Nur Ayla menghempaskan dirinya ke atas sofa. Terasa lelah menghimpit tubuhnya. Semalaman tidak tidur, malahan tidak langsung tidur sebaik tiba ke rumah sejak semalam. Ditambah pula dengan kedatangan Malik yang membuat kacau, semua penat itu seakan menghempapnya ketika ini. Seluruh badannya terasa sengal-sengal.
Nur Ayla membetulkan pembaringannya. Deringan mesej yang berbunyi membuatkan dia mengambil telefon yang berada di dalam poket seluar.
++ I'll be late. Inspektor Ibrahim minta awak ke balai untuk buat statement tentang hal yang jadi. Saya tak dapat nak teman awak. Awak bolehkan pergi sendiri?" ++
Mesej yang dibaca itu dipandang sepi. Langsung tiada rasa untuk membalasnya. Nur Ayla kecewa lagi. Rashid seakan nekad dengan apa yang dikatakan awal pagi tadi. Mahu dia berhenti kerja? Nur Ayla menghela nafasnya. Telefon diletakkan semula.
"Bila tak dapat dikejar-kejar. Tapi bila dah dapat, ditinggal-tinggalkan." Hatinya Nur Ayla berbisik sendiri. Tidak lama kemudian, Nur Ayla yang sedia memejam mata, terus terbuai mimpi. Dibiarkan sahaja semua yang berlaku, dia sudah terlalu penat untuk menangis sekali lagi.
Rashid mencuba lagi. Beberapa kali dia cuba menghubungi Nur Ayla namun tiada jawapan. Mesej yang dihantar jam 3 petang tadi, sudah dibaca namun tiada balasan. Sekarang sudah hampir jam 7 malam, namun Nur Ayla tidak tahu entah di mana. Rashid dihambat kerisauan dan rasa bersalah.
"Kenapa macam cacing kepanasan kamu ni?" Encik Rahmat yang mahu menyerahkan fail kepada Rashid menegur.
"Ayla, entah ke mana, call tak angkat, mesej pun tak berjawab." Balas Rashid.
"Dah tu tunggu apa lagi, baliklah tengok isteri kamu. Ya Allah, baru semalamkan jadi benda buruk? Kamu tinggal lagi isteri kamu sorang-sorang?" Encik Rahmat berkerut kening.
"There's a lot of thing to be settled pa... terpaksa."
"Papa bukan suruh siapkan hari ini jugak. Sudah, pergi tengok Ayla tu, jadi apa-apa nanti baru menyesal." Ujar Encik Rahmat sebelum berlalu keluar dari bilik Rashid. Rashid meraup wajah berkali-kali. Selepas itu, dia terus mengemas meja dan bersiap untuk pulang.
Dalam kereta, Rashid cuba menghubungi Nur Ayla lagi. Namun masih sama, tiada jawapannya. Rashid sudah terhimpit rasa bersalah kepada Nur Ayla. Egonya membuatkan dia tekad membiarkan sahaja Nur Ayla merajuk sendirian dan membawa hati. Rashid mengetap bibirnya. Kakinya menekan pedal minyak, melajukan pemanduan.
Nur Ayla membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat dan berdenyut kuat. Terasa semakin kuat sengal-sengal di badannya. Jam di dinding dipandang, terus mulutnya beristigfar. Jam sudah melepasi jam 7 petang.
Tidak memikirkan kesakitan yang mencengkam, Nur Ayla terus bangun dan mahu membersihkan dirinya dan menunaikan solat asar yang sudah hampir dipenghujung. Teringatkan pesan Rashid yang dia perlu ke balai, membuatkan Nur Ayla bergerak lebih pantas.
Tepat jam 8 malam, Nur Ayla sudah bergerak ke balai polis. Kepala yang berdenyut agak menganggu pemanduannya. Sudahlah dia sudah lama tidak memandu, ini pula di waktu malam. Mujur sahaja tidak terlalu banyak kereta malam ini.
"Saya datang nak buat laporan berkenaan kafe' saya yang kena pecah masuk." Ujar Nur Ayla sebaik tiba di balai. Pegawai polis yang bertugas mula menyemak dan kemudian meminta Nur Ayla untuk tunggu seketika kerana pegawai yang mengendalikan kes tersebut sudah habis syif kerja.
"Puan boleh datang semula esok pagi, jam 10 pagi? Bukan apa, Inspektor Ibrahim nak uruskan kes ini sendiri."
"Boleh-boleh. Maaf ya, saya tak berapa sihat tadi, tertidur dari tengah hari."
YOU ARE READING
MUZIKAL CINTA
Romansalagu yang mengiringi kisah cinta mereka. dari mula kenal, sampailah dalam melalui fasa yang menyakitkan. kisah malang Nur Ayla dengan jejaka lajak usia Rashid. ada suka dan banyaknya duka. Bermula dengan suka, kemudian rahsia Ayla yang memisahkan m...