Mereka mengaminkan doa yang dibaca Rashid selaku imam Jemaah Maghrib sebentar tadi. Nur Ayla tidak dapat menolak langsung kata-kata Puan Ruhil yang sangat bijak mengatur rancangan. Dari asar Nur Ayla cuba mengundur diri tapi ditahan sehinggalah berjemaah mereka semua di rumahnya.
Nur Ayla menunggu giliran untuk bersalam dengan Puan Ruhil, menanti Ruhaila dan Husna yang sudah seakan sepakat mengenakan dia hari ini. Nur Ayla menghulur tangannya bersalaman dengan mama Rashid. Puan Ruhil tersenyum lebar. Wajah Nur Ayla dibelek lagi.
"Dah okay?" Soal Puan Ruhil.
"Masih rasa pedih-pedih tapi okay dari tadi."
"Merah lagi ni. Lepas ni letak lagi gel tu. Tak berparut kut ye?" Puan Ruhil pula yang risau.
"InsyaAllah tak. Doktor kata dia akan jadi kering and okay lepas tu."
"Mujurlah tak panas sangat, kalau kuah tomyam, mau masak Ayla tadi." Puan Ruhil melepas lelah. Berkerut keningnya melihat wajah Ayla.
"Alhamdulillah. Kedai Korea takdak tomyam." Nur Ayla cuba bergurau, Puan Ruhil menepuk perlahan tangan Nur Ayla dengan ketawa kecil.
"Haa pergi salam tu." Puan Ruhil tiba-tiba bersuara sebaik sahaja Rashid berada dekat dengan mereka. Nur Ayla naik hairan dan pelik dengan arahan Puan Ruhil, dia tiba-tiba keliru sendiri.
"Belum... belum halal." Nur Ayla menjawab tergagap-gagap. Rashid ketawa mendengarnya.
"Oh belum... kira nanti boleh?" Puan Ruhil mengusik. Nur Ayla sudah tidak tentu arah.
"Alhamdulillah." Kuat suara Rashid. Nur Ayla sudah pandang sini sana. Baik Puan Ruhil, Encik Rahmat, semua ketawa akan tingkah Ayla ketika itu. Husna dan Ruhaila mulalah menyakat.
"Mana ada... mak cik..." Nur Ayla menidakkan dalam kekalutan.
"Gurau aje, kalau jadi Alhamdulillah... jom siap-siap makan malam, lepas tu baru Rashid hantar balik ye."
"Husna hantar akak balik kan?" Nur Ayla cuba melarikan diri. Husna yang sedang mengemas sejadah menggeleng laju.
"Eh kak Ayla, rumah Husna depan situ je, dah pukul berapa ni kejap lagi nak patah balik semula. Jauh la kak." Husna membalas selamba dengan wajah tak beriak bersalah! Nur Ayla mengetap giginya.
"Alah... saya hantarlah. Salah ke?" Rashid mencelah. Masih segak dalam kurta dan kain pelikat. Kepala masih tersarung songkok hitam.
"Taklah, malaslah dengan awak."
"Apasal dengan saya malas?"
"Sebab tak rajin."
"Mengada."
"Biarlah."
"Ok."
"Ok." Masing-masing nak menang. Masing-masing nak merajuk. Masing-masing malas layan. Yang lain hanya menggeleng melihat tingkah mereka berdua. Nur Ayla menjeling Rashid, Rashid hanya menjungkit bahu dan berlalu ke dapur membantu mama. Nur Ayla melangkah ke bilik Ruhaila untuk bersiap.
"Husna ni saja kan."
"Apa pulak?"
"Kalau tahu dia yang nak hantar akak malam ni, akak balik dah petang tadi." Nur Ayla masih rasa tidak puas hati.
"Apa salahnya kak? Malam dah kan." Ruhaila menambah. Nur Ayla memandang Ruhaila dengan mata yang sengaja dikecilkan. Ruhaila mencebik dan melarikan pandangan. Husna juga sama.
"Dua-dua orang ni memang sengaja cari pasal dengan akak." Nur Ayla mengambil tudungnya dan kemudian mengeluh kuat.
"Kenapa kuat sangat mengeluhnya tu?" Husna mendekat. Nur Ayla menunjukkan tudungnya. Bertapuk kesan air.
YOU ARE READING
MUZIKAL CINTA
Romancelagu yang mengiringi kisah cinta mereka. dari mula kenal, sampailah dalam melalui fasa yang menyakitkan. kisah malang Nur Ayla dengan jejaka lajak usia Rashid. ada suka dan banyaknya duka. Bermula dengan suka, kemudian rahsia Ayla yang memisahkan m...