BAB 52

10.4K 377 10
                                    

Uqasah memeluk tubuh memadang wajah Rayyan yang baru saja tiba itu. Siap di beri jelingan lagi pada suaminya. Merajuk. Bibir pula sudah memuncung panjang. Rayyan mengaru kepalanya yang tidak gatal. Mati akal dia mahu memujuk isterinya.

Si kembar pula sudah lama pulang sejak dia sampai lagi. Kesian pula dia melihat adik-adik dan mamanya penat menjaga Uqasah walaupun mereka kata tidak tapi dia tahu mereka penat. Dari pagi sampai malam di bilik hospital saja menemai Uqasah. Siapa je tak bosan?

"sayang... "

"don't call me sayang kalau hubby tak sayang.. " pintas Uqasau laju sekali gus membuatkan lidah Rayyan keluh untuk menjawab. Marah sangat ni.

"sebab hubby sayanglah hubby panggil sayang.. " pujuknya lalu perlahan-lahan duduk di sisi Uqasah. Dia cuba menyapa tangan isterinya namun pantas pula Uqasah menepis. Rayyan tertawa kecil. Comel je dia tengo mak buyung tu merajuk.

"tengo tu dia ketawa pula bukannya nak pujuk lagi" bentak Uqasah tidak puas hati. Rayyan terus mengembamkan bibirnya menahan dari terus ketawa.

"yalah sayangku intan payung si permata hati. Penyejuk hubby. Si pengarang jantungku. Isteri ku. Jangan lah merajuk lagi.. " pujuk Rayyan mendayu-dayu. Habis semua nama di sebutnya.

Uqasah tertawa kecil. Lucu mendengar kata-kata Rayyan. Macam lapuk sangat. Zaman sekarang ada ke guna ayat sweet macam tu lagi?

"main-main kan.. " lengan Rayyan di cubit geram. Rayyan turut tertawa. Kepala Uqasah di tarik lalu memberi kucupan sayang ke dahi itu.

"sorry lambat.. "

"kenapa lambat?" laju Uqasah menyoal. Rayyan terdiam. Berfikir sama ada mahu memberithau atau tidak. Mata Uqasah yang terkebil-kebil memandangnya di pandang dengan sengihan.

"hubby pergi markas tadi.. " beritahunya. Uqasah isteri dia. Uqasah berhak tahu segala perbuatannya.

"hubby buat apa?" takut-takut Uqasah bertanya biarpun dia tahu apa yang di lakukan oleh suaminya. Melihat Rayyan yang mahu menbuka mulut menjawab pantas Uqasah menekup mulut suaminya. Kepala di geleng tidak mahu

"tak payah nak tahu. Sayang takut" bisiknya. Kena-kena lagi dia sekarang di tahan kat hospital. Memang merembang segala bulunya

"penakut" perli Rayyan. Hidung Uqasah di tarik geram. Berkerut sedikit wajah isterinya bila dia menarik hidung. Uqasah tersengih sebelum menyembamkan wajah ke dada Rayyan. Senyuman kecil terukir.

"hubbbyyyy.. " bila dah panggil meleret macam tu memang adalah tu benda yang dia minta. Rayyan mengumam kecil sambil dagunya di letakkan ke kepala Uqasah dengan tangan bermain dengan hujung rambut isterinya.

"sayang lapar.. " rengeknya manja.

"tell me what you want?" soalnya. Uqasah mendongak sedikit. Jari telunjuk di bawah ke dagu bagaikan berfikir mahu makan apa. Rayyan yang tidak tahan melihat wajah comel isteri terus bertindak mencium bibir itu sekilas. Pantas.

"eee.. Suka sangat ambik kesempatan." rungut Uqasah tapi bibir tetap mengukir senyuman. Rayyan tersengih kecil. Tangannya bergerak mengusap luka di hujung bibir Uqasah. Cepat saja marah membuak melihat terkenang wajah mulus itu pernah di tampar. Dia sendiri belum pernah naik tangan dengan isterinya.

"hubby dengar tak ni?" omel Uqasah bila dia sahutan dari Rayyan. Tangan di lambai-lambai dekat dengan mata suaminya cuba menyedari Rayyan dari lamunan.

Rayyan tersentak. Jauh sangat termenung sampaikan isterinya yang comel itu bercakap pun tidak di hiraukan. Dia berdehem kecil memberi tumpuan semula ke arah Uqasah.

"ishh...dia ni orang tengah cakap bukannya dia layan" rajuk Uqasah. Bibir seperti biasa akan memuncung. Jari-jemarinya bermain di dada Rayyan. Di lukis-lukis entah apa.

MR. MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang