BAB 53

9.8K 389 30
                                    

Dalam tak sedar usia kandungan Uqasah kini sudah menginjak ke usia 5 bulan. Sekejap saja terasa masa berlalu. Sejak di mana Rayyan telah menghapuskan Dragon hidup mereka sedikit sebanyak semakin tenang dari gangguan.

Uqasah pula dari hari ke hari semakin manja. Ada saja benda yang dia mahu nangiskan. Walaupun benda itu kecil saja tapi dia tetap menangis seolah mengalami kematian. Jenuh Rayyan melayan.

"kau biar betul?" tanya Rayyan memandang wajah Anif tidak percaya. Begitu juga dengan Danny yang turut tidak percaya mendengar pernyataan dari Anif sebentar tadi.

"korang nampak aku main-main ke?" soalnya serius. Rayyan dan Danny berpandangan. Masih tidak percaya.

"kenapa tiba-tiba je?" soal Danny. Di tahu ada sesuatu yang menyebabkan kawannya itu ingin pulang ke france. Alasannya nak jaga syarikat Rayyan kat sana.

"tak ada apalah. Macam yang aku cakap. Aku dah sedia ambik ahli jaga syarikat Rayyan kat sana nanti. Tiba-tiba rasa nak jadi bos besar pula" ujar Anif bersama tawa kecil namun jelas tawa yang di buat-buat.

"kau ada problem ke dengan Rose?" pertanyaan Rayyan mematikan tawa Anif. Kepala di tunduk sedikit.

"share jelah.. " desak Danny.

"aku rasa nak move onlah. Sampai bila aku nak kerja perempaun yang tak nal dengan aku kan?" jelas suara Anif yang begitu kecewa.

"kau kena usaha lebih lagi. Aku yakin adik aku yang seorang tu dah suka kat kau tapi dia ego.. " ujar Rayyan memberi semangat. Anif tersenyum hambar.

"dah lama aku tunggu Rayyan. Bukan setahun. Tapi dah bertahun-tahun aku pendam rasa aku sampaikan aku tolak semua rasa malu aku demi pikat dia. Tapi tetap tak dapat.. " luah Anif patah semangat. Mungkin kepulangannya ke france adalah satu cara untuk melupakan nama gadis itu.

"kau yakin ke? Tak payah nanti aku try cakap kat adik aku" Anif mengeleng tidak mahu. Wajah Rayyan di pandang dalam.

"tak payahlah. Aku tak nak pula dia tambah benci kat aku. Aku okeylah. Pleasee.. Benarkan aku urus syarikat kau kat sana" rayu Anif. Serentak itu Danny dan Rayyan mengeluh.

"kau serius ke?" sekali lagi Danny bertanya.

"aku seriuslah bangang. Lagi pun sampai bila kau nak suruh budak-budak tu uruskan. Biar jelah aku urus. Boleh kan?" wajah Rayyan di pandang lagi. Kali ini dengan sinar harapan.

"kalau itu kau nak aku okey je!" Rayyan mengalah. Anif tersenyum lega. Sekurang-kurangnya hatinya terrawat juga bila berjauhan dari cinta hati.

"kau tak nak cerita ke apa masalah kau dengan Rose?" Danny mengangkat kening. Setahunya Anif ni selalu bersemangat pikat hati si Rose tapi kali ini dah patah semangat pula.

"kau tak payah sibuk. Kau fokus je kat bini kau yang tengah mengandung tu" ujar Anif selamba. Dan siapa sangkah Risya kini sudah di sah mengandung dengan usia sebulan baru. Danny tersengih.

Baru saja dia mahu membalas kedengaraan pintu bilik yang menetapkan mereka terbuka. Pantas ketiga-tiga mereka menoleh sebelum Danny seorang saja tersengih tatkala melihat isteri datang mendekati.

"abang.. " Danny sudah sedia membuka tangan mahu menanti pelukan dari Risya namun isterinya itu selamba memeluk tubuh Rayyan. Terkebil-kebil dia memandang. Rayyan tertawa kecil sambil mengusap lembut belakang badan Riysa.

"kenapa?" tanyanya. Risya mencebik. Sedikit pun wajah cemberut Danny tidak di pandang.

"abang danny tulah. Risya nak makan nasi lemak pun tak bagi.. " adunya. Tajam Rayyan memandang Danny yang membulat mata itu.

MR. MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang