Sinopsis
DIYA. Seorang gadis yang kehilangan kedua orang tuanya dalam satu kemalangan jalanraya yang tragis. Kini tinggal sebatang kara, tiada tempat untuk bersandar. Hidupnya berubah 360 darjah.
Dalam terumbang-ambing mencari arah, teman baik kepad...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Good morning Mr.Dylan!"
Gadis di meja segera bangun dan memberi salam bila melihat Dylan masuk ke dalam bangunan. Dari mula menapak keluar dari kereta dan sehingga kini, belum ada kedengaran suara keluar dari mulut Dylan. Dia menundukkan kepalanya setiap kali kakitangan memberi salam. Diya yang terkejar-kejar dari belakang turut menjadi perhatian.
Memakai skirt pencil, blouse dan kasut tumit tinggi. Diya berasa pergerakannya terhad. Kekok.
' Hish. Tidak siok betul pakai begini!' Diya merungut di dalam hati.
Masih jelas ingatannya, Dylan membawa dirinya membeli belah pakaian-pakaian yang sesuai dengan pejabat sebelum mula bekerja. Memujuk Diya untuk bersetuju sahaja mengambil beberapa jam. Sehinggala Dylan terpaksa menggunakan 'trump card' . Ibunya. Masa yang diambil untuk memilih dan mencuba setiap pakaian, kasut tumit tinggi dan handbag belum di ambil kira. Namun Dylan berbesar hati membayar kesemuanya bagi pihak Diya.
" 3789.50 ringgit sir ." Gadis juruwang bersuara.
Mata Diya terbeliak.
" I will pay you back." Diya segera bersuara.
Dylan hanya memandangnya sinis.
*
" Morning Mr. Dylan."
Gadis yang duduk di meja di luar bilik Dylan segera berdiri bila melihat kelibat Dylan.
' Mana saya patut duduk? Ikut dia masuk office?' Diya tertanya-tanya di dalam hati namun tidak berani untuk di suarakan.
Gadis tadi memandang Diya. Diya turut memandang gadis tersebut dan tersenyum. Dylan sudah masuk ke dalam pejabatnya namun Diya masih berdiri di luar.
" Miss..." Gadis tersebut baru membuka mulutnya.
" Diya! Come in!" Suara Dylan kedengaran di intercom di atas meja gadis tadi.
" Diya?" Gadis itu mengulangi nama yang asing bagi dirinya lalu memandang Diya.
" Its me . Saya masuk dulu."
Diya menolak pintu kaca tadi dan masuk ke dalam. Sebaik sahaja masuk ke dalam, pintu di belakangnya berbunyi tanda terkunci. Dylan sedang berdiri memandang keluar dinding kaca membelakangi Diya. Segak berpakaian sut serba hitam.