𝘏𝘪 𝘳𝘦𝘢𝘥𝘦𝘳𝘴!
𝘚𝘰𝘳𝘳𝘺 𝘧𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘴𝘶𝘱𝘦𝘳 𝘭𝘢𝘵𝘦 𝘶𝘱𝘥𝘢𝘵𝘦!𝘛𝘩𝘢𝘯𝘬𝘴 𝘧𝘰𝘳 𝘳𝘦𝘢𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺. 𝘐 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘶𝘱𝘥𝘢𝘵𝘦 𝘣𝘶𝘵 𝘴𝘭𝘰𝘸𝘭𝘺 𝘧𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘮𝘰𝘮𝘦𝘯𝘵. 𝘗𝘭𝘦𝘢𝘴𝘦 𝘣𝘦𝘢𝘳 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘮𝘦 🙏🙏.
𝘛𝘩𝘢𝘯𝘬 𝘺𝘰𝘶.
𝘗𝘭𝘦𝘢𝘴𝘦 𝘝𝘰𝘵𝘦 𝘺𝘢.𝘟𝘖𝘟𝘖
𝘙𝘦𝘪 𝘓𝘶𝘯𝘢.
--------------------------------------------------------
" Diya, tidak teringin kah untuk sambung belajar?" Puan Dabby membuka bicara.
Diya yang duduk santai bersama puan Dabby di bawah bumbung gazebo yang terdapat di belakang rumah Dylan merenung jauh sebelum menjawab.
Selepas minum petang, Puan Dabby mengajak Diya ke taman. Diya pula baru perasan dengan kewujudan taman di bahagian belakang rumah yang ditumpanginya selama dua bulan ini.
" Hurmm...Tidak apa mom, boleh tunggu juga tu. Buat masa ni belum lagi."
Diya akhirnya bersuara. Walaupun kata hatinya adalah yang sebaliknya.
Dia memang teringin untuk menyambung kembali pelajarannya, namun...Buat masa ini keadaannya tidak mengizinkannya untuk dia berbuat sedemikian.
Dia sedar, Dylan tidak menganggap dirinya sebagai isteri, namun dia tetap bersyukur. Kalau bukan disebabkan kemunculan Puan Dabby dan Dylan yang setuju untuk menunaikan wasiat, dia tidak pasti bagaimana keadaan dirinya di waktu ini. Di sebabkan itu, walaupun Dylan tidak melayannya dengan baik, dia harus sentiasa ingat, tanpa mereka, dia tidak punya sesiapa untuk menumpang teduh dan berkongsi kasih seorang ibu.
" Thanks mom, for taking care of me... I don't know what will happened to me if not because of you and Dylan."
" Diya, mom anggap Diya macam anak mom sendiri. Mom selalu ikut perkembangan Diya dari Diya kecil lagi...Jangan berasa terhutang budi. I'm doing this because I do care about you Diya..." Puan Dabby berkata lembut.
"Mom. Daddy call." Dylan tiba-tiba muncul dari belakang.
"Call? Mana?" Puan Dabby menghulurkan tanggannya untuk mwnyambut telefon.
" Dad called house number, di dalam. He is waiting." Dylan menunjukkan isyarat untuk masuk ke dalam rumah.
Puan Dabby segera berdiri dan melangkah masuk menuju ke dalam rumah. Meninggalkan Diya dan Dylan dalam ruang taman itu.
" Mom jawab fon dulu Diya." Puan Dabby meminta diri.
Diya sekadar menganggukkan kepala tanda faham.
Setelah Puan Dabby hilang dari pandangan mata, Dylan membuka mulut.
" Apa yang kamu dua cerita? About me? Are you telling my mom about something? About us?"
Dylan memandang wajah Diya, serius.
' Kuat perasan betul dia ni.' Diya mencebik.
"Aik, buat muka pula dia." Dylan geram.
" Belum sampai masa untuk mommy you tau pasal kita. Jangan risau. Takkanlah saya mau buka pekung di dada. " Diya bersuara.
" Awas ah. Ko ingat selalu. Jangan cuba-cuba bersuara pasal kita. Especially, you only be here for one year. Don't make any demand."
YOU ARE READING
ISTERI 365 HARI
RomansSinopsis DIYA. Seorang gadis yang kehilangan kedua orang tuanya dalam satu kemalangan jalanraya yang tragis. Kini tinggal sebatang kara, tiada tempat untuk bersandar. Hidupnya berubah 360 darjah. Dalam terumbang-ambing mencari arah, teman baik kepad...