Rayyan mengucup perlahan ubun-ubun Uqasah. Sedari tadi lagi isterinya itu nyenyak sangat tidur. Mungkin penat kerana terlalu banyak menangis semalam.
Tangan Rayyan mula merayap ke rambut Uqasah yang terjaga elok. Di hidu-hidu bau haruman dari rambut panjang Uqasah. Wangi sangat macam tuan badannya juga. Rayyan mula tersenyum nakal sebelum dia mencuit hidung Uqasah.
Uqasah meliat kecil. Tangannya bergerak mengaru hujung hidungnya sebelum kembali lena. Tertawa Rayyan di buatnya. Kali ini tangannya nakal pula mencuit-cuit telinga isterinya. Pada awalnya Uqasah membiarkan saja hinggalah di mana Rayyan semakin ligat pula bermain dengan telinganya barulah dia merengek kecil.
"sayang.. Bangunlah." kejut Rayyan. Bahu Uqasah di goyang-goyangkan. Uqasah mengeliat lagi. Terasa liat benar matanya mahu di buka. Mulut di tutup saat dia menguap sebelum kembali lena. Pelukan di tubuh Rayyan di kemaskan lagi.
"sayang...."
"hurmm.. " gumam Uqasah, malas.
"bangun cepat.. " arah Rayyan. Nadanya tidaklah terlalu tegas dan tidak terlalu lembut. Sekadar ton sederhana saja.
"5 minit" ujarnya. Kelima-lima jari kanan di buka dan di angkat tinggi menunjukkan 5 minit. Tergeleng kepala Rayyan.
"dah 3 kali asyik 5 minit je tapi tak bangun juga. Cepatlah yang. Kita mandi dulu.." bebel Rayyan. Dengan malas Uqasah bangun juga dari terus menindih tubuh Rayyan sempat di kucup sekilas bibir milik Rayyan. Uqasah mengeliat ke kiri kanan membetulkam segala otot-ototnya. Keluhan berat di lepaskan.
"pergi mandi!" sekali lagi Rayyan mengarah. Dalam mamai Uqasah mengangguk namun lengan Rayyan pula di tarik. Terpinga-pinga Rayyan melihat isterinya. Ni sedar ke mimpi masih?
"pergilah mandi yang tarik tangan hubby kenapa?" soal Rayyan tidak faham.
"jomlah mandi sama-sama.. " ajak Uqasah manja. Entah sejak bila jadi miang pun tak tahu. Malu? Dia dah tak tahu erti malu itu apa bila bersama Rayyan automatik jadi miang.
"nanti mandi sama-sama lain pula jadi. Lambat lagi. Dah pergi mandi dulu.. "
"alahhh.. " rungut Uqasah dengan bibir mula memuncung. Dengan kasar dia menghentak kaki tanda protes.
"yalah, yalah.. " akhirnya mengalah juga Rayyan bila melihat rajuk isterinya itu sudah datang. Uqasah jarang merajuk tapi bila dah merajuk memang susah sangat nak pujuk.
Tuala di ambil. Rayyan melangkah pula ke arah Uqasah yang tegak berdiri dengan gaya memprotes. Siap berpeluk tubuh lagi. Rayyan menahan tawa nanti bila ketawa bertambah pula rajuk Uqasah. Jenuh lagi nak pujuk. Tanpa berkata apa-apa di cempung terus tubuh kecil Uqasah masuk ke dalam kamar mandi.
Setelah hampir 40 minit mereka berdua mandi barulah keduanya menunaikan solat subuh. Jangan tanya kenapa lambat? Faham-faham sajalah.
Uqasah mengaminkan doa. Tangan di raup ke wajah sebelum menyambut huluran tangan Rayyan. Di kucup lembut dan lama tangan suaminya. Tatkala dia mengangkat kepala, Rayyan pula bertindak mengucup dahinya.
Uqasah memejam mata menikmati kucupan hangat itu. Terasa tenang segala jiwanya. Melayang-layang ke langit. Hatinya gembira. Terasa selamat.
Rayyan melarikan bibirnya setelah lama mencium dahi Uqasah. Dia merenung anak mata Uqasah yang mendongak memandangnya.
"hari ni hubby kerja.. "
"nak ikut.. " belum pun sempat Rayyan mahu menghabiskan kata-katanya Uqasah segera menyampuk. Rayyan mengeluh lemah. Tangan bertindak mengusap lembut pipi Uqasah.
"tak boleh!" jawabnya tegas. Pudar senyuman Uqasah di gantikan pula dengan cebikan.
"hurmm.. " rajuknya. Tubuh di goyang-goyangkan ke kiri kanan. Marah bercampur merajuk. Hampir terletus tawa Rayyan melihat namun sedaya upaya di tahan. Dia perlu bertegas tentang hal ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. MAFIA
RomanceRAYYAN ROBERT-Lelaki yang paling diingin di dunia. Lelaki yang paling kejam di dunia juga dia. seorang lelaki yang jutuwan di Malaysia. Juga mempunyai rupa yang kacak itu mampu mengoyahkan semua wanita yang memandangnya. Namun tiada siapa yang dapat...