BAB 32

10.2K 391 1
                                    

Rayyan menarik tangan Uqasah supaya melangkah lebih laju. Terpinga-pinga Uqasah mengikut jejak Rayyan. Mata meliar ke sekeliling dengan wajah yang jelas kehairanan.

Tatkala masuk saja terbuntang matanya bila melihat semua kaum lelaki berada di hadapannya. Lengan Rayyan di peluk erat. Dia mendekatkan lagi tubuhnya ke arah Rayyan. Mata memandang ke bawa tidak berani melihat semua jejaka di hadapannya.

"sayang.. " panggil Rayyan. Perlahan-lahan Uqasah mendongak. Pandangan anak buah Rayyan juga turut kehairanan. Buat pertama kalinya mereka berjumpa dengan isteri tuan mereka itu.

"kenalkan ni semua orang suruhan hubby" ujar Rayyan memperkenalkan. Uqasah mengangguk. Bibir tersenyum tipis cuba beramah mesra walaupun semua lelaki di hadapan terlihat sangat garang.

"hi.. " lambat-lambat dia melambai tangan. Semua turut membalas ramah dengan kepala di tundukkan sedikit.

"jom.. " terus Rayyan menarik lengan Uqasah pergi ke bilik bawah tanah. Lif di tujui dengan wajah seriusnya lagi memang menakutkan. Uqasah pula hanya mengikut saja dari belakang.

"rumah siapa ni hubby?" Uqasah bertanya setelah mereka sudah selamat masuk ke dalam lif. Rayyan menunduk sedikit memandang raut wajah Uqasah yang sedang mendongak memandangnya bagaikan menanti jawapan.

"rumah hubbylah.. " jawabnya dengan sebuah kucupan sayang di dahi isterinya. Sempat lagi nak ambil kesempatan.

"banyaknya yang tinggal kat sini!" berkerut lagi dahi Uqasah. Memanglah rumah ini besar tapi melihat kesemua lelaki tadi membuatkan dia tidak percaya. Semua tinggal di rumah suaminyakah?

"dorang memang tinggal kat sini. Rumah ni khas untuk dorang.. " ujar Rayyan seolah-olah tahu apa yang bermain dengan fikiran Uqasah. Uqasah mengangguk dengan mulut berbentuk O tanda faham.

Bila pintu lif terbuka sekali lagi Uqasah terpukau tapi kali ini terpukau kerana ketakutan. Lengan Rayyan yang mahu keluar itu di tarik semula.

"kat mana ni?" tanyanya dengan suara bergetar. Mana taknya dia takut kalau dah tengo suasana yang gelap itu hanya sepasang lampu kecil saja menjadi penyuluh. Dinding pula dari batu-batu. Seram sejuk tubuhnya melihat.

Rayyan mengeluh seketika. Tangan naik mengusap kepala Uqasah yang berlapik tudung itu sebelum di dongakkan wajah isterinya supaya memandangnya. Lama dia merenung anak mata Uqasah.

"jangan takut. Kan semalam hubby cakap ada benda nak bagitau. Ingat lagi tak?" tanyanya. Laju Uqasah mengangguk. Sehingga kini dia masih lagi tertanya-tanya dengan kata-kata Rayyan semalam.

"so.. Hari ni hubby nak bagitaulah. Nak tahu tak?"

"nak.. Tapi kenapa kat sini!"

"sebab kat sini sayang akan tau jawapannya." bisik Rayyan. Merembang pula tiba-tiba segala bulu Uqasah. Takut menerpa dirinya.

"jom.. " sekali lagi tangan Uqasah di tarik. Uqasah diam saja mengikut jejak langkah Rayyan biarpun dia masih terasa takut namun di kuatkan juga dirinya.

Uqasah memandang pula ke arah dua lelaki yang berdiri tegap di hadapan sebuah pintu. Bila mendapat arahan Dari Rayyan laju saja mereka membuka pintu tersebut.

Uqasah semakin ketakutan bila mereka kini sudah memasuki bilik tersebut di mana bilik tempat penyiksaan mangsa dan musuh Rayyan. Mata Uqasah tidak lepas dari merenung segenap ruang bilik itu. Dan yang paling mengejutkannya ialah melihat beberapa pistol dan benda tajam tersusun cantik di tempatnya.

"hubby.. " Uqasah merengek ketakutan bila Rayyan cuba meleraikan tautan tangan mereka. Semakin erat dia memeluk lengan Rayyan tidak membenarkan langsung untuk Rayyan melepaskan tangan.

MR. MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang