BAB 4

189 12 0
                                    


Nur Ayla melepas lelah. Duduk dilabuhkan ke kerusi. Semua bas Ipoh sudah bertolak. Dia terlambat. Terpaksa menunggu ayah pulang dari surau selepas isyak, tentu sahaja bas sudah tiada. Ayah sudah pun disuruh pulang ke rumah kerana sudah lebih jam sepuluh malam. Ayah tidak boleh memandu malam risau juga sewaktu ayah mahu menghantar dia ke Shahab Perdana. Mak sudah bising-bising. Nur Ayla redha. Sejak dahulu, itu sahaja modal mak kepada dia, loq-laq!

"Teruknya hari awak." Suara yang dikenali itu menampaq telinga. Nur Ayla memperbetulkan duduk dan memandang ke sisi kanan. Rashid lagi?

"Buat apa dekat sini?" Nur Ayla pantas menyoal melihat Rashid dan senyumannya. Asyik senyum saja, jual minyak ka?

"Tunggu Ayla sudi balik dengan saya."

"Erm. Berani ka? Dah tanya Megat dengan Suzanna?"

"Dah. Saya tak percaya. Jomlah balik dengan saya, lewat dah ni. Esok Ayla kerja kan?" Rashid masih menanti persetujuan. Nur Ayla berkerut kening.

"Saya jujur ya Rashid. Saya ni takut dengan orang tak dikenali. Awak ni saya tau nama ja. Merbahaya untuk saya. Tak mau cari nahas." Nur Ayla berterus terang. Rashid ketawa.

"Yang penting tau nama. Okay dah tu. Megat dengan Suzanna kenal saya. Jadi kalau Ayla rasa takut sangat, mesej siap-siap dekat Suzanna yang kita balik Ipoh sama-sama. Okay?" Rashid memberi cadangan. Ayla pula memikirkan. Nak ikut atau tidak? Esok kerja, sudahlah kerja sendiri, rugi kalau esok pun tutup kedai!

"Okay. Boleh tapi kita wefie dulu." Ayla mengeluarkan telefon dari beg tangan. Rashid sudah hairan, wefie?

"Bukti yang kita memang balik sekali." Terus sahaja Ayla membetulkan kedudukan dan mengambil gambar dia dan Rashid bersama-sama. Sempat pula Rashid membuat tanda peace.

"Dah hantar. Okay jom. Esok kerja." Laju sahaja Ayla bangun dari duduknya.

"Beg baju tak ada?" Rashid menyoal sebaik sahaja melihat Ayla sekadar melenggang.

"Balik sehari saja. Baju semua dah ada dekat rumah Mak Ayah." Ujar Ayla.

"Rugi pula saya tak pergi rumah awak jumpa mak dengan ayah."

"Kenapa?"

"Boleh book Ayla siap-siap."

"Dah kenapa pula?"

"Book jadi isteri."

"Mengarut betul."

"Serious."

"Kenal tak sampai sehari kut, tak payahlah beri harapan. Saya ni lepas putus putuih tunang haritu, dah buang segala harapan dah. Kalau Encik Rashid nak jugak, kena usaha lebih bagi Allah taala bukak hati saya ni lepas dah rasa putuih habih harapan untuk bercinta." Ujar Ayla panjang lebar, jujur dan terus terang. Rashid terlopong.

"Wow, kira green light la ni?"

"Tak dak lampu merah dia dok warna oren saja, tapi tu la, bukan oren hat nak pi hijau, dia oren sedia. Rosak." Ayla ketawa, Rashid juga.

"Jom lah. Kalau oren pun oren lah, mana tau buleh pi jadi hijau esok esok ni." Lancar sahaja kata-kata itu membuatkan Ayla menelan liur. Terlajak kata, habih la hang!

Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya membatu diri. Bukanlah terasa segan, Ayla cuma terlalu letih dan Rashid pula yang tahu Ayla keletihan hanya membiarkan radio bersuara sepanjang perjalanan.

"Uishh, saya suka lagu ni." Ujar Ayla memecah keheningan tatkala lagu Cinta Luar Biasa diputarkan DJ di radio. Ayla berdehem mengikut alunan muzik.

"Saya pun suka.... nanti kalau Ayla terima untuk saya kenal Ayla lebih lagi, saya akan selalu nyanyikan lagu ni untuk Ayla." Rashid mencuba lagi. Ayla tersengih sahaja seperti kerang busuk, malas melayan.

"Kalau dah tahu perjalanan pergi balik ni meletihkan kenapa rushing nak balik Ipoh, kan boleh rehat rumah Mak Ayah?" Soal Rashid. Ayla mengangguk perlahan sebelum menjawab persoalan.

"Mulanya memang la nak dok sat. Tapi bila Mak mula start enjin, start ungkit pasai putuih tunang. Haishh, malaslah. Hati saya ni tak ada orang ubat sejak putuih. Tak nak bagi retak banyak sangat. Sedih." Ayla jujur dan sangat berterus terang. Entah kenapa, dia tidak simpan-simpan dengan Rashid. Semua dalam hati diluahkan sahaja. Dia rasa senang begitu.

"Mak biasalah. Tak boleh ambik hati sangat. Bab tak ada orang nak ubat tu, bagi saya ubatkan. Seminggu, elok macam asal." Ayla ketawa lagi mendengar kata-kata Rashid.

"Confident betul ye awak ni."

"Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Nak kan seseorang kena terus mencuba, kalau Allah izin, berjaya. Kalau Allah tak izin, redha aje." Ayla mengangguk dengan senyuman. Suhu dalam kereta yang terasa dingin membuatkan Ayla memeluk tubuh dan menggosok-gosokkan lengannya.

"Sejuk sangat ke? Saya dah turunkan suhu ni. Kalau masih sejuk...." Rashid cuba menggapai jaketnya di belakang membuatkan dia seakan mendekati Ayla, Ayla dengan pantas melarikan diri ke pintu kereta sehingga membuatkan Rashid terpinga. Ayla memalang tangannya seakan melindungi diri.

"Awak jangan macam-macam, nanti saya smash haaa senget awak nanti." Ujar Ayla sedikit tegas. Rashid ketawa, mula kecil, lama kelamaan semakin kuat.

"Saya starlight dahi baru ada akai. Ni ha, saya nak ambik jaket saya bagi awak. Kan sejuk sangat kan. Perasan betul." Rashid meletakkan jaket yang berjaya dicapai ke pangkuan Ayla. Ayla perlahan-lahan menurunkan tangan dan mengambil jaket, terus dipakai ke tubuhnya.

"Saya berhati-hati, tak mau pisang berbuah lagi. Kang tak pasal, kenduri kita 7 hari 7 malam." Ujar Ayla membuatkan kening Rashid bertaut.

"Maksud awak?"

"Ye lah, awak gatai-gatai kacau saya, saya smash haa tak ke accident kita."

"Bukan, maksud awak tentang pisang berbuah dua kali tu..."

"Ye lah, ada ke pisang berbuah lagi lepas dah pernah berbuah sekali?"

"Jangan melalut sangat. Dulu Malik buat apa dekat awak sampai accident tu?"

"Tau pulak saya accident dengan dia, kenal ke Malik?"

"Su dengan Megat ada cerita. Lepas accident tu la awak putus tunang kan?"

"Mau tak putus, kalau tak accident pun saya memang tak mau dekat dia. Mak yang berkenan sangat."

"Dia buat apa?"

"Sibuk aje nak tau."

"Kena la, risau saya buat jugak tak dapat nak tackle awak."

"Haa jangan dok gatai...."

"Dia menggatai dengan awak ka?" Rashid menyoal lagi, loghat Kedahnya agak menjadi. Ayla mencebik.

"Tak payah tau, aib orang. Walaupun saya mangsa, saya tak rasa saya boleh cerita. Biaq lah dia tak akan berani kacau saya lagi dah." Rashid mengangguk tanda terima dan faham. Satu lagi sikap Ayla yang membuatkan hatinya semakin terpaut.

Rashid kembali memandu, lagi satu jam setengah merekaakan sampai di Ipoh. Ayla cuma melayan perasan dengan mata terpejam. Merekamembiarkan DJ dan lagu di radio mengisi ruang kosong yang ada. Perkenalan yangsingkat dek kecuaian Ayla membawa kepada suatu perkenalan yang entah di manapenghujungnya. Mereka sama-sama menantikannya.

MUZIKAL CINTAWhere stories live. Discover now