BAB 9

22.4K 866 38
                                    

Uqasah menelan liur bila Rayyan datang mendekatinya di katil. Dia yang hanya memakai baju tidur separas paha dan brrtali halus itu hanya berdiam diri. Gusar dirinya tatkala tangan Rayyan menjalar di pinggangnya.

Mengeliat kegelian dia saat bibir Rayyan bermain-main dengan bahunya yang terdedah. Cuba di halang tapi takut pula. Sudahnya dia diam merelakan saja. Biarpun hatinya bukan main kuat berdegup lagi.

Rayyan mengangkat wajahnya. Walaupun bilik mereka samar-samar saja kerana lampu sudah di matikan hanya memasang lampu tidur tapi tidak menghalang langsung untuk dia menatap wajah Uqasah yang memerah itu.

"cantik baju.. " pujinya sambil tangan bermain-main dengan tali baju Uqasah. Baju seksi ini memang menaikkan nafsunya lagi-lagi melihat betapa gebunya kulit Uqasah.

"hubby juga yang suruh pakai tadikan.. " balas Uqasah. Sedari tadi memaksanya memakai baju seksi ini. Mahu tidak mahu dia menuruti saja. Rayyan tersenyum kecil sebelum mengucup pipi Uqasah.

Tiba-tiba saja dia naik menindih tubuh isterinya. Uqasah di bawa terkebil-kebil memandangnya. Dada Rayyan berombak ganas lalu tanpa petunjuk terus di kucup bibir Uqasah.

Kali ini tanpa ragu Uqasah membalasnya. Tangan naik melingkar di leher Rayyan menariknya lebih rapat. Rayyan tersenyum dalam ciuman. Balasan isteri seakan-akan membenarkannya.

Baru saja tangan mahu membuka baju Uqasah terdengar pintu bilik mereka di ketuk sekali gus menghentikan mereka. Uqasah menolak lembut dada Rayyan terkejut dengan tindakannya sendiri yang baru tersedar itu. Pipinya membahany tiba-tiba bila melihat senyuman gatal Rayyan.

Rayyan bangun dari terus menindih Uqasah. Ketukan di pintu masih lagi kedengaraan. Dengan rasa malas dia membuka pintu. Sikit saja lagi Uqasah mahu jadi miliknya tadi.

"abang.. " Risya tersenyum tidak bersalah. Siap melambai tangan lagi ke arah Rayyan. Rose pula sempat mengintai ke dalam melihat kakak iparnya yang menyelimuti diri itu.

"nak apa ni??" tanya Rayyan kasar. Kedua kembar itu tersengih.

"alah.. Taulah kita kacau. Janganlah nak garang-garang" omel Risya dengan bibir sengaja di muncungkan.

"entah abang ni. Garang nak mampus" kutuk Rose pula. Rayyan mengeluh kuat sebelum dengan terpaksa dia melemparkan senyuman selebar mungkin.

"ya adikku sayang.. Nak apa?" sedaya upaya di lembutkan suaranya. Jelas suara yang tertahan-tahan. Hidung pula kembang kempis saja. Rose dan Risya tertawa.

"selamat pengantin baru abang" kata mereka serentak sebelum keduanya memeluk tubuh tidak berbaju Rayyan. Pipi Rayyan juga sempat di kucup. Seorang di kiri seorang di kanan.

"tu je?" tanya Rayyan.

"haah.. Tadi lupa nak ucap kat abang" jawab Rose.

"okeylah.. Nak masuk bilik. Mengantuk" ujar Risya pula sebelum kedua kembar itu berjalan selamba masuk ke bilik mereka.

Rayyan mengetap gigi. Geram dengan perangai adik-adiknya. Orang dah best-best berasrama dengan isteri boleh pula dorang mengacau. Dah tu nak cakap benda tu saja.

Pintu di tutup. Dia memandang pula ke arah Uqasah. Kakinya melangkah semula selepas memastikan sudah mengunci pintu bilik.

Tubuh Uqasah kembali di tindih membuatkan isterinya itu mengerot ke bawah. Dan sekali lagi bibir merah itu di kucup geram. Sungguh dia tidak dapat mengawal perasaan bila melihat bibir itu. Rasa nak gomol sampai bengkak.

"hubby.. Sakit.. " rengek Uqasah. Hampir menangis dia bila rakus bibir Rayyan mengerjakan bibirnya. Rayyan tertawa kecil sebelum tangan mengusap lembut bibir Uqasah.

MR. MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang