BAB 43

8.7K 361 9
                                    

Rayyan mengeluh lemah. Gusar hatinya memikirkan keberadaan si isteri. Sudah di cari tapi dia masih belum mengetahui di mana isteri berada. Sudahlah Uqasah membawa anaknya. Tidak dapat di bayangkan jika di hilang kedua-duanya.

Tangan di genggam kuat. Akibat terlalu marah sampaikan kepala terasa begitu pening. Sumpah diak tidak akan lepaskan orang itu jika isteri dan anak-anaknya cedera. Calar sikit saja memang dia akan gantikan dengan kesan yang mendalam sehingga tiada siapa yang boleh menyembuhkannya.

"kau dah jumpa ke?" tanyanya memandang ke arah Danny. Melihat gelengan Danny membuatkan Raygan mengetap gigi geram. Dia sangat tahu siapa yang menculik isterinya. Dia pasti dan yakin.

"aku tak dapat detect tempat isteri kau kena sembunyikan. Satu petanda pun aku tak jumpa" beritahu Danny. Sememangnya kepakarannya ialah mencari tempat persembunyi musuh. Selalunya kacang saja dia jumpa tapi kali ini agak susah kerana musuh mereka kali ini tidak kurang bijaknya.

"shit!" entah buat kali keberapa Rayyan memaki. Berombak ganas dadanya. Kerusi tempat duduknya di baling geram ke dinding menghilangkan rasa marahnya.

"kau kena sabar Rayyan. Kawal emosi kau. Kita kena rancang betul-betul baru bertindak" tegur Anif yang sedari tadi hanya diam saja. Rayyan berpaling. Merah matanya.

"macam mana aku nak bertenang kalau isteri dan anak aku kena culik. Kau tau tak isteri aku mengandung. Entah dia bagi makan ke tak dengan isteri aku tu!" Marah Rayyan. Anif terdiam. Ada benarnya kata-kata Rayyan itu tapi dia harus bijak mengawal emosi kerana emosi adalah salaha satu tanda kekuatan diri. Kalau emosi tak menentu apa pun kerja tak jalan.

"aku faham tapi kau kena ingat emosi kau kalau terganggu memang kita takkan dapat buat rancangan kalau kau asyik marah 24 jam." balas Anif tegas. Kali ini Rayyan pula terdiam. Dia akui dengan kata-kata Anif.

"aku takut dia apa-apakan isteri aku. Uqasah mengandung aku tak nak jadi apa-apa kat anak dan isteri aku. Aku takut.." lemah suaranya berkata. Sungguh dia amat takut.

Danny dan Anif berpandangan. Jatuh simpati melihat wajah Rayyan yang jelas kekusutan. Mereka tahu setinggi mana cinta Rayyan terhadap Uqasah. Siapa pun suami akan takut kehilangan isteri mereka. Lain lah kalau suami tu tak waras atau memang tak sayangkan dengan isteri dia.

"kami faham Rayyan tapi kau kena tenang macan yang Anif cakap. Kau jangan risau kami akan tolong kau cari Uqasah." kata Danny cuba memberi semangat kepada Rayyan yang nampak begitu lemah. Hebatnya Uqasah kerana dengan hanya kehilangan boleh membuatkan si mafia itu takut berbanding berlawan dengan musuhnya. Rayyan lebih takut kehilangan Uqasah daripada musuh. Hebat bukan?

"kau fikir yang baik-baik je sudah. Aku yakin Uqasah selamat. Kau pun kena yakin" pesan Anif lagi. Rayyan mengangguk kecil akur dengan kedua sahabatnya.

Jantung yang berdegup kuat tadi sudah mula bertenang sedikit. Tidak lagi seemosi tadi. Kali ini dia lebih semangat apabila mendengar kata-kata dari Danny dan Anif. Dia kena kuat jika mahu isteri dan anaknya selamat. Hanya itu saja caranya.

"panggil semua dorang masuk. Aku nak bincang strategik.. " arahnya kepada Anif. Anif mengangguk sebelum berlalu mahu memanggil semua anak buahnya.

"kau tenang je. Aku akan cari jalan supaya dapat attack tempat persembunyian Uqasah. Percaya aku" ujar Danny dengan yakin.

"thanks.. " Rayyan tersenyum kecil. Hal itu dia serahkan kepada Danny kerana Danny lebih handal mencari berbanding dirinya yang panas baran. Danny pula lebih tenang ketika mencari.

"semua dah ada kat luar" suara Anif menyentakkan mereka. Rayyan mengangguk. Bahu Danny di tepuk berkali-kali.

"tolong carikan isteri aku.. " bisiknya separuh merayu. Danny sekadar mengangguk dengan senyuman kecil.

MR. MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang