BAB 24 ~the end~

352 26 5
                                    

(komen tau, dah habis nih)

Nur Ayla mengangguk faham dengan penjelasan yang diberikan oleh Inspektor Ibrahim. Mak Uda dan Pak Uda yang masih berendam air mata menanti Nur Ayla di luar balai. Mahu terus memujuk Nur Ayla menarik balik dakwaan yang dikenakan ke atas Malik.

"Ayla... tolonglah mak uda pak uda. Tarik balik semua report Ayla tu. Kesiankan Malik ya nak..." Mak Uda terus menerpa Nur Ayla dan merayu. Rashid mahu bersuara namun Nur Ayla menahan.

"Takkan Mak Uda nak tengok Malik terus tersasar jauh? Ayla tahu Mak Uda Pak Uda sayang sangat dengan Malik. Tapi apa yang Malik buat tu salah. Selama ni Ayla diamkan aje tapi kali ini memang tak boleh. Ayla minta maaf Mak Uda Pak Uda." Tegas Ayla membuatkan mak Uda terus menangis, dipujuk pak Uda.

"Kami serahkan semua kepada pihak berkuasa. Saya harap Pak Uda dan Mak Uda jangan ganggu isteri saya lagi selepas ni." Ujar Rashid sebelum menarik tangan Nur Ayla mengikut langkahnya ke kereta.

"Kenapa cakap macam tu?" Soal Nur Ayla sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Rashid yang memasang tali pinggang keledar tersenyum hujung bibir.

"Kena bagitahu siap-siap, kalau tak kejap lagi sampai ke rumah pulak. Nak layan ke?" Balas Rashid. Kereta mula bergerak keluar balai polis.

"Kesian jugak mak Uda pak Uda... terfikir juga nak..."

"Jangan mengada sangat. Jangan nak baik hati sangatlah sayang. Cukuplah apa yang jadi. Saya nak sayang happy dan bahagia aje sekarang. No more tears... insyaAllah."

"InsyaAllah. Awak pun janganlah garang sangat. Lepas jadi suami saya, macam garang semacam aje." Nur Ayla mencebik bibir.

"Eh iye ke? Mana ada garang. Sama aje."

"Eleh... buat tak tau pulak. Garang sangat."

"Saya kan, bukan garang tau. Saya cuba tegas sikit aje dengan awak sebab awak isteri saya, saya kena jaga awak. Pimpin awak."

"Bukan sebab saya degil?" Ayla mencelah. Rashid tergelak sebelum mengangguk kepalanya. Nur Ayla tersenyum sahaja.

"Sorry, bukan sengaja. Dah biasa selama ni ikut kepala sendiri."

"Jadi, janganlah kata saya garang. Saya cuba jadi imam sayang. Imam yang terbaik. Bukan dalam solat sahaja tapi dalam kehidupan seharian kita."

"Terima kasih jadi imam saya. Terima kasih sayang saya dan tak pernah putus asa untuk saya." Lengan Rashid dipeluk erat. Rashid menggosok lembut tangan Nur Ayla yang memeluk lengannya sebelum kembali memandu.

"Kita pergi makan dulu, lepas tu balik rumah mama papa. Lepas tu, kita balik rumah kita." Ujar Rashid membuatkan Nur Ayla laju memandang suaminya. Rashid mengangkat-angkat keningnya penuh makna.

"Rumah kita? Maksud awak rumah kita dua?" Nur Ayla menunjuk kepada dirinya dan Rashid berulang kali.

"Iye sayang. Saya dah lama beli rumah tu. Rasanya setahun sebelum saya jumpa dan kenal Nur Ayla. Dah siap renovate dan lengkapkan semua. So yes, kita akan pindah masuk rumah kita." Rashid membalas penuh dengan semangat. Wajahnya tampak bahagia.

"Wah... tak sabarnya! Tapi dekat mana?"

"Meru."

"Alaaa jauhnya saya nak pergi kerja."

"No, don't feel that. Kena excited dulu. Semua kerja saya dan awak saya dah fikirkan and we will discuss all about its masa makan nanti."

MUZIKAL CINTAWhere stories live. Discover now