BAB 8

169 13 0
                                    


Ayla mengeleng. Sesekali matanya memandang ke arah Rashid yang ralit dengan gitarnya. Ayla sibuk menyiapkan tempahan dan produk untuk jualan. Sejak-sejak Ayla mengubahsuai kedainya menjadi mini kafe, makin kerap pula muka Rashid di situ.

"Kak dengan dia ada apa-apa ke?" Husna yang lalu dengan dulang di tangan menyoal. Mulutnya muncung menunjuk ke arah Rashid.

"Kawan."

"Kawan untuk kahwin atau kawan tapi mesra?"

"Kawan ja."

"Betul?"

"Lah... pasaipa dok tanya banyak ni? Cepat, tu ada customer." Ayla tidak mahu melanjutkan perbualan. Tentu sahaja Husna naik hairan, hari-hari muka Rashid di kafe mereka.

"Ayla..." Rashid memanggil Ayla yang asyik mendeko kek yang ditempah. Ayla yang membongkok, membetulkan badan. Rashid dipandang tanpa ria.

"For you..." Ujar Rashid dengan senyuman. Tali gitar mula dipetik.

Jika 'ku radio dan engkau lagunya
Dan aku putarkan hingga semua terleka
Begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Jika 'ku air wudhuk mu
Menjadi seri mu
Dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya
Akulah jodoh mu
Jaga mu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
Di bawah bulan bintang
Kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
Kita harungi bersama berdua selamanya
Sampai ke hari tua
Mencintaimu

Alunan lagu Aizat Amdan meniti telinga Ayla. Suara Rashid menenangkan. Ayla terleka seketika mendengar dan melihat Rashid mendengangkan lagu untuknya. Mungkinkah mereka akan sampai ke hari tua, bersama?

"Sedapkan suara dia. Akak dengan dia ada something ni... Husna dah boleh agak." Husna menolak bahu Ayla perlahan. Ayla menjungkit bahu.

"Jangan jual mahal kak. Bila orang baik datang, beri peluang. Kalau memang bukan jodoh, tak apalah. Yang penting kita cuba, usaha." Ujar Husna. Entah bagaimana, kata-kata itu membuka mata Ayla yang sengaja ditutup rapat dalam memandang keikhlasan Rashid yang bersungguh mahu mengenalinya.

"Kak takut, andai satu hari akak bagi dia peluang, sampai satu saat hati kak remuk. Akak tak sanggup nak lalui haritu. Kak nak cari bahagia yang selama ni kak tak rasa." Ujar Ayla jujur. Husna memeluk bahu Ayla, digosok dan ditepuk lembut. Sejak mengenali Ayla, Husna tahu Ayla sangat kesunyian. Ayla menyembunyikan sunyi dengan sentiasa bekerja.

"Bila hari tu datang, kak kena redha. Maksudnya Allah tak izin untuk akak terus dalam suatu hubungan yang bukan milik akak. Kalau hari tu datang, akak ada Husna untuk Husna pinjamkan bahu ni, untuk akak sandar dan menangis. You have me, Kak Ayla." Ayla memandang Husna. Seorang gadis belasan tahun, tetapi agak matang pemikirannya. Anak tunggal tetapi penuh kasih sayang.

"Terima kasih Husna." Husna mengangguk kepala dengan senyuman. Sebelum dia menunjukkan ke arah Rashid yang menggamit Ayla. Ayla tidak tunggu lama, langkah terus sahaja diatur ke arah Rashid.

"Dah habis buat mini konsert Encik Rashid?" Soal Ayla, kerusi yang bertentangan ditarik dan terus dia melabuhkan duduk.

"Belum. Ayla..." Rashid bersuara, riaknya serius. Nada suaranya juga serius.

"Ya?" Soal Ayla, keningnya bertaut.

"Sampai ke hari tua dengan saya?" Ujar Rashid, sebentuk cincin diletakkan di atas meja. Ayla terkaku. Keras. Kepalanya juga, beku.

"Today is our last day, hari akhir berkawan. Jadi, kahwin jom?" Rashid bersuara lagi. Ayla masih diam. Cincin di atas meja dipandang tak berkelip. Lama. Kemudian, wajah Rashid yang sedia memandangnya di pandang.

MUZIKAL CINTAWhere stories live. Discover now