Nur Ayla membungkam. Mak dengan ayah sama juga macam orang lain, asyik menyalahkan diri dia. Kereta myVi sudah tersadai. Baru semangat mahu pulang ke Ipoh, alih-alih kereta sudah ditunda ke bengkel.
"Hang tu, mak dah pesan banyak kali. Jangan loqlaq. Baca doa. Dah berapa kali hang repair reta hang tu? Reta orang dah beribu. Duit tu kalau simpan boleh pi haji dua kali dah tau." Mak masih membebel. Nur Ayla setia di muka pintu.
"Ni macam mana hang nak balik Ipoh ni? Dah senja pun ni. Hang nilah. Loqlaq sangat sampai putuih tunang."
"Leha... awat dok kata lagutu, dah tak dak jodoh depa." Ayah menegur Mak yang sudah terlepas kata. Nur Ayla diam sahaja.
"Betui pa Leha kata bang. Malik tu putuih dengan dia sebab apa? Sebab accident bila budak loqlaq ni bawa reta." Nur Ayla menggenggam tangannya ketat-ketat. Mahu sahaja dia membongkarkan hal sebenar tetapi dia tahan. Biarlah dia simpan rahsia itu, biarlah dia sahaja yang tahu. Kini dia dan Malik sudah tiada apa-apa ikatan. Ah! Memang dia tak suka dengan Malik, Mak yang memaksa untuk terima. Lelaki miang!
"Takpalah mak, tak ada orang nak dekat Ayla pun tak pa. Ayla tak kisah. Dok sorang-sorang lagi senang. Ayla bukan sengaja n ak berlanggaq. Dah jadi, dah berhati-hati tapi jadi juga, Ayla nak buat lagu mana dah." Nur Ayla membuka suara.
"Itulah reja hang menjawab saja. Menjawab pandai. Bila dah kerepot baru hang menyesai tak kahwin. Biaq aku nak tengok hang, bila adik-adik hang dah kahwin sat ni, baru hang menggeletaq nak kahwin." Mak membidas. Nur Ayla menghela nafas lemah.
"Leha... cuba doa yang baik-baik dekat anak." Ayah menegur lagi. Mak diam dan terus ke dapur.
"Ni Ayla nak balik lagu mana? ayah hantaq pi stesen bas la kut noh?" Ayah menyoal.
" Ayla nak pi jumpa Suzanna dulu, dia kan balik dengan Suami dia. Reta dia, boleh Ayla bawakan ke Ipoh."
"Bagi ka dia Ayla bawak reta dia?" Ayah menyoal ragu-ragu. Nur Ayla tersenyum dalam terpaksa. Faham benar maksud ayah.
"Tak apalah ayah, Ayla cuba. Kalau dia tak bagi, Ayla balik naik bas ya."
"Kalau macam tu tak apalah. Pi tanya dia lekaih. Lewat sangat dah ni." Nur Ayla mengangguk. Terus sahaja selipar di pakai dan terus melangkah ke rumah Suzanna yang hanya selang 3 buah rumah sahaja.
Rumah Suzanna masih meriah. Masih ramai tetamu dan sanak saudara. Segan pula Nur Ayla mahu melangkah masuk tetapi kerana terpaksa, Nur Ayla tebalkan muka.
"Pasai pa ni? Bukan hang dah balik Ipoh?" Suzanna yang sudah menukar pakaian menyoal. Nur Ayla tersengih panjang.
"Memang patutnya aku dah balik, tapi reta aku masuk workshop."
"Dah tu? Hang nak balik dengan aku ka esok?" Soal Suzanna membuatkan Nur Ayla teragak-agak.
"Hang bukan nak balik dengan laki hang ka?"
"Yalah, balik dengan Megat. Hang nak tumpang sekali pun boleh. Megat okay ja."
"Malas aku nak kacau hampa dua. Orang tengah hangat bercinta. Segan aku."
"Tak payah dok buat gatai naa.. dah tu hang nak bawak reta aku ka?"
"Haaa itulah rancangannya." Terus Ayla mencelah. Suzanna terus menggeleng laju.
"No no no no no no no, never! Tak mau la reta aku yang kecik tu jadi haluih..."
"Alah hang ni... aku berhati-hatilah bawak."
"Aku dah tengok sangat dah berhati-hati hang tu. Tidak boleh. Sorry!" Suzanna begitu tegas, membuatkan Nur Ayla sedikit terkilan.
"Sampai hati hang Su. Tak apalah. Terima kasih banyak." Nur Ayla terus sahaja melangkah pulang. Suzanna pula terdiam. Terasa bersalah pula. Tetapi, Nur Ayla loqlaq!
"Kata dah balik Ipoh?" suara yang menegur membuatkan Nur Ayla yang laju melangkah terhenti. Nur Ayla kalih memandang ke arah suara yang menegurnya. Rashid.
