BAB 17

156 7 0
                                    


Sebaik sahaja kereta yang dipandu Rashid sampai di kawasan kafe' Nur Ayla. Nur Ayla bersiap untuk keluar dari kereta. Rashid mematikan enjin dan menarik lengan baju Ayla mematikan langkah gadis itu.

Nur Ayla memandang Rashid dan kemudian memandang tangan lelaki itu yang masih memegang lengan bajunya. Rashid memandang tepat ke wajah Nur Ayla.

"Can we talk?" ujar Rashid.

"Boleh, duduk dekat kerusi tu, saya buatkan kopi." Balas Nur Ayla sambil menunjukkan kerusi yang ada di luar kafe'nya. Nur Ayla kemudian melangkah keluar kereta selepas Rashid melepaskan lengan bajunya dari pegangan.

Dua cawan kopi diletakkan di atas meja. Rashid membetulkan kedudukan. Tidak tunggu lama, cawan kopi diangkat dan disisip perlahan.

"Masih sama. Nice and sweet. Just like you." Ujar Rashid sambil meletakkan semula cawannya. Nur Ayla hanya tersenyum dengan cebikan.

"Apa yang awak nak cakap?"

"Tak ada apa yang serius, nak minta maaf."

"Maaf? Untuk apa?"

"Berkasar dengan awak tadi."

"Oh, okay dimaafkan."

"Untuk setahun yang amat perit untuk awak."

"Bukan salah awak pun, saya okay."

"Maaf untuk terus memaksa awak menerima saya."

"Macam sesuatu ja awak ni..." Nur Ayla berkerut kening.

"Taklah, saya nak stop diri saya."

"Stop?"

"Ya, hentikan diri saya untuk paksa diri awak terima diri saya."

"Oo, kiranya ini last kita berjumpa?" Nur Ayla menyoal. Rashid mahu mengangguk namun teragak-agak.

"Mungkin. Awak suka kan?"

"Mungkin." Nur Ayla menjungkit bahu. Kopi disisip perlahan.

"Jadi betullah saya memang dah tak ada peluang? Memang saya dah tak ada di hati awak kan?" Rashid menyoal, kali ini kedengaran lirih. Nur Ayla memeluk tubuh.

"Saja ja soalan yang sama, berulang-ulang. Awak nak saya jujur?" Rashid mengangguk.

"Tipu kalau saya kata tak ada. Kita ada memori bersama yang kita bina dalam tempoh waktu yang sangat singkat. Semua lagu-lagu yang awak pernah nyanyikan dekat saya, saya masih dengar sampai sekarang. Kadang lagu-lagu tu bagi saya kekuatan dan kadang buat saya menangis."

"Dah tu kenapa bila saya datang balik, nak kembali macam dulu, nak ikat hubungan antara kita bagi halal, awak tolak mentah-mentah?" Rashid memotong kata. Nur Ayla menghela nafasnya perlahan.

"Sebab, kita dah tak sama. Tempoh setahun ni Rashid, bukan singkat. Panjang sangat dan dalam tempoh ni saya ubat dan rawat hati saya sendiri. Saya tak letak harapan langsung untuk awak kembali dalam hidup saya."

"Tapi saya setiap hari berdoa yang awak akan kembali dan jadi milik saya." Balas Rashid mencelah kata-kata Nur Ayla.

"Sebab tu saya kata kita dah tak sama. Mungkin awak sama, awak masih awak yang dulu tapi saya tak. Susahlah nak jelaskan bab hati ni."

"Faham. Saya perlu move on, sebagaimana awak move on. I got it. Okaylah, kalau itu yang awak rasa terbaik untuk kita dan awak terutamanya. Saya terima." Rashid bersedia untuk bangun dan pulang. Nur Ayla hanya memerhatikan perlakuan Rashid.

"Kalau saya pergi sekarang dan awak tak halang, saya mungkin tak akan muncul lagi dalam hidup awak." Ujar Rashid dalam keadaan tegak berdiri memandang Nur Ayla yang masih di kerusi. Kedua-dua tangan berada di dalam poket seluarnya. Wajah Rashid seakan mengharap Nur Ayla menahannya dari pergi.

MUZIKAL CINTAWhere stories live. Discover now