BAB 7

186 12 0
                                    


Seawal jam 5 pagi Ayla sudah pun bangun. Bersiap untuk solat dan menyiapkan tempahannya di rumah sahaja. 100 biji tart buah. 50 biji cheese tart telah pun disiapkan semalam sambil menunggu Rashid mengambil tempahan kek. Tidak disangka langsung, Rashid dan Ayla mungkin sering kali bertemu atau berselisih. Mereka tinggal di kawasan yang sama kerana tidak saling mengenali mereka tidak sedar, mereka telahpun berjumpa sebelum ini.

"Ya encik, boleh datang ambil jam 9.30 pagi. Saya dah siapkan semua. Okay. Jumpa nanti." Ayla yang kelam kabut mahu ke kedainya, bersiap sambil menjawab panggilan pelanggan yang membuat tempahan. Jam di tangan dibelek sekilas. 8.00 pagi. Laju benar masa berlalu.

Ayla mengangkat semua barangan yang perlu dibawa ke kedai. Pintu rumah dibuka. Alangkah terkejutnya apabila mendapati Rashid sudah berada betul-betul di depan pagar.

"Hai, Assalamualaikum. Baru nak call, tengok-tengok dah keluar. Kuat jodoh ni." Sapa Rashid dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Ayla menggeleng kepala. Parah!

"Buat apa pagi-pagi kat sini?" Ayla menyoal laju.

"Kut ye pun, jawablah salam dulu Cik Ayla." Tegur Rashid sekadar bergurau.

"Waalaikummussalam. Ada apa kemari Encik Rashid? Awal pagi dah terpacak sini." Ayla membalas, sambil sibuk memasukkan semua barangan ke dalam perut kereta.

"Saya tak nak bazirkan tempoh seminggu saya. Kebetulan, saya nak breakfast depan ni. Jom?" Ayla memandang ke arah Rashid sambil bercekak pinggang. Ayla pandang tidak lepas. Rashid mengangkat kening.

"What? Jom breakfast?" Rashid menyoal lagi. Ayla menggeleng laju, keluhan kecil dilepaskan.

"Saya dah breakfast. Saya nak cepat, nak bukak kedai, nak hantar kereta dan selesaikan order hari ni." Ujar Ayla. Pagar dibuka, untuk mengeluarkan kereta dari garaj. Rashid mengangguk kepala, Ayla jual mahal!

"Saya tolong. Awak pergi bukak kedai, saya hantarkan kereta, lepas selesai customer awak ambik order tu, kita breakfast." Rashid membuat rancangan.

"By that time, dah brunch Rashid. Awak pergi breakfast dulu, nanti kita jumpa di kedai saya. Boleh?" Ayla tahu, dengan Rashid dia tidak boleh terlalu menolak. Lelaki ini ada sahaja idea dan pusingan U turn yang tidak dijangka akan dilakukan. Macam pagi ini.

"Tak bestlah, saya nak makan dengan awak." Rashid bersuara, lebih lembut dan perlahan. Ayla berdecit.

"Okay, saya pergi kedai, bukak kedai and settle a few things nanti saya join awak breakfast." Ayla mengalah.

"No, nanti saya tunggu sampai berjanggut awak tak datang. Saya follow awak." Rashid terus masuk ke dalam keretanya tanpa sempat Ayla membalas.

Ayla kemudian bergerak dengan keretanya ke kedai yang hanya beberapa meter dari rumahnya. Sebab itu, hari hari biasa dia hanya berjalan kaki ke kedai. Lebih cepat dan mudah.

"Dah berapa lama awak bukak kedai ni?" Ujar Rashid yang entah bila sudah berada di sisi Ayla yang sedang membuka kunci pintu kedai. Rashid membantu Ayla membawa barangan ke dalam kedai setelah pintu dibuka.

"Hujung tahun ni, Alhamdulillah 2 tahun." Ayla tersenyum.

"Eh, pusing sini and senyum sekali lagi." Ujar Rashid tiba-tiba membuatkan Ayla yang sibuk memasukkan semua tempahan ke dalam pendingin, berkerut seribu.

"No, jangan buat muka tu. Senyum macam tadi tu."

"Mengarut apa ni. Lapar sangat la tu." Ayla malas melayan. Rashid berdecit.

"Awak ada senyuman yang amat manis, lebih manis dari semua manisan yang awak buat tapi sayang... awak sembunyikan." Ujar Rashid, dengan suara lelaki yang begitu romantis di telinga mana-mana wanita. Ayla menjungkit bahu.

MUZIKAL CINTAWhere stories live. Discover now