Nur Ayla menyarung kasutnya, kemudian berdiri berdepan dengan Puan Ruhil dan Encik Rahmat. Rashid yang sudah di kereta memanggil Nur Ayla untuk masuk ke kereta. Jam sudah pun menunjukkan 10 malam.
"Terima kasih Pak cik, Mak cik... saya balik dulu." Nur Ayla menghulurkan tangan menyalami Puan Ruhil, kemudian menunduk kepala tanda hormat kepada Encik Rahmat.
"Datang lagi Ayla, jangan segan-segan. Ruhaila demam bukan sebab kerja dengan kamu tapi tesis dia ada masalah katanya."Ujar Puan Ruhil.
"InsyaAllah. Bagitahu Ruhaila, bagi selesai tugasan dia baru datang kerja. Sekarang dah dekat Ramadhan, jadi saya tak ambil tempahan banyak." Nur Ayla membalas.
"Bukan Ramadhan lagi banyak tempahan sepatutnya?" Encik Rahmat pula menyoal.
"Saya tak ambil tempahan biskut raya and tak bukak kafe'. Ramadhan memang saya rest sebulan. Bukan selalu datang Ramadhan kan." Sejuk hati Puan Ruhil dan Encik Rahmat mendengarnya. Nur Ayla bukan hendak menunjuk baik tetapi itulah sebenarnya. Cukup setahun dia bekerja, hanya sebulan lebih dia cuti bukanlah merugikan.
"Baru ingat nak tempah biskut raya. Tak merasalah mak cik."
"Saya buat juga, untuk family. Kalau makcik nak, bagitau ja biskut apa, saya buatkan."
"Haa okay sangat tu, makcik dah lama teringin nak buat biskut raya tapi tak pandai. Nanti kita buat sama-sama boleh? Ayla boleh ajar mak cik dengan Ruhaila." Nur Ayla tersenyum penuh janggal.
"Macam ada sesuatu aje mak cik ni... sama macam Rashid eh." Nur Ayla bersuara dengan senyuman janggalnya.
"Memang perangai berdua ni sama Ayla, penuh agenda." Tambah Encik Rahmat. Puan Ruhil hanya ketawa.
"Ayla, jom... dah lewat." Panggil Rashid apabila melihat Nur Ayla masih tidak berganjak dari situ. Nur Ayla cepat-cepat meminta diri dan terus memasuki ruang kereta.
Baru sahaja memakai tali pinggang keledar, telefon Nur Ayla berdering. Nama Angah naik di skrin telefon.
"Waalaikumussalam Ngah. Ya ada apa?" Nur Ayla membalas salam yang diberikan sebaik sahaja talian disambungkan.
"Kak ada mana?"
"Kak baru nak balik rumah. Awat?" Apabila bercakap dengan orang utara serta merta loghat Kedah Nur Ayla akan keluar.
"Mak suruh balik la ni juga."
"Dah pasai pa pulak? Pukul berapa dah ni pun."
"Malik tu mai rumah ni, dia bawak gambaq kak dengan laki hat mai rumah dulu tu. Hat kak kawan dulu. Mak dok mengamuk ni." Suara Angah penuh gusar. Nur Ayla berkerut kening, memandang Rashid di sebelahnya yang sudah beriak kehairanan.
"Gambaq apa?" Soal Nur Ayla.
"Gambaq kak ni... payah nak habaq."
"La awatnya?"
"Macam kak dengan dia dok bercium."
"Haaaaa!" Rashid terkejut dengan jeritan Nur Ayla yang tiba-tiba.
"Tulah kak. Betoi ka kak... Angah tak tau nak kata apa. Kak balik la jugak."
"Ya Allah, mana pulak dia ambik gambaq kak tu? Angah ada gambaq tu ka? Send kat akak."
"Ada la kak, Malik pi post dalam group kampung kita ni dah. Tu mak marah gila tu, kak balik kak, kalau boleh ajak kawan kak tu sekali." Ujar Angah bersungguh dengan nada penuh resah.
"Takkan kak nak bawak dia balik. Tak pa tak pa. Bagi kak pikiaq sat, satgi kak habaq kat angah lain. Send akak gambaq tu." Ujar Nur Ayla sebelum mematikan talian. Dia memegang telefonnya menantikan gambar yang diminta.
YOU ARE READING
MUZIKAL CINTA
Romancelagu yang mengiringi kisah cinta mereka. dari mula kenal, sampailah dalam melalui fasa yang menyakitkan. kisah malang Nur Ayla dengan jejaka lajak usia Rashid. ada suka dan banyaknya duka. Bermula dengan suka, kemudian rahsia Ayla yang memisahkan m...