Bunyi mesin menyedarkan Nur Ayla dari lelap yang panjang. Perit di tangan dan dahi membuatkan Nur Ayla membuka mata dan memandang tangannya yang berbalut jarum terus sahaja membuat Ayla memandang sekitarnya. Husna yang baru sahaja masuk ke bilik yang menempatkan Nur Ayla menyedari Ayla sudah sedar dari lenanya.
"Akak dah sedar... nak air?" Laju sahaja tangannya menuang segelas air untuk Nur Ayla sebelum membantu Ayla untuk bangun dan minum.
"Berapa lama akak tak sedar?" soal Nur Ayla dengan suara yang perlahan.
"Sekarang dah maghrib kak, lama juga tu. Terkejut Husna tadi bila Ila call akak pengsan tepi jalan."
"Tepi jalan?"
"Aah, Ila kata akak nak ke klinik sebab sakit kepala, sekali abang Ila call Ila bagitau akak pengsan."
"Haa betullah, akak sakit kepala sangat. Lepas tu tak tau dah apa. Lost."
"Mujurlah kebetulan abang Ila tu lalu situ nak jumpa si Ila. Kalau orang lain tak tahu la kak. Alhamdulillah."
"Alhamdulillah. Ila mana?"
"Lepas dia hantar akak dengan abang dia tadi, dia balik dulu nak tutup kedai."
"Akak mintak maaf sangat, dah susahkan Ila dengan Husna... tak pasal-pasal abang si Ila tu pun dah akak susahkan." Nur Ayla terasa ralat.
"Tak ada apalah kak. Saya dengan Ila aje yang akak ada kan sekarang? Kami sayang akak dah macam kakak sendiri tau. Jangan fikir sangat. Rest."
"Husna ada jumpa abang Ila?"
"Ada, jumpa tadi. Memang peminat setia cheesetart akak."
"Husna kenai ka?"
"Dulu Ila kata saya akan kenal kalau jumpa abang dia tu. Memang kenal sangat, selalu aje datang kedai akak dekat Meru tu."
"Ya? Tak perasan pulak ya siapa yang kerap datang. Next time akak nak kenai betul-betul regular customer kita."
"Alahhh akak pun akan kenal sangatlah."
"Iya?" Husna mengangguk dengan senyum penuh makna.
"Akak rest tau. Doktor kata akak tak cukup tidur dan stress. Kenapa kak?"
"Semalam akak memang tak dapat nak tidur. Ingat tak akak cerita minggu lepas akak dengar macam ada orang dekat tingkap bilik akak."
"Ada lagi ke?"
"Ada, boleh kata setiap malam. Malam tadi macam nak masuk rumah ja. Akak takut sangat, sampai nak tidur pun tak boleh. Sebab tu kut sampai jadi macam ni." Nur Ayla mengeluh perlahan.
"Kita buat police report ya lepas akak discharged?"
"Tapi polis layan ke? Tak ada bukti orang ke apa ke..."
"Kita buat aje, nanti peronda akan selalu ronda kawasan tu, so kalau betul orang akan takutlah dia. Kalau bukan orang, kita baca Yassin aje nanti. Boleh?" Husna kedengaran tegas. Nur Ayla mengangguk perlahan.
"Akak rest, pucat sangat dah tu. Husna nak keluar kejap, nanti Husna datang balik. Akak nak apa-apa tak?"
"Tak ada apa. Akak nak tidur aje. Rasa letih sangat."
"Okay, ambik masa ni rest puas-puas." Husna kemudian melangkah keluar dari bilik membiarkan Nur Ayla berehat.
"Ayla dah sedar?" Suara itu terus sahaja menyapa sebaik sahaja Husna menapak keluar. Mungkin sedari tadi sudah menanti di depan bilik ini, Husna mengagak sendiri.
"Alhamdulillah. Nurse dah check tadi, just kena rehat aje."
"Alhamdulillah. Ni Husna tak teman kak Ayla?" Soal Rashid, riak wajah penuh gusar.
YOU ARE READING
MUZIKAL CINTA
Romancelagu yang mengiringi kisah cinta mereka. dari mula kenal, sampailah dalam melalui fasa yang menyakitkan. kisah malang Nur Ayla dengan jejaka lajak usia Rashid. ada suka dan banyaknya duka. Bermula dengan suka, kemudian rahsia Ayla yang memisahkan m...