C Y F M || 5

857 73 179
                                    

---

Boboiboy yang sedang menyidai kain terdengar bunyi enjin motorsikal mendekati kawasan rumah Tok Abah yang diyakini ialah motorsikal Fang. Boboiboy tersengih.

“Tak sabar nak tengok keadaan dia lepas kena serbuk lada lima peket tu …”monolog Boboiboy.

Beberapa saat kemudian, Fang memarkir motorsikalnya di hadapan rumah Tok Abah. Boboiboy berpura-pura tidak menyedari keberadaan Fang dengan terus menyidai pakaian-pakaian basah tanpa menoleh ke arah Fang.

“Jom kita teng--”

Senyuman Boboiboy serta merta hilang apabila melihat Fang balik dalam keadaan SIHAT WALAFIAT!! dari ekor matanya sehingga pakaian yang dipegangnya jatuh ke lantai. Mulutnya juga sedikit terbuka.

“Kenapa dia nampak macam sihat?!!”soal Boboiboy pada dirinya sendiri. Otaknya blank seketika. Beberapa minit kemudian, barulah Boboiboy memutuskan untuk bertanyakan sendiri pada Fang.

“Weh, la-landak …”panggil Boboiboy membuatkan langkah Fang terhenti, pandangannya dialihkan pada Boboiboy.

“Apa??”tanya Fang.

“Kau … Okay??”tanya Boboiboy pula. Fang yang mendengarnya jadi hairan seketika sehingga dia mengangkat sebelah keningnya.

“Okay je. Kenapa??”jawab Fang ringkas membuatkan Boboiboy yang mendengarnya terdiam seketika. Fang yang makin hairan dengan Boboiboy mendekatinya.

“Asal kau tiba-tiba--”

Fang tidak dapat menghabiskan soalannya apabila melihat kereta abangnya memecut mendekati kawasan rumah atuknya.

“Aik?? Awal pula itik balik … Bukan biasanya malam ke baru balik??”soal Fang hairan manakala Boboiboy pula sudah menggigil.

Kaizo memarkir keretanya dan mematikan enjin. Beberapa minit kemudian, Kaizo keluar dari keretanya. Tetapi ada yang aneh sehingga Fang terpaksa mencapai sepasang selipar, kerana merasakan keadaan Kaizo amatlah menyeramkan.

“W-Woi Kaizo, asal kau merangkak macam biawak?!! Kau ni dah kena sampuk dengan hantu biawak ke acane?!!”soal Fang sambil mengacukan salah satu selipar ke arah Kaizo.

Boboiboy pula …

“J-Jangan-jangan, abang Kaizo yang kena serbuk cili tu!!”monolog Boboiboy, panik tetapi dia cuba menyembunyikannya dengan membuat muka tidak bersalah.

“Uhhhh uhuks-uhuks!! Ca-Cakit (Sa-sakit) puyuttt (perut)!!”tangis Kaizo sambil merangkak dengan badannya yang sudah terketar-ketar.

“Haa?? Apa dia?? Ulang balik. Aku tak faham …”soal Fang seperti tiada apa-apa yang sedang berlaku. Apalah, kot ya pun tolonglah Kaizo. Ish³ 😂

Kaizo mengangkat kepalanya, berniat ingin menjawab soalan Fang. Tetapi …

Kaizo: Aku cakap aku-- Uhh … *K.O*

Kaizo has been slain.

Fang mengalihkan pandangannya ke arah Boboiboy yang sejak tadi hanya diam saja.

“Weh, Kaizo dah mati. Tok Abah ada simpan kain kafan tak? Kalau takda aku keluar pergi beli kat kedai …"ujar Fang dengan selambanya menjadikan Boboiboy terlopong.

Boboiboy: Seriuslah mamat ni?!! Abang dia tu!! *cakap dalam hati*

“E-err … Aku rasa elok kau bawa masuk abang kau dulu … Nanti kita boleh--”

“Boleh mandikan mayat dia??”sampuk Fang membuatkan Boboiboy facepalm.

“Bukanlah bengap!! Bawa masuk dalam bilik dia!! Abang kau tu sakit perut!! Bukannya mati!!”marah Boboiboy sambil melemparkan bakul pakaian yang kosong ke arah Fang.

ᴄᴀɴ ʏᴏᴜ ғᴏʀɢɪᴠᴇ ᴍᴇ? (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ)Where stories live. Discover now