C Y F M || 33

316 12 4
                                    

Beberapa minggu kemudian...

Fang berlari ke arah dapur dan terus meluru ke arah meja makan untuk mencari, apa lagi?? Bekal dialah.

"Mana bekal?!! Mana bekal?!!"soal Fang dengan kelam kabutnya. Matanya tidak sudah sudah mencari mangkuk bekalnya sehinggalah pandangannya terhenti pada sebuah mangkuk yang terletak di bahagian hujung meja. Tanpa membuang masa, Fang terus mengambil mangkuk itu.

*Di pintu hadapan*

Boboiboy melihat Fang yang tergesa-gesa itu ingin menegur akan tetapi, niatnya terbatal apabila Fang hanya lalu di sebelahnya. Jangankan kata nak tegur, toleh pun tidak.

Boboiboy menoleh ke arah pintu hadapan.

"Hmm... Dah lambat sangatlah tu"gumam Boboiboy malas dan mula menutup pintu. Apabila pintu hendak dikunci, tiba-tiba Boboiboy dapat rasakan ada orang yang menolak pintu dari luar.

"Boboiboy!!!"panggil orang itu dengan suara yang lantang sehingga Boboiboy terpaksa menutup telinganya.

"Ish!! Apa kau jerit-jerit ni Fang?!! Aku belum pekak lagilah!!"marah Boboiboy sambil mengetuk kepala Fang, tapi ketuk perlahan sajalah.

Fang hanya tersengih landak.

"Boboiboy, aku nak minta tolong boleh tak??"tanya Fang tiba-tiba. Boboiboy mengangkat sebelah keningnya, hairan.

"Apa??"

"Uhh... Kau tolong kemaskan bilik aku boleh?? Aku tak sempat kemas tadi sebab dah lambat sangat"ujar Fang akhirnya. Boboiboy menghela nafas.

"Kau ni... Aku ada ke--"

"Kau tolong tau"sampuk Fang seraya menyusap kepala Boboiboy perlahan dan langsung menutup pintu. Dia dah lambat sangat nak pergi kerja tu.

Boboiboy hanya poker face dan segera mengunci pintu. Riak mukanya jelas menunjukkan yang dia tidak berpuas hati.

"Fang ni... Ingat aku ni takda kerja lain ke?? Main suruh-suruh kemas bilik. Dia fikir aku ni apa?? Suri rumah?? Haish..."bebel Boboiboy seorang diri sambil melangkah ke arah bilik Fang.

Boboiboy membuka pintu bilik Fang untuk melihat keadaan bilik itu. Alangkah terkejut beruknya Boboiboy apabila melihat keadaan bilik Fang yang tidak ubah seperti sarang seekor gorilla. Dia punya bersepah tak usah cerita. Dah macam 30 tahun tak di kemas.

Boboiboy menepuk dahinya.

"Apa benda jelah Fang tu buat sampai jadi macam ni... Seingat aku, aku baru tolong dia kemas semalam..."bebel Boboiboy lagi. Dia menutup kembali pintu bilik gorilla-- Fang dan mula melangkah menjauhi pintu itu.

"Nanti jelah kemas..."monolog Boboiboy lantas melangkah menjauhi bilik Fang. Boboiboy fikir, lebih baik dia buat benda yang lebih berfaedah berbanding mengemas bilik si landak tu.

SKIP

2:40 p.m.

Boboiboy duduk di atas sofa di ruang hadapan dan mencapai remote televisyen untuk menukar channel yang memaparkan drama kepada channel kartun. Akan tetapi, mata Boboiboy tiba-tiba saja terpandang muka jam dinding.

"Hmm... Kejap lagi Fang balik, tapi aku belum kemas bilik dia"gumam Boboiboy sambil buat poker face. Boboiboy mula berfikir-fikir, patut ke dia kemas??

Setelah beberapa minit berfikir, akhirnya Boboiboy bangun dari posisi duduknya dan langsung melangkah ke arah bilik Fang.

*Di bilik Fang*

Boboiboy mencapai bantal-bantal yang berselerak dan mula menyusunnya di atas katil Fang. Kemudian, dia mengambil selimut (busuk) Fang yang bergumpal di atas katil, berniat ingin melipatnya tetapi, belum sempat Boboiboy berbuat demikian, tiba-tiba dadanya terasa sesak sehingga menyukarkan dia bernafas seolah-olah dunia ni dah kehabisan oksigen.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ᴄᴀɴ ʏᴏᴜ ғᴏʀɢɪᴠᴇ ᴍᴇ? (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ)Where stories live. Discover now