Part 8~Not OK

1.1K 108 11
                                        

Part 8

" Encik Ok kah?" Diya berdiri disamping Dylan yang masih berbaring.

Aircond tidak berpasang . Hanya kipas siling yang kelihatan berpusing. Namun Dylan masih menyelimuti badannya dengan selimut tebal. Hanya bahagian kepalanya sahaja yang terdedah.

Tiada jawapan kedengaran. Matanya masih tertutup rapat.

Diya memberanikan diri menyentuh dahi Dylan.

"Astaga!" Diya terjerit kecil.

'Panas!'

Diya segera keluar dari bilik.

" Nda sa mau bungkar almari dia. Pakai saya punya saja."

Diya masuk kembali dengan tuala kecil di tangan. Diya masuk kedalam bilik mandi dan mengambil air suam .Tuala di basahkan. Dia meletakkan di dahi Dylan. Selang seminit tuala tadi di terbalikkan. Bila tuala tadi hampir kering, Diya membasahkan semula tuala tadi.

Bila kepanasan di dahi makin berkurangan, Diya cuba untuk bertanya.

" Encik, ada Panadol ka di rumah?"

Dylan menggeleng-gelengkan kepala.

" Bah, tunggu kejap lah. Saya keluar kijap pigi membeli ."

Diya segera keluar dari bilik, masuk ke dalam biliknya. Mengambil dompet dan telefon miliknya. Kemudian berlari turun melalui anak tangga.

Dia teringat tidak jauh dari kawasan perumahan ini ada beberapa baris kedai.

' Mudah-mudahan ada pharmacy' Getus hati Diya.

Dia keluar dari perkarangan rumah. Diya mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Dalam perkiraannya jarak menuju ke kawasan kedai tidaklah begitu jauh. Namun, setelah beberapa langkah barulah Diya tersedar...

" Jauh pula...Macam dekat ja nampak selalu..."

Ditambah dengan cuaca yang panas. Terasa destinasi yang dituju semakin jauh. Setelah 15 minit, akhirnya Diya sampai. Dia cuba untuk mencari pharmacy di barisan- barisan kedai. Akhirnya, dia menjumpai sebuah kedai pharmacy pada barisan kedai yang ke empat.

" Adei...Nama jak banyak bangunan, Pharmacy punya susah mau cari." Diya merungut sendiri.

Setelah membeli satu strip Panadol, Diya segera mengorak langkah untuk balik. Diya berusaha untuk mempercepatkan langkahnya. Kali ini terasa sedikit letih, memandangkan keadaan jalan yang sedikit condong ke atas.

" Kalau banyak duit saya, sudah saya request Grab. Punya panat !"

Diya yang tiba di pintu masuk berhenti seketika. Cuba mencari nafas yang hilang. Seminit dua, dia masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke ruang dapur.

Bajunya lencun, basah dek peluh. Diya meneguk segelas air sejuk dari penapis air sebelum mengambil segelas air suam untuk Dylan. Dengan kadar segera, dia terus melangkah naik. Langkahnya diteruskan menuju ke bilik Dylan.

Tok!
Tok!

Pintu diketuk sebelum pintu dikuak.

Dylan masih terbaring dengan tuala di kepala. Diya menghampiri. Gelas di tangan di letakkan di meja kecil berhampiran.

" Encik. Encik Dylan."

Diya menepuk-nepuk bahu Dylan. Lembut.

Mata Dylan perlahan-lahan terbuka.

"What?"

Dia bersuara bila melihat Diya. Namun lemah.

" Bangun. Nah, makan ni..."

ISTERI 365 HARICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang