BAB 13

158 10 0
                                    


Husna membantu Nur Ayla mengemas barangannya. Cukup 3 hari 2 malam di hospital. Nur Ayla kini tampak lebih segar. Cukup tidur. Cukup rehat.

"Kita pergi makan-makan nak Husna? Dah lama kita tak jalan-jalan Ipoh kan?" Suara Ayla sambil mengenakan pelembap bibir. Tudung bawal dibetulkan muncungnya.

"Husna ada aje jalan-jalan dengan Umi. Akak tu suka sibukkan diri dengan kafe'. Tak pun berkurung aje dekat rumah." Ujar Husna dengan cebikan. Nur Ayla tersenyum menampakkan giginya.

"Akak malas macam-macam."

"Yelah tu, risau terserempak lagi kan?" Tempelak Husna. Nur Ayla ketawa kecil.

"Remuk tau. Dah lah kita ni berharap, last-last perasan sendiri." Ujar Nur Ayla. Selepas sebulan berpisah dengan Rashid. Rashid hilang khabar. Tiada mesej, apatah lagi panggilan. Suatu hari, Nur Ayla ternampak Rashid dengan seorang perempuan yang cantik pada pandangnya. Bermesra di sebuah restoran di Pekan Ipoh. Hatinya ketika itu yang sudah retak, terasa terus berderai. Sejak kejadian itu, Nur Ayla kian murung tetapi dia tetap berusaha bangkit untuk dirinya sendiri.

"Okay, lupakan kisah lama. Jom, habis dah kemas ni."

"Jom... rindunya nak jalan-jalan Ipoh."

"Ekeleh, macam nak pi London je. Ni kat Ipoh dah, kira macam stay hotelkan." Usik Husna. Nur Ayla menjeling dengan cebikan.

"Assalamualaikum." Suara itu mematikan Langkah Nur Ayla dan Husna yang baru hendak keluar dari bilik wad.

"Waalaikumussalam." Kedua-dua mereka menjawab hampir serentak. Nur Ayla memandang Husna dan kembali memandang dua susuk tubuh yang tiba-tiba datang.

"Kak Ayla, Kak Husna... ni mama papa Ila." Ruhaila yang baru tiba memperkenalkan pasangan pertengahan umur itu kepada Nur Ayla dan Husna.

"Oh ye ke... macam pernah nampak sebelum ni." Ujar Nur Ayla. Husna hanya membatukan diri, kemudian mula menyalami Puan Ruhil yang tersenyum manis.

"Kak Ayla dah discharged ke?" Ruhaila laju menyoal.

"Alhamdulillah, dah. Ni kami dah siap-siap nak balik." Balas Nur Ayla.

"Makcik dengan Pakcik nak jumpa Ayla sekejap boleh?" Suara Puan Ruhil yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, tidak lepas memandang Nur Ayla.

"Nak jumpa saya? Ada apa ya?" Soal Ayla, keningnya bercampur dua.

"Kita cakap dekat tempat lain, boleh sekali lunch. Pak cik belanja." Ujar Puan Ruhil. Mereka hanya mengangguk bersetuju. Nur Ayla masih berfikir-fikir siapakah dan kenapa mama dan papa Ruhaila mahu bertemu dengannya.

Husna dan Nur Ayla bergerak ke lokasi yang diberikan Ruhaila. Nur Ayla resah sendiri. Husna hanya diam membatu diri sejak dari tadi.

"Akak rasa diorang tu macam family..." Nur Ayla tak habiskan kata-katanya. Takut dikatakan mengharap sahaja.

"Abang Rashid." Sambung Husna dan membuatkan Nur Ayla mengangguk laju.

"Kan?"

"Iye... betul tu kak. Memang Ruhaila adik abang Rashid. Yang datang tadi kan mama papa Ila, so mama papa abang Rashid."

"Hah?!" Nur Ayla terkejut besar, hanya mengandaikan tetapi benar belaka.

"Macam mana Husna tau? Ke memang selama ni Husna tau?" Nur Ayla membesarkan matanya memandang Husna yang sedang memandu.

"Nope. Tak tahu, tapi sejak akak masuk wad tu, baru Husna tahu. Abang Rashid teman akak sampailah Husna sampai haritu." Husna membalas dengan senyuman lebar. Nur Ayla ternganga. Jawapan yang langsung tak disangka!

MUZIKAL CINTAWhere stories live. Discover now