Sinopsis
DIYA. Seorang gadis yang kehilangan kedua orang tuanya dalam satu kemalangan jalanraya yang tragis. Kini tinggal sebatang kara, tiada tempat untuk bersandar. Hidupnya berubah 360 darjah.
Dalam terumbang-ambing mencari arah, teman baik kepad...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Sudahlah balik lambat! Masuk pun macam pencuri. Dasar! "
Suara Dylan yang kuat menegur kehadiran Diya dalam rumah itu.
' Kurang asam... Saya besuara salah, diam-diam pun salah.' Diya berkata dalam hatinya.
" Sorry encik. Saya sengaja masuk pelan-pelan. Tidak mau mengganggu. Saya baru habis kerja. Sebab tu..."
Diya cuba untuk menjelaskan keadaan.
" Diam! Saya tidak tanya!" Dylan segera memotong kata-kata Diya.
Gulp! Diya menelan air liur. Dia mendiamkan diri. Perlahan-lahan mula melangkah menuju ke tingkat atas.
' Puasa saya malam ni. Nasib baik ada free bun untuk staff makan minum petang tadi. Sanggup lagi saya tidak makan malam dari turun balik . Ada naga jantan di bawah. Mati saya kana sembur api selalu...'
Diya berfikir sambil menghitung anak tangga menuju ke bilik yang dia diami.
" Good night mom, papa." Diya berkata sambil memandang potrait keluarganya. Buku nota tadi ditutup dan diletakkan berhampiran dengan bingkai gambar di meja kecil berhampiran dengan katil Diya.