum ni awak bukan kenal saya, jadi macam mana nak tau?" Balas Ayla. Kek diangkat dan dimasukkan ke dalam kotak dengan penuh berhati-hati.
"Betul jugak tapi saya pernah datang dua tiga kali jugak, tapi tak pernah nampak awak. Ada yang sorang lagi tu..."
"Ya ka? Tu noh, tak ada jodoh." Ayla membalas kemudian ketawa.
"Sekarang dah ada jodoh la kut eh?" Rashid kembali memancing hati Ayla. Ayla sekadar menggeleng.
"Dah siap encik Rashid. Payment dah buatkan, dan ini...." Ayla memberikan sejambak bunga matahari kepada Rashid.
"Untuk apa ni?" Ujar Rashid kehairanan.
"Untuk mak ayah awak, sampaikan salam Happy Annivesary dari Ayla's Bakery" Ujar Ayla dengan senyuman melebar.
"Wah... siap bagi bunga."
"For special occasion. 30 tahun, sesuatu yang sangat mengagumkan, saya pun amat berharap kalau kalau saya dapat pasangan, saya pun nak sambut every 10 years dengan penuh gemilang." Ujar Ayla.
"InsyaAllah, nanti kita sambut dengan penuh gilang gemilang ya." Rashid mencuba lagi.
"Sudahlah. Lewat dah ni, saya nak tutup kedai."
"Oh okay, sorry. Tadi saya lewat datang sebab ke bengkel. Betulkan kereta." Ayla mengangguk, faham.
"So mana resitnya? Nanti saya bayar." Ayla menghulur tangan.
"Tak perlulah, tak banyak mana." Rashid menolak. Ayla mengecilkan matanya.
"Jangan tipu, berdosa nanti masuk api neraka." Ujar Ayla dengan wajah yang sengaja diseriuskan.
"Oh boleh pulak. Saya akan bagi resitnya nanti. I will call you later." Balas Rashid.
"Betul ni?"
"Ye betul. Haa awak dah repair kereta awak ke?" Rashid menyoal kembali, Ayla sekadar menggeleng, apron ditanggalkan.
"Tak sempat, hujung minggu ni kut. Banyak order minggu ni."
"Ni balik dengan apa?" Soal Rashid setelah Ayla siap mengemas untuk pulang.
"Rumah saya kan belakang tu je. Menapak pergi dan pulang." Balas Ayla. Rashid masih setia menemani Ayla mengemas kedai dan menutup kedai.
"Jom saya hantar awak ke rumah." Ujar Rashid.
"Tak payahlah. Dekat sangat. Tak dan awak nak hidup enjin, saya dah sampai rumah pun." Balas Ayla, laju.
"Alah... jom lah. Boleh borak lagi sebelum balik."
"Ya Allah, mengadanya. Next time ya. Nanti bagi resit repair kereta tu, jangan buat buat lupa." Ujar Ayla sambil melangkah perlahan-lahan menjauhi Rashid. Rashid tetap tersenyum walaupun agak kecewa Ayla menolak perlawaannya. Rashid memandang Ayla yang melangkah pulang. Dalam diam dia merangka sesuatu. Perancangan menawan hati Nur Ayla!
YOU ARE READING
MUZIKAL CINTA
Romancelagu yang mengiringi kisah cinta mereka. dari mula kenal, sampailah dalam melalui fasa yang menyakitkan. kisah malang Nur Ayla dengan jejaka lajak usia Rashid. ada suka dan banyaknya duka. Bermula dengan suka, kemudian rahsia Ayla yang memisahkan m...