Bab 11

163 16 0
                                    


Ayla menghempas badan yang sudah terasa amat keletihan dengan pembukaan hari pertama kafe keduanya. Tidak disangka, sambutan hari pertama amat menggalakkan. Habis semua jualannya hari ini. Senyuman terukir di bibir. Gembira dan terasa puas.

Telefon yang berbunyi menandakan ada mesej yang diterima, diambil.

"Dia tahu." Bisik hati Nur Ayla saat mesej yang diterima dibaca.

+ Tahniah. Semoga terus sukses.+

Nur Ayla tidak membalas, telefon diletakkan semula dengan helaan nafas yang lemah. Fikirannya kosong. Tiada apa yang hendak difikirkan. Lelaki itu atau apa sahaja yang pernah berlaku, Ayla telah kosongkan semuanya. Tipulah kalau tak ingat, Ayla sedar dia adalah selemah-lemah manusia. Semua itu dikosongkan dengan tidak fikir atau cuba fikir. Segalanya ditinggalkan di belakang. Menjadi sebuah sejarah.

Nur Ayla kemudian memadamkan nama dan nombor itu dari senarai dalam telefon, biar terpadam semua yang pernah terjadi antara mereka, itu yang dia fikir terbaik untuk diri sendiri. Nur Ayla bangkit dari pembaringan. Tuala diambil, melangkah membersihkan diri dan bersihkan segala yang cuba untuk kembali dalam fikirannya.

"Kalau suatu hari nanti abang Rashid datang sini, jumpa akak dan nak kembali menjadi yang istimewa untuk akak, macam mana?" Soalan Husna yang dibiarkan tanpa jawapan. Sekadar renungan kosong. Bahu diangkat perlahan. Benar, dia sendiri tidak tahu apa yang patut dikatakan. Bagi Ayla, untuk kembali membuka hati adalah dengan menoreh luka yang ada dan masih merah. Pedih.

"Kalau dia datang, akak okey?" Soal Husna

"Sampai bila dan sampai mana akak boleh lari?" Husna tersenyum dengan jawapan Ayla.

"Akak kuat."

"Sebab Husna bantu akak untuk kuat."

"Husna sayang akak, lillahitaala."

"Kak Ayla pun sayang Husna lillahitaala."

Ruhaila melabuh duduk di sebelah mama dan papa yang kusyuk menonton buletin. Ruhaila memandang mama dan papa berselang seli. Mama membalas pandangan dan menggeleng.

"Bukan mama tak suka, tak benci pun. Mama pun tak halang. Cuma mama nak tahu cerita sebenarnya. Mama curiga."

"Kan adik dah cerita. Kak Ayla bukan perempuan bukan-bukan."

"Papa dengan mama tau. Tapi saudara kita yang lain faham ke, tambah mama long kamu tu. Papa ni malas dengar orang bising-bising dan cakap yang menyakitkan hati." Papa mencelah. Ruhaila mengeluh perlahan.

"Habis tu, papa dan mama nak biar abang Rashid terus macam tu. Pendam rasa hati dia demi kita yang tak boleh terima orang yang dicinta?"

"Bukan macam tu adik... kita biarkan dulu boleh hal ni?" Pinta Mama. Papa memandang, dalam hati minta yang sama. Ruhaila mengangguk sahaja.

"Kalau itu yang mama papa nak, adik tak boleh nak buat apa. Tapi izinkan adik dekat dengan Kak Ayla. Biarlah untuk sekejap, adik nak kenal wanita yang berjaya menang hati abang." Mama dan papa mengangguk faham.

Ruhaila melangkah ke atas, berselisih dengan Rashid yang segak dalam baju melayunya.

"Baru balik?"

"Aah banyak kerja dekat kafe. Abang, ada favourite abang dalam peti. Makan bagi habis. Adik naik dulu." laju sahaja Ruhaila melangkah ke bilik. Rashid mengangguk dan terus menghala ke peti sejuk mencari 'favourite'nya itu. Masih tertanya apa bendanya?

"Wah cheesetart." bisik Rashid sendiri. Laju sahaja tangannya mengambil dan duduk di meja makan. Tak buang masa, sebiji cheesetart terus digigit perlahan. Keningnya bertaut, terus memasukkan baki cheesetart ke dalam mulut. Perlahan sahaja kunyahannya. Sebiji cheesetart diambil lagi. Kaki laju melangkah ke bilik Ruhaila.

MUZIKAL CINTAWhere stories live. Discover now