Part 11~

1.1K 109 14
                                    

11

" Sudah siap? Mari!"

Diya yang baru turun dari tingkat atas terdiam. Sangkaannya Dylan belum bangun dari tidur. Selepas mandi dan bersiap, dia kononnya ingin bersarapan sebelum keluar nanti.

" Oh, mau jalan sudahkah?" Diya bertanya.

" Jadi?! Buat apa saya bediri sini macam orang bodoh tunggu ko turun. Lambat betul!"

" Tunggu kejap. Saya ambil wallet sama  telefon. Ingatkan encik belum bangun."

" Encik, encik. Nanti bisuk panggil saya encik juga ah, depan mama saya. Habis ko nanti. Hurry then. Saya tunggu di kereta!"

Diya berlari menaiki tangga.

" Hish. Nda cakap pun semalam dia mau keluar awal pagi. Mana saya tau!"

Omel Diya.

---------------------------------------------

Dylan mematikan enjin kereta. Diya menjenguk keluar.

"  Breakfast. Mari keluar."

Dylan membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Diya menurut.
ł
" Morning Mister Dylan! You came early today. "

' Oh, mungkin sinilah dia breakfast selalu...' Diya berkata di dalam hatinya.

Dylan mengambil tempat duduk. Diya hanya menurut.

" Ko mau makan apa?"

Dylan memandang Diya. Menanti jawapan.

Diya memandang sekeliling.

" Menu miss.."

Seorang pelayan datang dan menghulurkan menu kepada Diya.

Diya mengangguk.

Diya memerhati menu sarapan pagi yang ada.

' Western style...' Getus hatinya.

"Bagi ini lah..."

Diya menunjukkan set pancake blueberry  dan hot chocolate.

" ...And give me the usual." Dylan bersuara.

" OK mister Dylan. "  Pelayan tadi mengangguk lalu berlalu pergi.

Tiada bicara antara Diya dan Dylan. Sepi. Dylan mengodek -godek skrin telefon.Mata Diya memandang sekeliling.

" Sir.."

Pelayan tadi membawa dua jenis hidangan.

Toasted bread, scrambled egg, baked beans dan americano.

Seperti yang dipesan, sarapan untuk Diya juga sudah terhidang.

" Makan. Lepas ni jangan cakap tiada tenaga  mau angkat barang."

Dylan bersuara.

'Ih, geram betul saya sama dia ni.  Betul-betul saya punya kesabaran kena test asal bedepan sama dia.'

Diya berkata di dalam hati namun tidak diluahkan. Dia mula menikmati hidangan di hadapannya.

' Peduli mulut dia. Yang penting, makanan saya sedap.'

Diya tersenyum melihat pancake yang kelihatan lazat dan menyelerakan. Dia tidak sabar untuk menikmatinya. Diya memotong pancake tadi dan memasukkan di dalam mulut.

" Mmm..."

' Sedapnya!' Diya tersenyum lebar.

Senyuman terukir dihujung bibir Dylan. Dia memerhati Diya dari tadi tidak menyedari dirinya terhibur melihat gelagat Diya yang sedang seronok menikmati makanan. Seolah-olah tiada orang lain di sekeliling, Diya dalam dunianya sendiri.

ISTERI 365 HARIWhere stories live. Discover now