Part 1 - Day 1

2.9K 131 11
                                    

" Kita hanya kahwin atas dasar wasiat. Genap 365 hari. Saya kasi cerai kau! Selepas habis setahun. Jangan harap apa-apa dari saya. Don't interfere with my life and I won't either with yours!"

Bupp!!

Beg pakaian Diya dihempaskan di atas lantai oleh lelaki itu.

" One more thing! Don't tell anyone about us! And remember I will never touch you!"

BAM!!

Pintu bilik dihempas kuat.

Diya yang dari tadi berdiri kaku, memandang sekeliling bilik. Kelihatan sebuah balkoni kecil di luar bilik.

"At least, I have some air to breath... Sabar Diya.. You have no one to protect you. Now you have roof on your head and at least, you have bed to sleep on at night. That's not so bad..." Diya tersenyum sayu.

Siapa sangka kehidupannya berubah sekelip mata apabila kedua ibubapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tiada siapa yang bersimpati. Hidupnya terumbang-ambing. Syukurlah, dikala dia memerlukan, ibu kepada Dylan muncul di saat rumah yang dia diami sudahpun di lelong dan dia diberi masa untuk keluar dari rumah. Katanya, hanya ingin memenuhi janji antara teman baik. Menjodohkan dia dan Dylan.

Tiada persandingan, tiada pelamin. Apatahlah lagi acara majlis perkahwinan. Dylan meletakkan syarat, cukuplah bergelar suami isteri di atas kertas. Walaupun berat, ibu bapanya akur. Kini, walaupun dia dan Dylan bergelar sebagai sepasang suami isteri, awal-awal lagi Dylan sudah berpesan. Dia tidak akan menganggap Diya sebagai isterinya dan mereka hanya tinggal sebumbung dan bukan sebilik.

" Bertahan Diya. Hanya 365 hari sebagai isteri si Dylan. Lepas tu, semua berakhir. Ini hanya sementara, 365 hari kau boleh plan macam-macam dengan hidup kau sementara menumpang tinggal di sini." Diya berkata sendiri sambil merenung langit malam di balkoni kecil di bilik yang dia ditempatkan.

' I am too young to be someone' s wife...yet to naive to live on my own. But, this will never hold me down. I will pursue my studies in future. Who knows what tomorrow will bring! '

Diya berkata dalam hati. Dia memberikan semangat pada dirinya sendiri. Siapa lagi kalau bukan dirinya?

Diya, seorang gadis cerdik. Berada dalam semester kedua dalam program Diploma In Accounting. Walaupun baru bermula, Diya cukup terkenal dengan pencapaiannya. CGPA 3.9 bukannya sesuatu yang susah bagi dirinya. Namun, segalanya punah bila dia kehilangan kedua ibubapanya, menjadi isteri orang dan dia terpaksa menangguhkan pengajiannya.

Diya melangkah masuk ke dalam bilik. Memandang ke arah beg pakaiannya. Sebuah kotak dan luggage.

' Saya patut susun dulu ni.'

Diya duduk, mengeluarkan pakaiannya beserta selimut mendiang ibunya. Dia memeluk erat selimut itu, tanpa dia sedari air mata jatuh membasahi pipi.

" Don't worry mom... Your daughter doing well here." Katanya sendiri.

Diya membuka kotak yang di bawanya. Mencari-cari sesuatu di sebalik fail-fail penting dan juga beberapa buah buku. Tangannya mencapai sesuatu. Senyuman sayu terukir di bibir.

" Nah, ini patut saya taru di tepi katil. "

Diya meletakkan sebuah bingkai gambar sederhana besar. Potrait dia bersama kedua ibu bapanya.

Usai mengemas, Diya memutuskan untuk mandi.

' Syukurlah, bilik mandi pun ada dalam ni bilik. Kalau tidak, terpaksa keluar lagi pigi luar mau mandi.' Diya melahirkan rasa syukur di hati.

𝙳𝚊𝚢 1
--------

𝙷𝚊𝚛𝚒 𝚗𝚒 𝚑𝚊𝚛𝚒 𝚙𝚎𝚛𝚝𝚊𝚖𝚊 𝚜𝚊𝚢𝚊 𝚜𝚎𝚋𝚊𝚐𝚊𝚒 𝚒𝚜𝚝𝚎𝚛𝚒 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐. 𝚆𝚊𝚕𝚊𝚞𝚙𝚞𝚗 𝚜𝚊𝚢𝚊 𝚝𝚒𝚍𝚊𝚔 𝚍𝚒 𝚊𝚗𝚐𝚐𝚊𝚙 𝚜𝚎𝚋𝚊𝚐𝚒 𝚒𝚜𝚝𝚎𝚛𝚒, 𝚝𝚊𝚙𝚒 𝚍𝚎𝚖𝚒 𝚖𝚎𝚗𝚓𝚊𝚐𝚊 𝚗𝚊𝚖𝚊 𝚋𝚊𝚒𝚔 𝚖𝚘𝚖 𝚜𝚊𝚖𝚊 𝚙𝚊𝚙𝚊, 𝚜𝚊𝚢𝚊 𝚖𝚎𝚜𝚝𝚒 𝚓𝚊𝚐𝚊 𝚜𝚒𝚔𝚊𝚙 𝚜𝚊𝚢𝚊 𝚎𝚟𝚎𝚗 𝚝𝚑𝚒𝚜 𝚖𝚊𝚛𝚛𝚒𝚊𝚐𝚎 𝚑𝚊𝚗𝚢𝚊 𝚊𝚝𝚊𝚜 𝚍𝚊𝚜𝚊𝚛 𝚠𝚊𝚜𝚒𝚊𝚝.

ISTERI 365 HARIWhere stories live. Discover now