BAB 15

174 12 0
                                    

Nur Ayla yang baru selesai solat mendekati Rashid yang sedang termenung jauh dan tersenyum sendiri. Nur Ayla menggeleng kepala, dia sendiri tersenyum sambil melangkah menghampiri lelaki itu. Lelaki yang buat dia hampir membuat keputusan paling bodoh dalam hidupnya, lelaki yang buat dia lari jauh dan lelaki yang selalu hadir dalam kesunyian yang ada.

"Haa... berangan apa tu? Tersengih sorang-sorang." Tegur Nur Ayla, mematikan lamunan Rashid.

"Dah siap?" Rashid kembali menyoal, tidak membalas dengan jawapan. Memandang Nur Ayla tak lepas.

"Dah. Nak makan apa ni? Dah dekat pukul 3 pun."

"Awak rasa nak makan apa?"

"Kita try makanan korea nak? Haritu saya ada tengok dalam IG iklan kedai ni. Rasa dekat kawasan street food tu kut." Nur Ayla memberi cadangan.

"Untuk awak apa pun boleh."

"Iye iye aje lah..." Mereka berdua berjalan beriringan menyelusuri deretan kedai yang ada sambil berbual bual kosong. Adakala Nur Ayla mencebik, adakala dia ketawa. Rashid? Tersenyum sahaja. Bagaikan ditampal lukisan senyuman di mukanya.

Dari kejauhan kemesraan Rashid dan Nur Ayla diperhatikan sepasang mata. Yang memandang penuh amarah dan kebencian. Tak tunggu lama, terus sahaja dia mengikut pasangan itu dari jauh.

"Kan panas harini, minum panas pulak?" Rashid menyoal Nur Ayla yang masih sibuk membelek menu biarpun mereka sudah membuat pesanan.

"Perut ni kosong, minum air ja tadi. Saya memang suka minum yang panas-panas kalau perut kosong."

"Iye ke? Kenapa saya tak tahu?"

"Sebab... rasanya ni kali pertama kita keluar macam ni kan?" Balas Nur Ayla. Rashid mencebik, dia berfikir dan kemudian mengangguk.

"Kan... kita hanya kenal untuk kahwin selama seminggu. Dan, kita terpisah kemudiannya."

"Tak ada jodoh." Nur Ayla menjungkit bahunya dengan senyuman nipis. Rashid menghela nafasnya. Tubuh dipeluk kedua-dua tangannya. Mata memandang terus ke arah Nur Ayla.

"Betul dah move on? Tak ada dah rasa sayang dekat saya?"

"Iye dah move on, nak buat apa lagi..."

"Betul?"

"Terpulanglah nak percaya ke tak." Nur Ayla membalas tak teragak. Rashid meraup wajahnya.

"Saya sayang awak, sama... sayang yang masih sama."

"Hari ni dah berapa haribulan, erm... dah nak masuk tahun lain dah pun. Sudah-sudahlah Encik Rashid."

"Haa jangan mengada nak berencik-encik dengan saya eh. No, never..."

"Lahhh kenapa? Encik Rashid?" Nur Ayla mengusik.

"Janganlah, dah la awak jauhkan diri awak dari saya, bila macam tu, nanti lagi jauh."

"Alah Encik Rashid ni, semua tak boleh."

"Ayla, no."

"Encik Rashid..." Nur Ayla ketawa, sesekali dia menekup mulutnya kerana ketawa tak berhenti. Rashid pula bersungguh-sungguh mencuba dan mencuba.

"Wow, happy couple..." Suara itu mematikan ketawa mereka berdua. Nur Ayla melarikan pandangan. Diana, masih teringat kata-kata pedih Diana buat dia suatu ketika dulu sebelum dia tekad membina hidup baru, jauh dari Rashid dan segala-galanya.

"Apa you buat dekat sini?" Rashid sudah berdiri tegak.

"What? You yang buat apa dengan perempuan ni? You tahukan dia ni perempuan macam mana? Kalau mama tahu ni, mau sakit jantung dia." Diana seakan mengugut Rashid.

MUZIKAL CINTAWhere stories live. Discover now