"dah?" tanya Rayyan. Telefon di simpan ke dalam poket. Uqasah mengangguk. Kad kredit tadi dipulang semula. Penuh tangannya dengan bakul di tangan. Wajah di tundujk masih segan melihat senyuman di bibir Rayyan seakan-akan mengejeknya.
"hurmm.. " dia hanya mengumam kecil. Rayyan menarik semula lengan Uqasah. Terkial-kial Uqasah mengikut.
"nak beli tudung pula. Baju untuk di rumah. Baju tidur.. " Uqasah mengeluh.
"saya penatlah" rengeknya tanpa sedar. Lenguh kaki mahu berdiri lama-lama. Nak pilih lagi satu hal. Rayyan bercekak pinggang.
"habis kau nak pakai apa nanti? Takkan sepanjang umur nak pakai baju kembar je" bebelnya. Uqasah mencebik kecil. Mulutnya terkumat-kamit mengutuk Rayyan dalam hati. Tergeleng kepala Rayyan. Tangan Uqasah di tarik lagi di paksa supaya berjalan bukan main lembik lagi badan Uqasah. Konon penat yang amat.
"encikk.. " panggil Uqasah meleret.
"stop panggil aku encik"
"hurmm.. " Uqasah mencebik tidak puas hati. Tangannya yang dalam genggam Rayyan di pandang sebelum tersenyum kecil.
"kenapa?" terus dia mendongak memandang wajah diingin Rayyan.
"jom makan KfC" perlahan saja suaranya meminta. Sungguhlah perut lapar walhal baru je makan pagi tadi. Tapi sekarang ni dah nak masuk tengah hari. Bayangkan betapa lamanya mereka keluar.
"mengada.. " omel Rayyan tapi tangan tetap mengajak Uqasah masuk ke dalam kedai KFC yang tidak jauh dari mereka.
Lebar senyuman Uqasah bila kakinya kini sudah menjejaki lantai kedai KFC. Rayyan menarik Uqasah ke tempat meja yang agak jauh dari orang ramai. Bagaikan puteri dia di layan. Siap di tarikkan kerusi lagi.
"tunggu sini aku pergi order" ujar sebelum berjalan ke kauter. Uqasah menongkat wajahnya memandang setiap gerak geri Rayyan. Entah kenapa terlalu indah wajah diingin itu membuatkan hatinya melayang-layang. Dengan satu tangan masuk ke dalam poket. Wajah pula ala-ala garang. Tapi memang garang pun.
Dia tertawa pula sendiri bila memikirkan Rayyan. Entah mana lucunya. Tangan menyentug bibir secara tiba-tiba. Sekali lagi dia tersenyum segan bila matanya bersambung dengan tatapan garang dari Rayyan cepat-cepat dia menunduk. Tangan yang berada di meja tadi di letakkan atas riba sambil jari meramas sesama sendiri.
Sekali lagi dia mencuri pandang ke arah Rayyan tapi menyedari Rayyan masih setia merenungnya membuatkan dia tersipu malu sendiri. Hujung tudung di mainkan dengan bibir di kembam menahan diri daripada tersenyum. Nanti di cop miang pula.
"hi.. " teguran itu membuatkan Uqasah mendongak. Serta merta senyuman di bibirnya mati melihat lelaki di hadapannya. Matanya mula berair.
"serenok kau ye.. " ujar lelaki itu. Uqasah memandang pula ke arah Rayyan tapi bayang dan tubuh Rayyan sudah tidak kelihatan.
"ikut aku.. " arahnya dengan kasar menarik tangan Uqasah. Pantas Uqasah menepis dengan kepala di gelengkan beberapa kali.
"kau ikut aku sebelum aku tampar kau" katanya mengugut. Uqasah tetap mengeleng. Sikit masa saja lagi air matanya akan jatuh.
"cuba kalau kau berani!" cabar Rayyan yang berdiri di belakang lelaki itu. Wajahnya yang sedia diingin bertambah diingin memandang lelaki itu.
"kau lagi.. " ejek Rayyan dengan tawa kecil. Lelaki yang membuatkan dia bertemu dengan Uqasah. Masakan dia boleh lupa dengan wajah poyo ini. Dia memandang pula kaki lelaki itu.
"tak serik lagi ke kena tembak" sinis dia berkata.
"cakap kau nak apa?" ujarnya tegas. Malas mahu bercakap lama-lama.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. MAFIA
Storie d'amoreRAYYAN ROBERT-Lelaki yang paling diingin di dunia. Lelaki yang paling kejam di dunia juga dia. seorang lelaki yang jutuwan di Malaysia. Juga mempunyai rupa yang kacak itu mampu mengoyahkan semua wanita yang memandangnya. Namun tiada siapa yang dapat...