Majlis selesai dengan baik dan lancar sahaja, sesuai dengan perancangan 'last minute' mereka. Nur Ayla menghela nafas lega namun masih ada penjelasan yang perlu dibuat kepada Rashid. Menyebut nama Rashid sahaja membuatkan Nur Ayla getar sendiri. Dalam puas dia menolak, akhir lelaki itu sekali lagi menjadi hero untuk dirinya. Hero sampai syurga. Dengan sekali lafaz, Rashid telah menjadikan Nur Ayla isterinya yang sah.
Rashid memasuki ruang bilik Nur Ayla sebaik sahaja keluarganya sudah pulang ke homestay semula. Rashid memandang Nur Ayla yang termenung di jendela dengan masih lengkap dalam persalinan putih. Entah apa yang dipandang dalam gelap malam ini.
"Pandang apa tu?" Tegur Rashid sebaik sahaja menghampiri Nur Ayla. Nur Ayla yang terkejut disapa tiba-tiba oleh Rashid, laju sahaja menyapu air mata yang membasahi pipi.
"Gelap kat luar ni, pandang lama sangat nanti benda lain yang awak nampak." Rashid menambah, sengaja mengusik Nur Ayla. Bukan tidak perasan Nur Ayla masih menangis, tetapi sengaja tidak mahu membangkitkan hal itu.
"Tak pandang apa pun, saja ambik angin malam." Ujar Nur Ayla dengan suara yang serak selepas menangis.
"Kan tak elok kena angin malam, nanti demam. Tengok tu suara pun dah serak tu." Rashid masih mood mengusik Nur Ayla. Nur Ayla mendecit.
"Mana ada." Balas Nur Ayla. Rashid ketawa kecil. Menyandar badan ke bingkai tingkap. Nur Ayla beranjak memberi ruang.
"Tak perlu menangis, semua dah selesai. Awak tak gembira?"
"Awak gembira ke?" Nur Ayla membalas dengan soalan. Rashid mengangguk laju.
"Sangat gembira. Akhirnya Allah izinkan saya menghalalkan awak dengan cara baik." Nur Ayla mengerut keningnya, matanya masih tersisa air mata. Rashid menyapu air mata itu dengan jarinya. Nur Ayla agak terkesima dengan perbuatan Rashid yang diluar jangkaannya.
"Cara yang baik? Maksud awak, awak pernah plan yang tak baik ke?"
"Mungkin. Kalau dah awak asyik menolak saya walaupun dalam hati tu nak, apa pilihan saya ada?" Ujar Rashid bersahaja.
"Jahatnya." Rashid tersenyum menampakkan barisan giginya.
"Tapi plan saya tak sejahat Malik." Nur Ayla terdiam.
"Kata tak akan ungkit lepas kahwin." Ujar Nur Ayla perlahan sahaja.
"Tak ungkit hal tu pun, lagi pun dah tahu. Kenapalah tak cakap dekat saya? Kalau saya tahu dah pecah muka dia." Rashid mengepal tangannya kuat. Nur Ayla pecah ketawa.
"Pergh, garang sungguh."
"Betullah. Benda serius dia boleh gelak." Nur Ayla masih bersisa ketawa. Mereka diam seketika sebelum Nur Ayla perlahan-lahan menyentuh lembut tangan Rashid dan menggenggamnya erat. Rashid memandang tangannya sebelum memandang Nur Ayla yang tersenyum kepadanya.
"Saya sangat berterima kasih dekat awak, sebab masih sudi menerima saya seadaanya saya selepas apa yang berlaku. Saya nak mintak maaf, banyak kali ignore perasaan awak. Percayalah, saya bukan sengaja menolak awak untuk kembali, tapi saya tak yakin untuk menghadap kebenaran yang ada." Rashid membalas genggaman tangan Nur Ayla.
"Tak perlu risau. Saya terima awak, Nur Ayla Binti Sulaiman, seadanya awak. Saya jatuh cinta dengan awak pada hari pertama saya bertemu empat mata dengan awak. Saat tu, saya simpan dalam hati saya yang awak akan menjadi suri hidup saya. Jadi, apa sahaja yang berlaku, tak kira apa sahaja berlaku, saya terima awak sebab awak, bukan sebab lain. Jadi, jangan menangis lagi sayang. Saya akan cuba jadikan awak seorang isteri yang paling bahagia. Ini janji saya." Kata-kata yang sangat mendalam, sejuk didengari, tenang di hati. Nur Ayla kemudian mendekati dan merapatkan jarak antara mereka sebelum terus memeluk tubuh Rashid seeratnya. Rashid kemudian mengeratkan lagi pelukan.
YOU ARE READING
MUZIKAL CINTA
Romancelagu yang mengiringi kisah cinta mereka. dari mula kenal, sampailah dalam melalui fasa yang menyakitkan. kisah malang Nur Ayla dengan jejaka lajak usia Rashid. ada suka dan banyaknya duka. Bermula dengan suka, kemudian rahsia Ayla yang memisahkan m...