Nur Ayla menutup mulut yang menguap besar. Terasa keletihan perjalanan yang jauh. Sudah lama benar dia tidak ke mana-mana sejak mula bekerja sendiri. Perjalanan kali ini amat memberi makna kepada Nur Ayla apabila bersama-sama dengan lelaki yang dicintainya, Rashid.
"Betul ni sayang, tak nak balik rumah mama papa dulu?" Ujar Rashid sebaik sahaja mengeluarkan beg dan barangan milik Nur Ayla dari kereta. Nur Ayla yang sedang membetulkan tudung di kepala mengangguk laju.
"Nanti saya balik sana, kan saya dah minta izin... ke awak nak tarik balik izin tu?" Nur Ayla menyoal, manja.
"Taklah. Saya risau awak tu. Baru seminggu tau dari apa yang berlaku haritu. Kalau tiba-tiba dia muncul macam mana." Rashid membalas. Nur Ayla diam, memandang Rashid tak berkelip mata.
"Haa dah kenapa pandang saya macam tu?" Rashid menyoal dengan kening yang sudah bertaut dua.
"Saja nak takutkan saya kan. Saya nak set up kafe' aje sebab tu kena duduk sini." Ujar Nur Ayla seakan menjauh hati. Rashid menguntum senyum sebelum merapatkan jarak antara mereka dan menarik Nur Ayla ke dalam pelukannya.
"Saya faham sayang... sorry, saya bukan nak takutkan. Saya risaukan awak."
"Teman la saya dekat sini." Balas Nur Ayla merenggangkan pelukan dan memandang Rashid yang masih menguntum senyum.
"Bukan tak nak. Memang kalau ikut hati, saya simpan awak dalam poket ni. Biar 24 jam awak depan mata saya. Tapi, ada masalah sikit dekat office. Papa kata urgent, jadi terpaksalah saya tahan diri saya dari ikut hati saya ni." Bahu Nur Ayla dielus perlahan. Nur Ayla mengangguk tanda faham.
"InsyaAllah semua akan baik-baik saja. Semua masalah awak akan selesai dan saya dekat sini baik-baik sahaja."
"Aamin. insyaAllah. Kalau awak rasa tak sedap hati atau rindu suami awak ni, terus call tau. Saya akan datang secepatnya." Rashid mengangkat beg Nur Ayla sampai ke depan pintu kafe'. Nur Ayla membuntuti langkah Rashid.
"Kalau rindu eh."
"Jangan kata tak rindu pulak." Balas Rashid sambil berdiri tegak dengan kedua-dua tangannya di dalam poket seluar. Nur Ayla dipandang dengan riak wajah serius.
"Taklah, mestilah akan rindu suami saya, seminggu ni asyik berkepitkan."
"Pandai pun. Saya kena cepat, papa dah tunggu di ofis. Jumpa nanti sayang, I'll call you later." Tangan dihulurkan. Nur Ayla cepat-cepat menyambut huluran itu dan mengucup tangan Rashid penuh kasih.
"Hati-hati awak. Jangan bawa laju-laju. Saya tunggu awak call nanti." Rashid mengusap pipi Nur Ayla sebelum berlalu pergi.
Nur Ayla melambai Rashid sebelum masuk ke rumahnya di tingkat 2. Kerinduan mula menerpa, membuatkan Nur Ayla tersenyum sendiri.
Lima hari bersama-sama Rashid dengan hubungan yang halal, membuatkan mereka bagai tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya meluahkan semua rasa yang ada di dalam hati mereka, yang selama ini mereka simpan dan pendam.
Nur Ayla terutamanya, meluahkan semua rasa cintanya kepada Rashid tanpa berselindung. Segala marah dan kesal juga turut sama diluahkan. Masing-masing tidak lagi mahu saling menyalahkan sesama mereka. Mereka juga tidak lagi mahu menyimpan rahsia sendiri, mereka tahu dan sedar mereka perlu sama-sama mengharungi segala bahagia yang ada juga segala derita yang menerpa. Mereka perlu sentiasa berdua.
Nur Ayla menghempas duduk ke atas sofa. Dia mengambil rehat seketika sebelum perlu bekerja selepas ini. sudah lima hari kafe' tutup kerana dia pergi bercuti tiba-tiba, jadi Nur Ayla perlu bermula semula. Nur Ayla menghela nafas kuat, malam ini dia perlu bekerja sepanjang malam untuk membuka semula kafe' esok pagi. Tidak tunggu lama, Nur Ayla bingkas bangun dan terus pergi membersihkan diri. Kerja sudah menanti.
YOU ARE READING
MUZIKAL CINTA
Romancelagu yang mengiringi kisah cinta mereka. dari mula kenal, sampailah dalam melalui fasa yang menyakitkan. kisah malang Nur Ayla dengan jejaka lajak usia Rashid. ada suka dan banyaknya duka. Bermula dengan suka, kemudian rahsia Ayla yang memisahkan m...