BAB 49

10.3K 379 9
                                    

"tak nak.. Tak nak..." Uqasah mengeleng. Tanpa sedar air matanya turun membasahi pipi. Rayyan yang baru keluar dari kamar mandi lantas mendekati Uqasah yang terbaring di katil itu.

"hey..sayang.. " kejut Rayyan. Pipi Uqasah di tepuk-tepuk cuba menyedarinya dari mimpi buruk. Uqasah masih mengeleng dengan mulut yang tidak berhenti merancu entah apa-apa.

"janganlah.." tangan Rayyan di tepis kasar dengan air mata yang masih laju menurun itu. Rayyan mengeluh.

"sayang.. Hubby ni!" bisiknya.

"HUBBYYY!"jerit Uqasah sebelum matanya terbuka luas. Terkebil-kebil dia memandang wajah Rayyan di hadapannya. Dadanya turun naik dengan laju. Rayyan memandang sayu. Dia tahu isterinya masih trauma dengan kejadian ngeri itu.

Terus saja Uqasah menarik leher Rayyan lalu menyembamkab wajah ke leher itu. Tangisan di hambur semahu-mahunya. Terdorang tubuh Rayyab dek pelukan itu tapi tangannya tetap mengusap perlahan belakang tubuh isterinya

"shh.. Dah! Janganlah nangis lagi" pujuknya lembut. Uqasah mengeleng. Masih segar lagi ingatannya di mana tubuhnya sesuka-suka hati di sentuh tanpa belas kasihan. Masih terasa kesakitan pipinya di tampar. Semuanya masih terasa di ingatannya. Bagaikan sukar mahu di hapuskan.

"sayang.. " Rayyan memegang rahang Uqasah lembut. Mata Uqasah yabng berkaca itu di renung dalam sambil ibu jarinya bergerak menyeka air mata isterinya yang jatuh menitis ke pipi. Ciuman sayang singgah ke dahi Uqasah.

"sayang jangan risau. Semuanya dah selamat. Sayang dah okey!" ujarnya memberi keyakinan. Uqasah mengeleng lagi.

"d-dia jahat hubby.. Dia.. " tersekat-sekat dia meluahkan kata.

"hubby tahu. Sekarang dia dah tak adakan. Hubby janji akan selalu jaga sayang lepas ni"

"janji!" laju Rayyan mengangguk. Uqasah mengeluh lega. Melihat bilik yang sangat di kenalinya itu tahulah bahawa dia kini berada di hospital. Wajah Rayyan yang masih merenungnya di balas.

Tanpa dapat di tahan Rayyab terus melumat lembut bibir kebasahan Uqasah. Lama sangat. Hingga Uqasah tidak mampu menolak. Perlahan-lahan di urut-urut lembut bibir isterinya. Tangan halus Uqasah naik mengenggam baju di dada Rayyan. Kucupan suaminya di balas lembut biarpun dia masih terasa amat kekok.

Teringat sesuatu pantas Uqasah melepaskan kucupan. Tangannya meraba-raba perut sambil mata memandang Rayyan bagaikan meminta penjelasaan.

"baby?"

"jangan risau. Baby okey." jawab Rayyan. Terlepas lagi keluhan lega di bibir Uqasah namun tidak lama bila teringat akan bibir Clark yang mencumbui tubuhnya. Matanya kembali berkaca. Dia menunduk tidak sanggup memandang wajah suaminya.

"hey.. Kenapa menangis lagi ni?" soal Rayyan bila menyedari Uqasah kembali teresak. Kepala Uqasah di tarik ke dalam pelukan. Berkali-kali ubun-ubun isterinya di cium cuba menenangkan isterinya dengan cara tersendiri.

"sa-sayang m-minta maaf.. " lembut Uqasah menutur kata membuatkan kening Rayyan berkerut. Wajah Uqasah kembali di dongakkan.

"kenapa pula nak minta maaf ni? Sayang tak salah apa punlah.. "

"t-tapi dia dah sentuh sayang.. " adunya bergetar. Rayyan terdiam. Dia kembali memproses ingatannya. Rahangnya bergerak bila teringat tubuh Uqasah pernah di sentuh Clark. Terasa marahnya kembali membuak.

"sayang minta maaf hubby. Bukan sayang yang nak tapi.. T-tapi dia.. "

"kat mana dia sentuh?" soal Rayyan dengan nada tegas tanpa sempat isterinya menghabiskan kata-katanya. Uqasah mengigit bibir bawahnya.

MR. MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang