Nur Ayla sangat sibuk hari ini di kafe'. Ruhaila baru maklumkan yang dia tidak sihat dan baru sahaja pulang dari klinik. Nur Ayla terpaksa kerja sendirian di kafe' dengan pelanggan yang terlebih ramai dan tempahan yang bertimbun. Tempahan ini merangkumi tempahan dari kafe' di Meru.
Sedang melayani pelanggan di kaunter pembayaran, sosok lelaki yang amat dikenali itu mencuri pandang. Lelaki itu laju menghampiri Nur Ayla yang baru selesai memberi baki kepada pelanggannya.
"Hectic?" Perkataan pertama yang keluar dari mulut Rashid selepas mereka berdua saling berpandangan, berdepan.
"Sangat. Kenapa ke sini?" Nur Ayla terus menyoal. Selepas tiga hari lelaki di depannya itu seakan menyepi. Nur Ayla pula seperti tercari-cari.
"Nak tolong awak, tadi saya bawa Ila ke klinik dan dia bagitau yang awak super busy this day."
"Eh, kerja awak macam mana pulak?"
"Hari ni hari Sabtu." Nur Ayla menepuk dahi sendiri. Dia hanya tahu tarikh tetapi selalu lupa dan silap hari.
"Lupalah. Bagus jugak, saya nak kena siapkan kek 2 tingkat nak kena hantar petang ni. Pakai apron." Nur Ayla menunjuk ke arah apron yang tergantung di dinding betul-betul belakang kaunter pembayaran. Rashid menggeleng.
"Before that, can I have a cup of coffee and a slice of cake?" Rashid tersenyum lebar.
"Oh, sure. What kinds of coffee that you like sir? Which cake do you prefer?"
"Americano and cheese cake?"
"We have the best cheese cake but I am very sorry sir, we don't have americano. We only have Kopi Kedah, would you like to try a cup of it?" Nur Ayla melayan karenah Rashid. Rashid ketawa dan mengangguk.
"I love too, thank you. Would you like to have a coffee with me?" Nur Ayla yang sedang menuang kopi hanya tersenyum sahaja.
"I would love to but I am super-duper busy right now." Balas Nur Ayla sambil menghulur dulang berisi pesanan Rashid. Rashid menjungkit bahu dan mengeluarkan kad untuk membayar.
"My treat for today. Harap cepat sikit noh, banyak reja." Nur Ayla berbisik perlahan. Rashid mengangguk dan terus mencari meja. Meja yang membolehkan dia makan minum dan memandang. Memandang wajah Nur Ayla yang manis. Terpesona sungguh!
Jarum jam mula menghampiri jam 5 petang. Nur Ayla mempercepatkan kerjanya mendekorasi kek 2 tingkat untuk majlis resepsi di Meru. Kek itu perlu bergerak ke Meru pada jam 6 supaya sampai sebelum jam 7 petang.
"Busy betul, sampai saya pun dia tak pandang." Suara Rashid kedengaran begitu dekat di telinga Nur Ayla. Terasa begitu hampir hingga hidung Ayla boleh mencium bau wangian yang dipakai Rashid begitu kuat. Nur Ayla mengalih ke sisi, hampir sahaja bibir Nur Ayla mendarat ke wajah Rashid yang berada begitu dekat dengannya. Nur Ayla terkejut dan terus mengundur ke belakang.
"Awak!" bentak Nur Ayla.
"Apa?" Rashid berlagak tidak bersalah. Senyuman nakal cuba disembunyikan dengan riak serius.
"Jauh sikit boleh. Kek ni dah nak siap tau, karang rosak pulak."
"Saya nak tengok awak buat kerja je, salah ke?"
"Tak salah tapi jauhlah sikit." Nur Ayla menolak Rashid dengan sikunya apabila Rashid makin mendekatkan jarak antara mereka.
"Awak ni kenapa... jauh. Duduk situ." Marah Nur Ayla apabila Rashid sengaja merapatkan dirinya dengan dia. Nur Ayla menunjukkan ke arah kerusi yang ada. Rashid ketawa dan kemudian menurut sahaja.
YOU ARE READING
MUZIKAL CINTA
Romancelagu yang mengiringi kisah cinta mereka. dari mula kenal, sampailah dalam melalui fasa yang menyakitkan. kisah malang Nur Ayla dengan jejaka lajak usia Rashid. ada suka dan banyaknya duka. Bermula dengan suka, kemudian rahsia Ayla yang memisahkan m...