Beberapa hari kemudian ...
4:50 pagi ...
Hujan renyai-renyai yang telah turun membasahi muka bumi sejak pukul 2 pagi tadi tiba-tiba saja menjadi lebat. Ditambah dengan angin kencang beserta guruh di langit. Nasib baik semua (kebanyakkannya) orang sudah tidur di buai mimpi pada waktu-waktu begini.
(FWOOSH~!!!)
Terdengar bunyi angin bertiup kencang sehingga membuatkan pokok-pokok bergoyang. Sampaikan hantu yang tengah lepak-lepak atas pokok rasa terganggu.
Hantu: Haihh ... Tak tenang tollah hidup cenggini ... ಥ‿ಥ💢
Tiba-tiba pokok yang diduduki hantu tadi menjadi sedikit senget(?) kerana ditiup angin tanpa henti dan akhirnya ...
(BADEBAMM!!)
Jatuh menghempap sebuah rumah berdekatan.
Hantu: Huhuhu ... Tempat lepak aku ಥ_ಥ Pasni camne nak lepak ngan bf?? ಥ_ಥ *nangis + meratap nasib*
SKIP
7:30 pagi ...
"Hoaamm!!"
Fang bangun dari tidurnya dan sedikit menggeliat macam orang-orang yang baru bangun tidur selalu buat, kemudian bangun dari katilnya dalam keadaan mamai.
Tiba-tiba Fang terperasan sesuatu.
"Eh?? Apasal ... Lantai ni macam basah??"soal Fang perlahan, hairan dengan keadaan lantai biliknya yang basah itu. Kemudian, Fang mendongakkan kepalanya untuk memeriksa sama ada bumbung biliknya bocor atau tidak.
Hampir tertanggal semua duri-- rambut landak Fang apabila melihat bumbung biliknya sudah hancur. Fang juga dapat lihat pokok besar yang tumbang di situ. Dinding biliknya pun runtuh sedikit akibat di hempap pokok itu.
Fang: A-- APAKAAAAHHH?!!!! *jerit kuat² then pengsyan*
SKIP
*Di dapur*
Terlihat Fang yang sedang menangis teresak-esak dan mengesat air mata dengan penuh dramanya, mengenangkan nasib biliknya yang hampir hancur itu sehinggakan Boboiboy terpaksa menjadi supplier tisu untuk si landak.
Manakala tok Abah dan Kaizo hanya poker face melihat Fang.
“Hmm … Drama betul …”ujar Kaizo dan tok Abah serentak.
Setelah mendengar itu, Fang langsung menghentak meja makan dengan kasar sehingga mangkuk lauk hampir-hampir terbang.
“Macam mana tak drama?!! Bilik aku hancur!! Tempat tidur aku!!”balas Fang bengang kerana Kaizo dan tok Abah langsung tidak mengambil serius akan kehancuran bilik tidurnya.
“Rileks brother!! Rileks!! Kita boleh 'settle'kan masalah ni elok-elok, so takyah nak marah-marah …”ucap tok Abah akhirnya setelah mendiamkan diri dari tadi sambil melempang-lempang muka Fang, menyuruhnya diam.
Fang: Eiii kuajo!! *bengang*
Boboiboy, Kaizo: *hanya memerhati kebongokkan dari jauh*
Fang akhirnya duduk di atas kerusinya, bengang sambil otaknya mula membayangkan dirinya yang terpaksa tidur di luar rumah bertemankan serangga-serangga.
Fang (inside): Kalau betul² jadi macam tu, habislah aku. Mesti kering kena sedut dengan nyamuk ಥ_ಥ *negatif*
Tok Abah yang seperti mengetahui apa yang difikirkan si landak hanya menepuk dahinya. Tiba-tiba otak tuanya memikirkan sesuatu.
“Apa kata kalau kau tidur kat bilik Kaizo--”
“Eii mana boleh tok!! Saya tak nak tidur sebilik dengan landak ni!! Busuk!!”potong Kaizo yang tiba-tiba bersuara + sempat menghina si landak.
YOU ARE READING
ᴄᴀɴ ʏᴏᴜ ғᴏʀɢɪᴠᴇ ᴍᴇ? (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ)
Fanfiction♤♤♠︎ On Going ♠︎♤♤ Warning ⚠⚠⚠ Mengandungi boy x boy ( ͡° ͜ʖ ͡°)⚠ Sinopsis ⤵⤵⤵ Mengisahkan tentang Fang, si landak ungu yang terpaksa tinggal di kampung atuknya, Tok Abah akibat jarak tempat kerja dan rumahnya yang agak jauh. Sesampai saja di sana...