Tepat jam 7.00 pagi, Rashid sudah terpacak di depan Kafe' Nur Ayla. Rashid keluar dari kereta dan bersandar di tepi keretanya. Nur Ayla telah dimaklumkan yang dia telah pun sampai. Rashid tersenyum sendiri apabila mengingat kembali hal malam tadi. Nur Ayla merajuk apabila dia acuh tak acuh dengan perkara yang ingin dikatakan. Sengaja dia membiarkan Nur Ayla merajuk sendiri.
Ya, dia mengejar Nur Ayla tetapi untuk terus menangkap hati gadis itu, dia tidak boleh terus memberi muka. Kadang kala, perlu ada kerasnya. Biar gadis itu rasa, apa yang dia rasa. Rashid tahu dan sangat yakin, cintanya sentiasa berbalas. Namun dek kerana Malik dan apa yang telah berlaku membuatkan Nur Ayla membina tembok antara mereka.
"Sorry, lambat." Ujar Nur Ayla sebaik muncul dari tepi kafe'. Tumbler berwarna silver dihulurkan kepada Rashid.
"Kopi Kedah."
"Thank you. Kenapa macam panda?" Soal Rashid, tangannya mengambil beg baju dari tangan Nur Ayla. Melihat bawah mata Ayla yang gelap dari biasa dan raut wajah yang kelihatan begitu penat.
"Subuh tadi baru boleh lelap mata." Balas Nur Ayla, kemudian dia menutup mulutnya yang menguap besar. Matanya seakan digam, terasa payah nak buka.
"Boleh tak saya nak tidur dalam kereta kejap lagi? Saya rasa mengantuk sangat."
"Okay. Masuk dulu, saya letak beg dekat belakang." Rashid membuka pintu kereta untuk Nur Ayla sebelum meletakkan beg Nur Ayla di boot kereta.
Nur Ayla yang lena dibuai mimpi dipandang sekilas. Rashid tersenyum sendiri. Dalam tempoh setahun ini, berada berdua dengan Nur Ayla seperti sekarang adalah diluar jangkaan. Mungkin seperti Nur Ayla, dia berharap ditemukan tetapi jauh disudut hati, dia redha jika mereka mungkin benar-benar tiada jodoh.
"Dah sampai mana?" Suara Nur Ayla yang serak-serak mematikan lamunan Rashid.
"Belum sampai Penang lagi pun. Kalau mengantuk tidurlah dulu." Ujar Rashid. Nur Ayla membetulkan duduk dan tudung di kepala.
"Rasa lama sangat saya terlena, masuk kereta terus hilang dari radar. Sorry tau." Nur Ayla bersandar namun kepalanya terarah kepada Rashid yang sedang memandu.
"It's okay. Mengantuk sangat awak, fikir apa sampai tak boleh tidur?"
"Fikir pasal awak dan tunggu awak call saya." Balas Nur Ayla, Rashid seakan terkejut dengan jawapan itu.
"Why? Bukan merajuk ke semalam."
"Tak adalah. Saya tak boleh tidur lepas saya pergi check kafe' semalam, saya rasa macam ada tak kena, terus rasa seram and terus tak boleh tidur." Nur Ayla cuba menjelaskan.
"Kenapa? Semalam awak nak cakap pasal gambar tu, apa yang tak kena dengan gambar tu?" Soal Rashid. Nur Ayla membetulkan duduk, mencari selesa untuk dia terangkan apa yang dia rasa tidak kena.
"Gambar tu kan, saya jadi peliklah, siapa yang ambil? Macam mana dia boleh ambil gambar kita tu. Waktu petang semalam tu, memang sure tak ada orang dah dekat kafe'. Jadi saya belek gambar tu dan tengok dari arah mana orang tu ambil gambar kita."
"Aah saya ada jugak fikir, siapa yang ambil gambar tu dan bagi pada Malik. Dari arah mana?" Soal Rashid dengan kerutan kening.
"Tingkap belakang kafe'. Sebab tu semalam saya turun and pergi tengok. Tingkap tu terbukak besar kut, sedangkan saya memang tak pernah buka tingkap belakang kafe'. Sekali sekala ya tapi selalunya memang tutup."
"Jadi, orang tu, Malik lah kan. Dia ambil dari tingkap tu?" Nur Ayla mengangguk.
"Saya tak pasti orang tu Malik or kawan or kenalan Malik ke siapa, tapi memang dari tingkap tu. Yang buat saya seram, ingat tak saya warded dulu tu. Yang saya pengsan and ada hero selamatkan saya tu." Nur Ayla sempat menyelit usikan dalam ceritanya. Rashid senyum melebar mendengarnya.

YOU ARE READING
MUZIKAL CINTA
Romancelagu yang mengiringi kisah cinta mereka. dari mula kenal, sampailah dalam melalui fasa yang menyakitkan. kisah malang Nur Ayla dengan jejaka lajak usia Rashid. ada suka dan banyaknya duka. Bermula dengan suka, kemudian rahsia Ayla yang memisahkan m...