Part 5~ Dane

1.1K 104 8
                                        

Seawal pukul 5

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Seawal pukul 5.30 pagi, Diya bangun dan menuju ke dapur. Dia ingin menyediakan bekal untuk dibawa ke tempat kerja pada hari itu.

Diya memasak nasi goreng kosong dan berlaukkan telur mata. Setelah siap. Dia mengemaskan dapur dan berjalan naik ke tingkat atas untuk mandi.

6. 30 pagi Diya siap berpakaian. Apron coklat dilipat dan di masukkan kedalam beg. Diya berjalan keluar dari bilik. Langkahnya laju.

BUPP!

" Shit!"

Serentak kedengaran satu suara menjerit.

" Sorry, sorry encik. Saya tidak sengaja."
Diya segera meminta maaf.

" Tiada mata kah?! Langgar-langgar. Buka mata besar-besar kalau jalan. Kalau tidak cukup tu mata, tambah!" Dylan memarahi Diya.

Diya hanya tunduk. Tidak ingin memandang wajah Dylan yang sedang marah.

" Perempuan tidak sedar diri!"

Diya memegang dadanya. Terasa sakit dihina sedemikian.

' Sabar Diya...'

Diya menanti sehingga Dylan hilang dari pandangan matanya lalu mula melangkah menuruni anak tangga. Diya menuju ke dapur, langkahnya terhenti bila melihat Dylan yang sedang meneguk air.

" What do you want?!" Kasar bunyinya.

" Sorry....saya ambil ini saja..." Diya mengambil bekalnya di atas meja lalu melangkah keluar dari ruang dapur.

Wosshhh!
Dylan memintas Diya, laju.

' Hish, macam vampire. Macam terbang pula limpas saya.' Kata Diya di dalam hati.

Beberapa saat sahaja, Dylan sudah berada di luar rumah. Diya mengambil kunci dan melangkah keluar dari rumah. Setelah memastikan pintu berkunci, Diya memakai kasut dan mula melangkah pergi. Dylan masih berada di dalam kereta, memanaskan enjin kereta.

Diya segera bergerak menuju ke pagar rumah yang sudah terbuka luas. Memandang jam di tangannya. 6.58 pagi. Diya mempercepatkan langkahnya.

Vrooommmm!!
Diya yang baru keluar dari perkarangan rumah terkejut. Dylan sengaja menekan minyak sekuat hati sewatu memintas dia yang sedang berjalan kaki.

" Entah apa yang dia benci betul sama saya. Asal nampak marah. Asal buka mulut marah...Eiii..." Diya merungut sendiri.

---------------------------------------------------------

" Good morning!"

Sapa Diya bila melihat seorang pekerja lelaki dengan tatu di lengan. Rasanya semalam dia tidak melihat pekerja ini.

" Morning!" Pekerja itu mendongak.

' Eh, perempuan pula. Ingatkan lelaki...' Wajah Diya sedikit terkejut.

ISTERI 365 HARICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang