BAB 14

165 11 0
                                    


Rashid memarkirkan keretanya di kawasan rekreasi itu. Terus mematikan enjin dan keluar dari kereta. Nur Ayla turut sahaja keluar dari perut kereta. Terasa bahang memancar dari terik matahari. Jam ditangan dibelek sekilas. Hampir sudah hampir 2 petang, angan-angan hendak pusing Ipoh hanya tinggal angan-angan. Kini dia perlu berdepan dengan angan-angan yang langsung tak pernah dia berangan!

"Kita naik bot? Sebelah sana privacy dan view dia cantik." Ujar Rashid. Nur Ayla hanya mengangguk. Rashid kemudian melangkah ke arah kaunter tiket. Nur Ayla hanya membuntuti langkah Rashid yang sudah ke depan.

"Nah buat lapik perut, after kita selesai apa yang perlu kita selesaikan saya belanja awak makan." Ujar Rashid, langsung tidak meminta pandangan atau bertanya dengan Nur Ayla. Sebotol air teh hijau bertukar tangan. Seakan menggunakan kuasa veto entah dari mana. Malas bertekak atau melawan, Nur Ayla hanya dengar, diam dan ikut.

Pemandu bot menggamit mereka berdua dan beberapa pasangan yang telah membeli tiket untuk menaiki bot. Nur Ayla berdecit. Tak sesuai langsung pakaiannya ketika itu untuk menaiki bot. baju kurung kedah kainnya sisip agak susah hendak melangkah besar.

"Kenapa?" Soal Rashid yang menyedari Ayla yang tidak selesa.

"Kain baju kurung saya ni ketat sikit, susah nak langkah besar naik bot tu."

"Saya naik dulu, nanti pegang tangan saya." Rashid melangkah ke arah bot dan terus melangkah naik. Tangan dihulurkan ke arah Ayla yang masih berkerut wajah. Tahu saja Rashid, Ayla mesti menyumpah dalam hati. Rashid tersenyum sendiri melihat gelagat Ayla ketika itu yang teragak agak hendak menyambut tangan Rashid.

"Pegang lengan baju saya ni la." Ujar Rashid dengan senyuman yang meleret. Ayla berdecit lagi. Dicapai lengan baju Rashid dan digenggam kuat, risau tersungkur dalam bot. Rashid dengan pantas menggenggam lengan Ayla yang turut berlapik lengan baju kurung dan membantu Ayla melangkah naik ke dalam bot. Selamat mendarat tanpa insiden memalukan, laju Ayla melepaskan genggaman lengan baju Rashid dan menarik tangannya dari genggaman Rashid. Rashid hanya tersenyum sahaja.

Nur Ayla mengambil tempat duduk di belakang sekali bertentangan tempat pemandu bot. Segan berdua dengan Rashid di situ walaupun orang lain langsung tidak mempedulikan mereka berdua.

"Cantikkan?" Rashid memecah kesunyian antara mereka, deru air dan bunyi bot membuatkan Rashid mendekatkan sedikit jarak antara mereka berdua. Lengan sengaja direhatkan di atas sandar kerusi yang diduduki Nur Ayla membuatkan Nur Ayla duduk menegak badannya. Rashid memang sengaja. Sesekali Rashid menunjukkan burung-burung yang berterbangan dan hingap di pokok-pokok yang menghijau disekeliling tasik Gunung Lang itu dengan sengaja mendekatkan lagi jarak tubuhnya dengan Nur Ayla.

"Jauhlah sikit, tak selesalah."

"Alah, tu saya tunjuk burung hijrah tu. Jarang-jarang boleh nampak tu."

"Iyelah sangatnya... dah jauh sikit naa, kita datang bukan bercinta."

"Kenapa? Kalau bercinta boleh dekat-dekat?"

"Tak juga, bukan mahram."

"That's why saya nak jadikan awak mahram saya."

"Bukan dah cancel? Tiba-tiba muncul, mahram bagai." Rashid terdiam, dari lantunan Nur Ayla, kedengaran marah benar. Rashid menarik nafas dalam-dalam dan menghela perlahan.

Bot telah sampai ke jeti seberang tasik. Semua orang bangun dan mula melangkah keluar. Rashid seakan terlupa akan Ayla yang berperang dengan kain ketatnya itu, terus sahaja melangkah lebih laju ke depan. Sampai sahaja ke depan bot, Ayla mula memanggil dan menggapai tangan ke arah Rashid.

MUZIKAL CINTAWhere stories live. Discover now