Malam itu …
Boboiboy yang sudah selesai mengemas kawasan dapur tersenyum kecil dan meletakkan kain lap yang dipegangnya di tempat yang sepatutnya. Kemudian, Boboiboy menoleh ke arah jam dinding.
“Dah pukul 11:30 rupanya, patutlah aku rasa ngantuk …”gumam Boboiboy lantas melangkah meninggalkan kawasan dapur, tidak lupa juga mematikan suis lampu.
Semasa Boboiboy berjalan ke arah biliknya, dia dapat rasakan seperti dirinya diekori. Boboiboy menghentikan langkahnya dan menoleh ke belakang, tetapi tiada seekor makhluk pun di belakangnya. Ada pun jenazah cengkerik yang sudah tiga hari berada di situ, tidak dikebumikan.
“Hmm … Perasaan aku je kot …”gumam Boboiboy lantas memalingkan semula kepalanya ke hadapan dan mula melangkah. Tetapi baru satu langkah, kedua-dua kaki Boboiboy tiba-tiba dipeluk dari belakang membuatkan Boboiboy terkejut dan hilang keseimbangannya.
“Uhh … Boboiboy!! Tolo--”
(BUKK!!)
Belum sempat makhluk itu menghabiskan kata-katanya, Boboiboy telah pun jatuh terduduk di atas belakang makhluk itu sehingga makhluk itu dapat rasakan tulang belakangnya akan patah tidak lama lagi.
“G-Gahh-- Ma-matiiiii!!”ucap makhluk itu seperti orang yang sedang nazak dan langsung melepaskan kaki Boboiboy. Boboiboy yang mengenali suara itu segera bangun dan berdiri agak jauh dari tempat kejadian.
“E-ehh?!! Abang Kaizo?!! Abang Kaizo okay tak??”tanya Boboiboy pada makhluk itu 'Kaizo'.
“Takkk!! Tak okayyy!!”jawab Kaizo bengang. Dia bangun dari lantai kemudian duduk bersila.
“Errr … Sorry!! Tapi, siapa suruh abang Kaizo tiba-tiba peluk kaki orang, kan dah kena. Nasib tak mati tau …”balas Boboiboy membuatkan Kaizo semakin bengang dan menyilangkan tangan di dadanya, merajuk.
Boboiboy sweatdrop.
Boboiboy: Ciss itik ni, tak padan dengan tua!! Sikit punya hal pun nak merajuk!! Sembelih kang!! 😑💢 *annoyed*
“Abang nak minta tolong …”ucap Kaizo tiba-tiba dengan suara perlahan, tetapi masih dapat didengari Boboiboy.
“Minta tolong apa?”
Kaizo memandang Boboiboy.
“Abang nak Boboiboy teman abang tidur”jawab Kaizo dengan selambanya membuatkan Boboiboy hampir-hampir saja terlopong setelah mendengarnya.
“Huh?!! Teman tidur?!! Eish, tak naklah!!”balas Boboiboy, serta merta menolak permintaan Kaizo.
“Alaa … Bolehlah, abang takut ni”mohon Kaizo yang entah sejak bila sudah memeluk kaki Boboiboy, untuk kali ke dua.
“Haihh … Takut kenapa? Ada hantu ke?”
“Bukan!!”jawab Kaizo.
“Habis tu?”tanya Boboiboy lagi.
“Hmm … Macam ni ceritanya …”
Flashback On ••
Kaizo mem'pause'kan movie yang sedang di tontonnya kerana tiba-tiba berasa haus. Kaizo bangun dari katilnya dan berjalan ke arah meja kecil tidak jauh dari pintu biliknya, untuk mengambil air yang di tinggalkannya 30 minit lepas.
Sesampainya di situ, Kaizo berasa sangat terkejut apabila melihat seekor cicak sedang bersantai atau lebih tepatnya berendam di dalam cawan minuman Kaizo.
“Whut tha fish?!!”
Cicak itu menoleh ke arah Kaizo dan menanggalkan cermin mata hitamnya.
“Wassup bro?”soal cicak itu secara tiba-tiba. Seketika Kaizo dapat rasakan seperti rohnya baru saja meninggalkan badannya.
YOU ARE READING
ᴄᴀɴ ʏᴏᴜ ғᴏʀɢɪᴠᴇ ᴍᴇ? (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ)
Fanfiction♤♤♠︎ On Going ♠︎♤♤ Warning ⚠⚠⚠ Mengandungi boy x boy ( ͡° ͜ʖ ͡°)⚠ Sinopsis ⤵⤵⤵ Mengisahkan tentang Fang, si landak ungu yang terpaksa tinggal di kampung atuknya, Tok Abah akibat jarak tempat kerja dan rumahnya yang agak jauh. Sesampai saja di sana...