Part 24 : Stolen heart

1.2K 89 16
                                        

Beberapa mata memandang kemudian berbisik-bisik antara satu sama lain

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Beberapa mata memandang kemudian berbisik-bisik antara satu sama lain. Diya memandang Dylan dan mengharapkan agar Dylan menyedari apa yang sedang berlaku. Langkah diteruskan. Pergelangan tangan Diya di gengam erat. Diya cuba melonggarkan genggaman tangan Dylan, namun gagal.

" Good morning Mister Dylan."

Gadis di reception counter segera memberi salam apabila melihat Dylan menghampiri. Dylan sekadar memberi anggukan. Diya tersenyum kelat. Langkahnya yang kecil dipercepatkan agar seiringan dengan Dylan.

Akhirnya langkah Dylan terhenti di hadapan lift. Diya turut menghentikan langkahnya dan menoleh sekeliling.Diya mencuba lagi, cuba melepaskan tangannya dari genggaman Dylan.

"What are you trying to do my wife?"

Dylan bertanya namun matanya memandang ke arah indikasi nombor pada lift di hadapan mereka.

" Semua orang tengoklah. Lepas tu bisik-bisik. Nda selesa." Diya masih dengan cubaannya.

" I'll kiss you. Right here, right now if you want me to remove my hand." Dylan berkata bersahaja.

"What?! Apa orang cakap nanti."

Dylan tersenyum.

" So, stay still."

Diya menarik nafas dalam-dalam.

"My wrist hurt..." Diya berkata perlahan.

Dylan segera melepaskan tangannya.

" Really? Am I holding you too tight? I'm sorry. I didn't mean to..."

Tangan Diya dicapai lalu dibelek. Kelihatan pergelangan tangan Diya yang kemerahan.

" Oh, god. Sorry Diya."

Dylan bertindak mencium pergelangan tangan Diya. Mata Diya terbuka besar, terkejut dengan tindakan Dylan. Dia segera menarik tangannya lalu melihat sekeliling.

Dylan tersenyum geli hati melihat gelagat Diya.

"Why? What are you so afraid of? You are my wife Diya."

"But..."

"But?" Dylan bertanya tidak sabar.

Ting!

Pintu lift terbuka.

Dylan merangkul pinggang Diya dan melangkah masuk ke dalam lift. Mujur lift kosong. Diya menarik nafas lega.

Ting! Lift berhenti di tingkat pertama. Beberapa pekerja lelaki masuk ke dalam dan memandang ke arah Diya dan Dylan.

"Good morning Mister Dylan."

Seperti biasa, Dylan hanya membalas dengan anggukan kepala dan senyuman. Tangannya masih kemas terletak di pinggang Diya. Namun pekerja-pekerja lelaki yang masuk ke dalam lift belum menyedarinya. Diya yang berasa kurang selesa bertindak menjarakkan diri dari Dylan. Dylan memandang Diya lalu mengerutkan kening tanda tidak setuju. Tangannya yang tadi di pinggang Diya kini di masukkan ke dalm poket seluar.

ISTERI 365 HARICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang