BAB 6

189 11 0
                                    


Ayla merebahkan diri ke atas katilnya. Terasa empuk dan sangat selesa. Ayla merenggangkan badannya yang terasa amat keletihan kerana sepanjang hari berdiri menyiapkan tempahan. Inilah cabaran bekerja sendiri. Balik sahaja dari kedai, dia terus menyambung tempahan untuk esok pagi. Rezeki, jangan pernah sekali mengeluh.

Telefon yang berbunyi menandakan satu mesej diterima, di ambil dan terus sahaja dibuka. Nombor yang tidak dikenali. Tiada tulisan, hanya satu pesanan suara. Butang play ditekan. Petikan gitar itu membuatkan Ayla bangkit dari pembaringannya.

***Berapa kali ku harus katakan cinta
Berapa lama ku harus menunggumu
Di ujung gelisah ini aku
Tak sedetik pun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu

Luka luka luka yang ku rasakan
Bertubi tubi tubi engkau berikan
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Tapi aku balas senyum keindahan

Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a

Ayla mendengar sahaja, tiada riak. Tidak faham, tidak tahu pengirimnya. Ayla membalas pesanan suara tersebut dengan satu mesej.

+ Assalamualaikum. Siapa ya? Lagu apa ni?

Ayla menanti jawapan dengan sabar setelah melihat si pemilik kelihatan sedang menulis sesuatu. Setelah mendapat balasan Ayla mengeluh. Butang play ditekan sekali lagi. Masih bunyi petikan gitar dengan susulan suara pemilik nombor tidak dikenali itu sekali lagi.

***Hatiku berkata ingin katakan cinta
Namun aku malu untuk mengawalinya
Jantungku berdebar saat kau menatapku
Jadi salah tingkah bicara sama kamu

Bibirku terbungkam melihat senyummu
Aku tak kuasa saat di depanmu

Sebenarnya aku ingin Mengungkapkan rasa
Tapi mengapa aku selalu tak bisa
Bagaimana caranya agar dirimu
Bisa tahu kalau aku suka
Suka suka suka sama kamu

Ayla mendengar. Kali ini dia mengamati suara yang seakan pernah didengarinya sebelum ini. Suara yang sangat biasa ditelinganya. Sehinggalah, Ayla terlopong sendiri. Nombor tersebut terus dihubungi tanpa ragu-ragu lagi.

"Rashid!" Tempik Ayla, sebaik sahaja panggilannya disambung. Kedengaran Rashid ketawa kuat di hujung sana.

"Saja ja kan? Tak dak kerja dah ka malam-malam buta ni dok menyanyi?" Ayla buat – buat marah. Rashid masih bersisa ketawa.

"Tak... malam ni bulan terang...." Balas Rashid dengan suara yang sangat romantis di telinga Ayla. Ayla menggeleng membuang rasa yang seakan mulai menghimpit.

"Jadi?"

"Cahaya bulan malam ni terang, menarik hati saya... sama macam Nur Ayla." Balas Rashid, membuatkan Ayla terdiam sesaat dua.

"Mengarut ja kerja dia. Ada apa ni nyanyi lagu gatai-gatai ni." Ayla menukar topik sebelum Rashid terus melalut mencari jalan ke hatinya. Rashid ketawa perlahan namun masih jelas di telinga Ayla.

"Menyampaikan apa yang ada dalam hati saya untuk awak." Balasan yang membuatkan Ayla terdiam sekali lagi.

"Ayla..." Rashid bersuara setelah Ayla seakan membatukan dirinya.

"Ada... jangan mengarut sangat Rashid. Jangan mengharap apa-apa. Saya dah bagitaukan. Saya dah putus asa untuk ada hubungan dengan sesiapa." Balas Ayla, menjelaskan. Tidak mahu Rashid kecewa akhirnya.

"Sampai bila bila ke?" Ujar Rashid.

"Taklah tapi..."

"Haa kiranya saya masih ada peluang. Jangan risau Ayla, izinkan saya berusaha untuk padam perkataan putus ada tu. Just give me the chance, boleh?" laju Rashid memotong kata-kata Ayla. Ayla mengeluh perlahan.

MUZIKAL CINTAWhere stories live. Discover now