BAB 34

11K 400 7
                                    

Uqasah terjaga dari tidurnya bila terasa dia tubuh yang di cari di sebelahnya. Dengan mata yang memberat dia membuka mata. Terkebil-kebil dia melihat di sebalah mencari kelibatan suaminya.

Keluhan di lepaskan tatkala matanya langsung tidak dapat menangkap kelibatan si suaminya. Tubuh yang terbaring di gagahkan juga bangun. Mata di tenyeh menghilangkan rasa kantuk.

Berkerut keningnya melihat langsir yang menutup balkoni mereka terbuka. Uqasah bangun dari duduk lalu berhati-hati berjalan ke arah balkoni mereka. Di intai sedikit. Bertambah berkerut keningnya tatkala mata kini jelas dapat melihat susuk tubuh yang di kenalinya meski pun tubuh itu tidak berbaju dan membelakanginya.

Uqasah membuka pintu balkoni tersebut sebelum di tutup perlahan. Dengan penuh berhati-hati dia berjalan agar tidak di ketahui suaminya. Bibir sudah tersengih-sengih memikirkan idea jahatnya. Dalam kiraan 1,2,3

"haaaaaaa!"

"mak kau!"

Dah terbalik pula. Uqasah yang terkejut tatkala Rayyan tiba-tiba menoleh ke arahnya dengan jeritan. Hampir jatuh jantung dek terlalu terkejut. Rayyan pula sudah terbahak-bahak tertawa.

"hubby ni. Orang nak bagi dia terkejut dia pun nak terkejutkan orang juga. Tak aci" rungut Uqasah tidak puas hati bila rancangan tidak menjadi. Dengan sisa tawa yang masih tidak hilang Rayyan menarik lembut tangan Uqasah. Masam saja wajah isterinya.

"ala.. Sorrylah"pujuk Rayyan. Kedua tangan Uqasah di genggam lalu di bawa ke bibirnya. Mencium lembut tangan halus Uqasah.

"hurmm.. Hubby buat apa?" tanya Uqasah. Kalah dengan renungan mata Rayyan.

"tak buat apa pun. Hubby cuma tak dapat tidur" beritahu Rayyan kembali menghadap ke arah langit yang gelap. Uqasah turut berdiri di sebalah suaminya sambil mata memandang bintang-bintang yang menghiasi malam.

"tak sejuk ke?" tanyanya mengerling ke arah Rayyan yang tidak berbaju itu. Suka sangat tayang body dia.

"tak pun!"

"tapi sayang sejuk!" rengek Uqasah sambil mengusap kedua belah tangannya tanda kesejukan. Rayyan tersengih. Tangan menarik tubuh Uqasah lalu di peluk tubuh itu membuatkan dia memeluk Uqasah dari arah belakang.

"cakap jelah nak hubby peluk" bisiknya bukan tidak tahu niat sebenar isterinya. Uqasah tersengih tidak bersalah. Tangannya turut melingkari ke tangan Rayyan yang berada di pinggangnya.

"beraninya hubby keluar. Dah jam 2 ni!" omel Uqasah.

"hubby bukan macam sayang. Penakut" sindir Rayyan. Uqasah mencebik. Laju saja tangannya bertindak mencubit lengan Rayyan.

"sayang nikan suka sangat cubit hubby" manja Rayyan mengadu. Cubitan isterinya itu bukan boleh bawa main. Sakitnya yaaaa...ampun. Macam makan maggie ramen.

"hubbylah suka usik sayang" ujar Uqasah tidak mahu mengalah. Rayyan tidak membalas. Bercakap dengan perempuan tak akan menang punya. Bukakah perempaunlah selalu menang bile berlawan mulut dengan lelaki? Jadi sebagai kaum lelaki haruslah sedar hakikat itu.

Rayyan meletakkan dagunya ke bahu kanan Uqasah. Hidung nakal bermain dengam leher tetdedah isterinya. Di hidu bau haruman wangi tubuh Uqasah. Wangi sangat.

"gelilah hubby!" rengek Uqasah bila hidung dan bibir Rayyan bermain di sekitar lehernya. Rayyan tertawa kecil sebelum mengemaskan pelukan di pinggang Uqasah.

"cantikkan bintang tu" ujar Rayyan memandang bintang di atas. Uqasah turut mendongak sedikit memandang kelipan bintang. Tidak terkira berapa banyak bintang di tersebut. Siapa saja yang dapat mengira seluruh bintang di dunia ini?

MR. MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang