C Y F M || 24

505 43 53
                                    

---

"Woi"panggil Kaizo sambil memandang Rizal yang duduk di hadapannya tetapi tidak mendapat sebarang respon. Kaizo bengang.

"Pekak ke apa?? (ー_ー゛)💢"soal Kaizo pada dirinya sendiri. Apabila merasakan yang dia dipulau, Kaizo mencapai sudunya dan dibaling pada Rizal yang sedang fokus pada 'phone'nya.

Tidak lama kemudian, Kaizo dapat lihat Rizal meletakkan 'phone'nya dan menghela nafas. Tidak lama kemudian, barulah pandangannya dialihkan pada Kaizo.

"Ya??"tanya Rizal sepatah. Makin bengang Kaizo dibuatnya sehingga tanpa disedari memuncungkan bibirnya sehingga menjadi seperti seekor itik.

"Kau tu ... Asyik dengan phone kau je ... Kau tak maka--"

"Kaizo nak perhatian Rizal ke?? Kalau nak, Rizal boleh bagi ..."tanya Rizal, memotong soalan Kaizo menjadikan Kaizo yang mendengarnya blushing dan langsung mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Ma-mana ada!! Tak ingin aku!!"jawab Kaizo, gugup.

Rizal berniat ingin bertanyakan satu soalan pada Kaizo, tetapi niatnya dibatalkan begitu saja apabila melihat Kaizo mula bangun dari tempat duduknya.

"Aku ... Nak pergi basuh tangan"ujar Kaizo ringkas dan terus berlalu pergi. Manakala Rizal pula hanya melihat tanpa mengatakan apa-apa.

Tidak lama selepas Kaizo pergi, seseorang berjalan mendekati Rizal dan terus duduk di tempat Kaizo tadi sambil membawa sebuah kotak kecil. Sebuah senyuman diukir.

"Weh Rizal. Nah ..."ujarnya tiba-tiba sambil menghulurkan kotak kecil itu pada Rizal.

"Huh??"

*Di tempat Kaizo*

Kaizo yang baru siap mencuci tangan dan mukanya berjalan ke arah tempat duduknya tadi tetapi langkahnya terhenti setelah melihat seorang perempuan yang amat dikenalinya menghulurkan sebuah kotak kecil pada Rizal.

"Ehh?? Kenapa Syida ... Tiba-tiba bagi kotak tu kat dia??"soal Kaizo perlahan dan mula mengintai dari jauh. Kaizo menajamkan pendengarannya untuk mendengar perbualan antara Rizal dan Syida. Timbul rasa cemburu di sudut hatinya.

"Ehh?? Apa kau ni tiba-tiba bagi aku hadiah??"tanya Rizal.

"Laaa ... Hari Ahad nikan birthday kau. Aku bagilah dulu siap-siap ..."jawab Syida tenang.

"Bagi jelah hari Ahad nanti. Kan sen--"

"Eish kau ni!! Ahad nantikan cuti!! Nah!! Ambil!!"potong Syida sambil menolak kotak hadiah itu ke arah Rizal. Rizal dengan terpaksanya mengambil kotak itu.

Rizal mengeluh.

"Haihh ... Yelah. Terima kasih ..."ucap Rizal akhirnya, mengalah. Kemudian, Rizal dapat lihat Syida mula bangun dari posisi duduknya dan berjalan menjauh tempatnya.

"Kau nak pergi mana??"tanya Rizal.

"Cari kawan-kawan akulah. Lagipun, aku tak naklah duduk sini lama-lama dengan kau ... Kang tak pasal-pasal nanti jealous pula si Kaizo tu ..."jawab Syida santai dan menolehkan kepalanya ke arah tempat Kaizo mengintai tadi.

"Betul tak Kaizo??"tanya Syida sambil smirk menjadikan Kaizo terkejut dan cepat-cepat menyorok di sebalik dinding.

Syida tergelak kecil dan langsung berlalu pergi. Tidak lama selepas itu, barulah Kaizo keluar dari tempat menyoroknya dan kembali duduk di tempatnya.

Kaizo memandang Rizal seketika kemudian mengalihkan pandangannya ke arah lain. Suasana menjadi sepi kerana tiada sesiapa yang ingin memulakan perbualan.

Rizal hanya buat tak endah manakala Kaizo pula sibuk memerah otaknya, mencari satu topik untuk dibualkan. Beberapa minit kemudian, barulah Kaizo membuka mulut.

ᴄᴀɴ ʏᴏᴜ ғᴏʀɢɪᴠᴇ ᴍᴇ? (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ)Where stories live. Discover now