"Bukan awak pun dah balik ke?" Nur Ayla menyoal kembali. Rashid tersenyum lebar.
"Rancangnya memang nak balik tapi lepas maghrib nanti kut. Nak rehat-rehat borak-borak dulu. Lama tak jumpa Megat." Rashid membalas. Nur Ayla sekadar mengangguk sahaja.
"Awak kenapa tak balik lagi?" Rashid kembali menyoal.
"Kereta saya dah kena masuk hospital. Tak boleh nak start. Tu yang masih di sini."
"Nak balik macam mana ni?"
"Itulah, ingat nak pinjam kereta Suzanna balik Ipoh sebab dia balik dengan Megat tapi tak bagi. Yalah, saya ni loqlaq, dia takut saya junam dalam gaung dengan reta kesayangan dia." Nur Ayla lepas kata.
"Uishhh apa cakap macam tu. Kalau nak balik, balik dengan saya ajelah. Satu jalan, satu destinasi." Rashid menawarkan lagi. Nur Ayla menggeleng laju.
"Rashid, awak ni mesti tak dengar cerita habis pasai saya kan? Cuba pi habaq dekat Megat yang awak nak balik dengan saya. Saya percaya, berkilo nasihat Megat dengan Suzanna akan bagi dekat awak. Saya balik dulu, nak kejar bas balik Ipoh." Nur Ayla terus berlalu pulang. Rashid berkerut dahi, tidak faham apa yang dimaksudkan Nur Ayla dengan nasihat berkilo.
"Megat, kau dah lama kenal Nur Ayla?" Suzanna yang berada di situ turut berminat ingin tahu setelah nama Ayla keluar dari bibir Rashid.
"Lama la jugak, sejak aku kenal Suzanna. Kenapa?" Megat membalas.
"Aku ajak dia balik sekali dengan aku kejap lagi, dia tolak. Dia kata kalau aku cakap dekat korang berdua mesti korang akan nasihatkan aku berkilo-kilo. Aku tak faham, kenapa eh?" Megat tersenyum nipis dengan saling berpandangan dengan Suzanna.
"Orang kampung ni kata, Ayla tu loqlaq terok sangat. Bahaya kalau naik kereta dengan dia. Dulu bekas tunang dia, Malik accident sebab bawak Ayla naik kereta. Ayla ni pula, kerap sangat accident. Kalau boleh, tak payahlah." Suzanna mengangguk laju mengiyakan kata-kata Megat. Rashid ketawa kecil.
"Weh, korang ni... zaman maju macam ni fikiran... adeh... percaya qada dan qadar. Apa yang jadi sebab Allah kata jadi. Allahuakbar. Aku tak percaya korang ni ortodoks gila." Rashid ketawa lagi.
"Tak kena gelaklah Abang Shid. Su hampir accident banyak kali dengan dia. Dia loqlaq, cepat gelabah." Suzanna menambah.
"Cara korang ni sakitkan hati Ayla tau tak. Macam nak kata dia bawak malang. Apalah. Kira dia putus tunang sebab hal ni jugak?" rashid menyoal.
"Bukan nak kata dia bawa malang ke apa, Cuma dia loqlaq. Malik kata sebab tu lah tapi Ayla lepas accident tu memang tak nak dengar langsung nama Malik. Marah sangat gaya dia." Megat menerangkan sebaiknya.
"Selama yang Su kata dia loqlaq tu, dia drive ke Su drive?" Rashid menyoal Suzanna.
"Dua-dua, ada yang dia drive ada yang Su drive." Ujar Suzanna.
"Aku nak ajak dia balik dengan aku. Aku nak tengok sejauh mana loqlaq dia tu." Rashid bingkas bangun. Megat dan Suzanna saling berpandangan.
"Kau biar betul Shid?" Megat menyoal, kelam kabut. Suzanna sudah cuak. Sekarang sudah malam, gelap.
"Allah, tak ada apalah. Korang ni percaya sangat sebab tu jadi yang bukan-bukan. mulut kita ni mesin doa, apa yang kita cakap semua doa. Terus sahaja Rashid mengemas barangannya dan masuk ke kereta. Mungkin sahaja kini Nur Ayla sudah di Shahab Perdana, mencari bas untuk pulang ke Ipoh. Harap bas Ipoh semua tak ada!
YOU ARE READING
MUZIKAL CINTA
Romanslagu yang mengiringi kisah cinta mereka. dari mula kenal, sampailah dalam melalui fasa yang menyakitkan. kisah malang Nur Ayla dengan jejaka lajak usia Rashid. ada suka dan banyaknya duka. Bermula dengan suka, kemudian rahsia Ayla yang memisahkan m...