"kenapa dengan isteri saya?" tanya Rayyan kepada doktor perempuan yang baru saja memeriksa isterinya tadi. Uqasah di kerling dengan riak wajah yang jelas kerisauan.
Doktor tersebut tersenyum kecil. Dia sudah biasa mengalami situasi seperti ini di mana suami akan berkalut memanya perihal isteri mereka. Biasalah laki sayang binikan. Siapa je tak sayang bini?
"isteri tuan sihat je. Cuba dia demam panas sikit dan tolong jangan buat kerja lasak-lasak ye." pesannya lembut. Rayyan mengangguk faham. Tanganya sedari tadi tidak lepas dari mengenggam tangan Uqasah.
Uqasah hanya mampu tersenyum kecil. Kepalanya masih terasa berdenyut-denyut. Ini pun dia kuatkan saja diri di sebabkan paksaan suaminya.
"puan juga kena makan-makanan yanh berkhasiat mulai sekarang untuk kebaikan baby.. " beritahunya.
"baby?" tanya Uqasah dan Rayyan serentak. Melihat anggukan dari doktor tersebut membuatkan Uqasah dan Rayyan berpandangan sesama sendiri. Jelas masing-masing terkejut dengan berita baru di dengari itu.
"betul ke ni saya mengandung?" Uqasah pula bertanya tidak percaya. Matanya mula bergenang.
"iya puan dan tuan tak lama lagi akan jadi ibu dan ayah. Dah 3 minggu" ujar doktor itu lagi. Jatuh menitis air mata Uqasah mendengar. Tangan melekap ke perutnya sendiri bagaikan masih tidak percaya.
Rayyan pula sudah tersenyum hingga ke telinga. Lebar senyumannya. Tubuh Uqasah di tarik ke dalam pelukan. Kucupan bertalu-talu singgah ke dahi isterinya tanpa menghirua pandangan doktor itu. Gembira punya pasal sampai terlupa di mana mereka berada sekarang.
"thank you sayang.. " bisik Rayyan sebelum mengucup sekilas bibir Uqasah. Doktor perempuan yang melihat agenda itu tertunduk. Dia pula yang malu.
"hubby.. " Uqasah mencubit geram lengan Rayyan dengan jelingan manja. Segan tatkala menyedari ada seorang lagi manusia di situ. Pelukan di lepaskan. Air matanya di seka perlahan. Hilang terus rasa sakit kepalanya bila mendengar berita gembira itu.
"nanti sila tunggu sekejap ye. Sebab kita nak bagi ubat untuk kesihatan baby dan ibu" beritahu Doktor tersebut.
"terima kasih" sekali lagi Uqasah dan Rayyan mengucap terima kasih sebelum keduanya keluar. Rayyan memeluk erat bahu Uqasah dengan senyuman yang masih menghias bibir. Tidak leka mereka berdua tersenyum sampaikan nurse-nurse yang lalu turut tersenyum.
"sayang tunggu sini tau, hubby nak pergi ambik ubat kejap!" arah Rayyan setelah mengarah supaya Uqasah duduk di kerusi yang sudah tersedia itu.
"okey!!"
"tunggu tau.. " ujar Rayyan lagi. Kaki melangkah laju ke arah kauter pengambilan ubat sambil matanya balik-balik mengerling ke arah si isterinya yang tunduk mengusap perut itu.
Senyuman nipis di hadiakan dengan seorang nurse yang menjaga ubat itu. Sekadar bermesra saja. Sambil menunggu ubat dia sekali lagi mengerling ke arah Uqasah. Tak sabar nak ada baby.
"terima kasih.. " Ujar Rayyan setelah selesai mengambil ubat. Laju saja dia mendekati Uqasah yang menunggunya itu.
"jomm.. " ajaknya. Uqasah memaut manja lengan Rayyan dengan kepala di sandarkan ke bahu Rayyan. Sebelah tangan lagi masih tidak lepas dari melekap ke perut.
"suka tak ada baby?" soal Rayyan. Uqasah mendongak sedikit. Tawanya terletus.
"suka sangattttt.." gembira dia menjawab seolah kanak-kanak yang baru mendapat hadiah. Rayyan tertawa kecil. Kepala di tundukan sedikit sebelum satu ciuman sayang singgah ke dahi isterinya.
"lepas ni tak nak dah nakal-nakal okey!" ujarnya. Laju Uqasah mengangguk. Rayyan tersenyum lagi entah senyuman yang kali ke berapa punya.
"hati-hati.. " dia membantu si isteri masuk ke dalam kereta. Satu tangan melekap di atas kepala Uqasah menghalang daripada terhantuk. Selesai saja Rayyan turut masuk ke dalam bahagian memandu.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. MAFIA
RomanceRAYYAN ROBERT-Lelaki yang paling diingin di dunia. Lelaki yang paling kejam di dunia juga dia. seorang lelaki yang jutuwan di Malaysia. Juga mempunyai rupa yang kacak itu mampu mengoyahkan semua wanita yang memandangnya. Namun tiada siapa yang dapat...