BAB 31

10.4K 409 5
                                    

"hubby, sayang nak ke tandas kejap.. " sampuk Uqasah menghentikan perbual antara tiga lelaki itu. Rayyan menoleh sebelum bangun. Lengan Uqasah di tarik namun isterinya itu mengeleng kepala.

Berkerut kening. Tadi kata nak ke tandas ni dah geleng kepala pula. Rayyan kembali duduk tegak menghadap Uqasah.

"kenapa?"

"sayang boleh pergi sendirilah. Hubby tunggu je kat sini" ujarnya, yakin. Tidak mahu terlihat terlalu manja di hadapan Danny dan Anif.

"no, tak apa hubby teman.. " kali ni Rayyan pula mengeleng. Sekali lagi tangan Uqasah di tarik.

"tak apalah. Bukan jauh pun. Sayang janji lepas je dari tandas terus cepat-cepat datang sini" janjinya. Siap mengangkat tangannya lagi. Rayyan mengeluh. Untuk kali kedua dia kembali duduk.

"yalah. Hati-hati.. " mahu tidak mahu mengalah juga dia biarpun sedikit risau. Walapun restoran mewah ini mempunyai peraturan dan penjagaan yang ketat tapi dia masih tidak senang duduk bila melihat Uqasah yang sudah jauh dari pandangannya.

"kau tak payah nak risaulah. Nak pergi tandas je pun" tegur Danny membuatkan Rayyan mengalihkan mata ke arahnya terus. Kedua tangan di letakkan ke atas meja.

"tandas pun musuh aku dapat cari. Kau tak ingat ke apa jadi dengan dia hari tu" ujar Rayyan sedikit geram saat mengingat kembali detik-detik Uqasah yang hampir terbunuh.

"aku tak nak benda tu berulang dua kali. Cukuplah sekali.. " katanya lagi dengan mata kembali merenung dinding yang memisahkan antara tandas dengan ruang makan. Bagaikan bisa menembus terus ke dinding itu.

"aku faham.. Tapi isteri kau dah tahu ke kau.." tidak jadi Danny mahu meneruskan kata-katanya. Bahaya bila orang dengar saja gelaran itu. Sebab itulah mereka sentiasa berhati-hati.

Rayyan yang faham itu mengigit bibir bawahnya buat seketika biarpun ayat Danny tidak habis tapi dia sangat-sangatlah faham. Entah buat kali berapa dia mengeluh lagi. Kusut.

"aku tak sedia lagi nak bagitau dia.. " ujarnya separuh berbisik tapi masih dapat di dengari oleh sahabatnya.

"sampai bila kau nak rahsiakan hal ni dari dia. Lambat laun dia akan tahu juga.. "

"betul tu. Lebih baik dia tahu dari mulut kau sendiri daripada tahu dari orang lain. Besar lagi masalahnya.. " sampuk Anif menyokong Danny.

"korang cakap senanglah aku yang kena buat bukan korang..." bentak Rayyan tidak puas hati. Danny tertawa kecil. Badan di sandarkan sambil bermain-main telefonnya dengan bersahaja.

"dah isteri kau memanglah.. Lainlah isteri aku" sinis dia berkata. Rayyan menjeling tajam. Bertambah sakit hati pula mendengar kata-kata sinis Rayyan. Tidak sempat dia mahu membalas kelibatan Uqasah sudah terlihat. Terpaksa jugalah dia menahan diri daripada membalas kata-kata Danny.

Sejuk hatinya tatkala mata memandang wajah ayu isterinya. Dari sakit hati tadi bertukar automatik ke tenang. Hilang terus rasa marahnya kepada Danny.

"sayang okey?" baru saja Uqasah merebahkan punggungnya Rayyan sudah kalut-kalut memeriksa seluruh tubuhnya sampai dia sendiri terasa segan.

"kau nampak bini kau sakit ke bro? Kau tengo tu dia okey je kau pula yang gelabah" sindir Anif lucu melihat tingkah laku Rayyan.

Rayyan tidak mempedulikan sindiran itu. Hatinya kembali tenang bila tiada sebarang kecederaan berlaku di tubuh isterinya. Kepala Uqasah di tarik lalu di kucup sekilas dahi itu. Bertambah-tambah merah wajah Uqasah biarpun dia senang hati dengan kelakuan suaminya namun tetap juga terbit rasa malu itu.

"agak-agaklah nak sweer bagai.. Tengo tempat dulu" Danny yang pada mulanya bermain telefon itu menyampuk dengan wajah yang jelas menyampah. Rayyab tersenyum sinis. Teguran itu tidak memberi kesan langsung padanya malah sengaja di tarik bahu Uqasah supaya tubuh mereka semakin merapat.

MR. MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang