BAB 48

9.4K 379 5
                                    

Dengab sekali tendangan saja pintu tersebut terbuka dan tatkala pintu terbuka Rayyab terkaku. Jantungnya bagaikan mahu putus bukan kerana anak-anak buah Dragon yang sedang mengacu pistol ke arahnya. Sedikit pun dia tidak gentar tapi yang membuatkan dia takut tatkala mata melihat Uqasah yang terikat itu.

Wajah isterinya yang dulu putih bersih kini sudah berlebam. Esakan Uqasah yang kedengaraan membuatkan dia berasa sayu. Sakit hatinya melihat keadaan Uqasah yang tidak bermaya itu. Di ikat seperti mana dia mengikat mangsa-mangsanya.

"hubby.. "

Dan bila suara itu menyapa gegendang telinga Rayyab tersenyun kecil. Suara yang di rinduinya selama hampir 2 hari itu. Wajah yang selalu bermain di fikirannya kini sudah jelas terlihat.

"WWOAHHH.. " Dragon menepuk tangan seakan bersorak dengan kehadiran Rayyan. Rayyan mengetap gigi. Sekian lama dia tidak berjumpa dengan musuh ketat. 10 tahun dia tunggu saat ini. Saat di mana dia akan berjanji akan membunuh Dragon.

"lepaskan dia!" ujarnya dengan nada yang tertahan-tahan. Dragon tersengih kecil. Dia memandang pula ke arah anaknya. Clark yang seperti mengerti itu mengangguk kecil sebelum perlahan-lahan mendekati Uqasah yang masih teresak itu.

Rahang Uqasah di cengkam kuat membuatkan api kemarahan Rayyan semakin membuak-buak. Bergerak-gerak rahangnya jelas sedang menahan kemarahan. Lebih membuatkan dia marah bila teringat akan wajah lelaki yang sama mencumbui isteri dalam video yang dia dapati tadi.

"aku kenalkan kau ni anak aku. Clark. Mesti kau tak kenal lagikan. Tak apa kau kenalkan... Dia adalah pewaris aku nanti. Kalau kau mengaku kalah dan tarik diri dari dunia mafia ni aku akan lepaskan isteri kau.. " ujar Dragon dengan senyuman bangga.

Rayyan tertawa sinis. Dia tidak bodoh lagi mahu menyerah dan berundur diri sebelum bertarung. Mana mungkin dia akan menyesiakan usaha papanya yang menubuhkan kumpulan ini tapi ketika teringatkan Uqasah dia buntu sendiri. Sama ada Uqasah atau dia berundur diri?

"lepaskan dia. Kita lawan kalau aku kalah aku akan undur diri.. " ujarnya memberi cadangan. Dragon dan Clark berpandangan.

"kau mampu ke lawan dengan semua budak-budak aku kat sini" sampuk Clark. Rayyan terdiam. Matanya memandang kesemua anak-anak buah Dragon yang masih mengacu pistol ke arahnya. Di akui dia bukanlah superman mahu berlawan dengan lebih 20 orang seorang diri.

"kenapa aku nak lawan dengan dorang pula. Sepatutnya aku patut berlawan dengan kau dan kau!" lurus jari telunjuk Rayyan menuding ke arah Clark dan Dragon.

"kau cakap jelah tak mampu!" ejek Clark.

"habis kau mampu ke kening tak ada sebelah?"Sampuk Danny bersahaja. Entah dari mana datang kedua sahabatnya itu bersama 7 lagi anak buahnya yang lain.

"Kauu!!" Clark cuba maju tapi sempat di halang oleh Dragon.

"majulah.. " cabar Danny. Dadanya di tampar-tampar kuat bagai menanti kedatang Clark.

"okey kalau kau tak nak lawan aku akan tunjukkan kau satu show.. " sinis  Clark berkata. Tubuh Uqasah kembali di dekati.

"kau tengo tu. Suami kau ke tu yang pengecut sangat?" bisiknya mengejek.

"a-awak yang pengecut!" balas Uqasah berani dan tidak semena-mena pipinya di tampar lagi.

Pang

Bulat mata Rayyan memandang. Tangam di genggam kuat sehingga menunjukkan segala uratnya. Lehernya juga turut ikut timbul Urat-urat tanda dia amatlah sedang marah.

"DON'T TOUCH HER!" jeritnya geram. Clark tertawa. Langsung tidak berasa takut dengan suara Rayyan yang meninggi itu malah dia rasa semakin ingin menyentuh Uqasah.

MR. MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang